Pacific Rim ("Lingkungan Pasifik") ialah sebuah filem cereka sains tahun 2013 dari Amerika Syarikat arahan Guillermo del Toro berdasarkan lakon layar ditulis bersama Travis Beacham, dihasilkan oleh Legendary Pictures dan diedarkan oleh Warner Bros. Ia dan dibintangi oleh Charlie Hunnam, Idris Elba, Rinko Kikuchi, Charlie Day, Robert Kazinsky, Max Martini dan Ron Perlman.

Pacific Rim
PengarahGuillermo del Toro
Lakon layar
  • Travis Beacham
  • Guillermo del Toro
Cerita olehTravis Beacham
Dihasilkan oleh
  • Thomas Tull
  • Jon Jashni
  • Guillermo del Toro
  • Mary Parent
Dibintangi
SinematografiGuillermo Navarro
Disunting oleh
  • Peter Amundson
  • John Gilroy
Muzik olehRamin Djawadi
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehWarner Bros. Pictures
Tarikh tayangan
  • 04 Julai 2013 (2013-07-04) (Tayangan perdana London)

  • 12 Julai 2013 (2013-07-12) (Amerika Syarikat)
Masa tayangan
132 minutes
NegaraAmerika Syarikat
BahasaBahasa Inggeris
Bajet$190 million[1]
Pecah panggung$384,691,252[1]

Filem ini telah masuk panggung pada 12 Julai 2013 termasuk dalam format dalam 3-D dan IMAX 3D. Filem ini dikeluarkan dengan ulasan yang positif. Filem ini berjaya mengutip lebih daripada $ 384,000,000 menurusi tayangan di seluruh dunia

Plot sunting

Apabila raksasa gergasi dikenali sebagai Kaiju muncul dari laut, satu perang yang meragut jutaan nyawa manusia dan memakan sumber manusia untuk bertahun-tahun lamanya bermula. Sejenis senjata istimewa dicipta untuk bertarung dengan gergasi Kaiju, iaitu robot gergasi yang dipanggil Jaegers. Jaegers dikawal bersama oleh dua orang pemandu dimana mindanya dikunci dalam keadaan neutral. Namun Jaegers ternyata tidak memadai untuk menentang Kaiju. Dalam kekalahan tersebut, tentera pelindung manusia tidak mempunyai pilihan lain kecuali bergantung kepada dua orang wira iaitu seorang bekas pemandu yang gagal (Charlie Hunnam) dan seorang pelatih masih baru (Rinko Kikuchi). Mereka berdua akan bekerjasama untuk memandu sebuah Jaeger lama dan ketinggalan zaman. Mereka berdua juga merupakan harapan terakhir manusia terhadap malapetaka yang semakin menghampiri.

Barisan pelakon sunting

Rujukan sunting

  1. ^ a b "Pacific Rim". Box Office Mojo. Dicapai pada August 20, 2013.

Pautan luar sunting