Pacuan empat roda

jenis kenderaan empat roda

Pacuan empat roda (Bahasa Inggeris: four-wheel drive, disingkatkan sebagai 4x4 atau 4WD) merujuk kepada pemacuan dalam sesebuah kenderaan yang mampu menyediakan tork kepada dua-dua gandar roda depan dan belakang secara serentak dengan kelajuan yang sama[1][2] baik sepanjang masa atau dalam pengendalian merentasi persekitaran tertentu.

Sebuah kereta Ford Raptor memandu di luar jalan raya berpacuan empat roda

Pemacuan begini digunakan khusus untuk kenderaan yang bergerak atas jalan atau persekitaran mencabar yang mana halangan yang dihadapi mampu mengganggu jentera penggerakan kenderaan yang biasa.[2]

RujukanSunting

  1. ^ Ronald Montoya (9 July 2013). "Do You Need an All-Wheel-Drive or Four-Wheel-Drive Car?". Edmunds.com, Inc. Dicapai pada 30 August 2015.
  2. ^ a b Azhan Othman (17 Mei 2017). "Apakah Perbezaan 4WD dan 2WD? Bagaimana pula 4x4, 2x4 dan AWD?". PanduLaju. Dicapai pada 5 Januari 2021.