Burung Pacat Bakau

(Dilencongkan dari Pacat Bakau)

Burung Pacat Bakau (Pitta megarhyncha) merupakan burung passerine dalam keluarga Pittidae tempatan di Asia Tenggara dan Benua India. Ia membentuk superspesies dengan tiga keluarga pittas yang lain, burung Pacat India, burung Pacat (P. nympha) dan burung Pacat Sayap Biru (Pitta moluccensis) tetapi tidak memiliki subspesies yang diterima. Ia merupakan burung yang bewarna-warni, memiliki kepala hitam dengan atas kepala bewarna cokelat, dagu putih, bahagian atas bewarna kehijauan, sayap biru, bahagian bawah berkilauan dan merah pada bahagian belakang ekor. Julatnya melangkaui dari India ke Malaysia, dan Indonesia. Habitatnya merupakan kawasan hutan bakau dan hutan nipah di mana ia makan krustaceans, mollusk dan serangga. Bunyi panggilannya yang kuat digambarkan sebagai wieuw-wieuw, dinyanyikan bertenggek tinggi di pokok bakau.

Burung Pacat Bakau yang cantik di Taman Negara Bhitarkanika, Odisha, India

Pacat Bakau
Pacat Bakau di Taman Botani Singapura
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Order:
Keluarga:
Genus:
Spesies:
P. megarhyncha
Nama binomial
Pitta megarhyncha
Schlegel, 1863



Taxonomi sunting

Seorang ahli ornithologist Jerman, Hermann Schlege pertama sekali menggambarkan burung pacat bakau pada tahun 1863.[1] Nama spesiesnya diambil dari perkataan Yunani mega- "besar", dan rhynchos "paruh". Ia membentuk superspesies bersama dengan dengan tiga keluarga pittas yang lain, burung Pacat India (P. brachyura), burung Pacat (P. nympha) dan burung Pacat Sayap Biru (P. moluccensis). Nama biasa lainnya termasuk: burung Pacat Sayap Biru Besar/Malay, Brève des palétuviers (Perancis), Große Blauflügelpitta (Jerman), dan Pita de Manglar (Sepanyol).[2] Tidak terdapat subspesies yang diterima.[3]


Gambaran sunting

Kuala Selangor, Malaysia, Ogos 1994

Berukuran panjang 180 hingga 210 mm (7.1–8.3 in), burung pacat bakau memiliki kepala hitam dengan atas kepala bewarna cokelat, dagu putih, bahagian atas bewarna kehijauan, sayap biru, bahagian bawah berkilauan dan merah pada bahagian belakang ekor. Burung muda memiliki pola bulu yang serupa tetapi lebih pucat kelabu. Ia menyerupai burung Pacat Sayap Biru tetapi dapat dibezakan melalui paruhnya yang lebih besar.[4] Bunyi panggilannya yang digambarkan sebagai wieuw-wieuw telah diperhatikan sebagai kurang jelas ("more slurred") berbanding burung Pacat Sayap Biru.[4]


Taburan dan habitan sunting

Burung pacat bakau merupakan burung tempatan di: Bangladesh, India, Indonesia, Malaysia, Myanmar, Singapura, dan Thailand (terutamanya di persisiran barat semenanjung selatan Thai).[5][1][6] Habitat semulajadinya khusus dan terhad pada hutan bakau subtropika atau tropika dan hutan Nipah.[7] Ia terancam oleh kehilangan habitat. Makanannya terdiri dari krustacean, mollusk dan serangga daratan.[5][1][7]


tingkah laku sunting

Sungguhpun semua burung Pacat diketahui sukar untuk dilihat dan dikaji secara liar, burung pacat bakau merupakan satu spesies yang mudah dilihat kerana ia bertenggek tinggi di pokok bakau dan menyanyi.[6] Rakaman panggilan liarnya sering kali membawa ia datang dekat.[8] Ia sering berbunyi ketika mengeram ("brooding") tetapi senyap pada waktu yang lain.[7]


Rujukan sunting

  1. ^ a b c d "Pitta megarhyncha". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN Versi 2014.3. Kesatuan Pemuliharaan Alam Sekitar Antarabangsa. 2012. Dicapai pada 17 December 2014.CS1 maint: ref=harv (link)
  2. ^ "Mangrove Pitta (Pitta megarhyncha)". Internet Bird Collection. Dicapai pada 4 June 2011.
  3. ^ "Species overview :: Mangrove Pitta (Pitta megarhyncha)". Xeno-Canto Asia. Dicapai pada 4 June 2011.
  4. ^ a b Robson, Craig (2005). New Holland field guide to the birds of South-East Asia. Kenthurst, New South Wales: New Holland Publishers. m/s. 76. ISBN 1-84330-746-4. Dicapai pada 4 June 2011.
  5. ^ a b "Mangrove Pitta Pitta megarhyncha". BirdLife International. Dicapai pada 4 June 2011.
  6. ^ a b "Pittas of Thailand". Thai Birding. Dicapai pada 4 June 2011.
  7. ^ a b c Lok, A. F. S. L.; K. T. N. Khor; K. C. Lim; R. Subaraj (1 April 2009). "Pittas (Pittidae) of Singapore" (PDF). Nature In Singapore. National University of Singapore. 2 (2): 155–165.
  8. ^ Strange, Morten (2000). Photographic Guide to the Birds of Southeast Asia. Singapore: Periplus. m/s. 219. ISBN 962-593-403-0.


Pautan luar sunting