Pad thai, phat thai atau phad thai (Bahasa Thai: ผัดไทย, RTGSphat thai, ISO p̄hạdịthy, disebut [pʰàt tʰāj] ( dengar), "goreng gaya Thai") ialah hidangan mi beras goreng kilas yang biasa disaji sebagai makanan jalanan dan di kedai-kedai makan tempatan kasual di Thailand. Ia dibuat dengan merendam mi beras kering, yang kemudian digoreng dengan telur dan tauhu dicincang, dan diperisa dengan asam jawa, sos ikan ([nampla น้ำปลา] Error: {{Lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan)), udang kering, bawang putih atau bawang merah, cili merah, gula melaka, dan dihidangkan dengan potongan limau nipis dan biasanya kacang panggang yang dicincang .[1] Ia juga mungkin mengandungi sayur-sayuran lain seperti tauge, daun kucai, daun ketumbar, jeruk lobak atau turnip ([hua chaipo หัวไชโป๊] Error: {{Lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan)), dan jantung pisang mentah. Ia juga mungkin mengandungi udang segar, ketam, ayam atau protein lain. Versi vegetarian boleh menggunakan kicap untuk menggantikan sos ikan dan tidak memasukkan udang.

Pad thai
Pad Thai di sebuah gerai jalanan di Chiang Mai
Nama alternatifPhat thai
JenisMi beras (kuetiau)
Tempat asalThailand
Bahan utamaMi beras kering, telur, tauhu, asam jawa, sos ikan, udang kering atau segar, bawang putih atau bawang merah, cili merah, gula melaka, limau nipis, kacang
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Di Vietnam, hidangan yang serupa dipanggil phở xào atau bánh phở xào sa tế, yang bermaksud "phở goreng".

Sejarah sunting

Hidangan mi beras goreng telah difikirkan oleh beberapa orang bahawa ia diperkenalkan ke Ayutthaya semasa zaman Kerajaan Ayutthaya oleh pedagang Viet,[2] dan kemudiannya diubah untuk mencerminkan profil rasa Thai.[3] Manakala yang lain percaya bahawa hidangan itu adalah dari China,[4] dan etimologi nama hidangan ini mencadangkan begitu.[5][6]

Plaek Phibunsongkhram mempromosikan pad thai dalam kempennya untuk mewujudkan nasionalisme Thai.[7] Thailand merupakan pengeksport utama beras, dan kerajaan berharap dapat meningkatkan jumlah yang ada untuk eksport.[8] Sebagai Perdana Menteri Thailand antara 1938-1944 dan 1948-1957, Phibun berharap untuk membaratkan negara itu. Pada tahun 1939, beliau menyokong pertukaran nama negara dari Siam ke Thailand. Pada masa itu, mi gandum amat popular di Thailand, tetapi Plaek Phibunsongkhram berusaha untuk menghapuskan pengaruh Cina. Kerajaan beliau mempromosikan mi beras dan membantu untuk menentukan identiti Thailand. Hasilnya, mi baru yang dinamakan sen chan telah dicipta.

Pad thai telah popular di Thailand semasa Perang Dunia II. Pad thai telah menjadi salah satu hidangan kebangsaan Thailand.[9] Hari ini, beberapa penjual makanan menambah daging babi untuk meningkatkan rasa (walaupun resipi asal tidak mengandungi daging babi kerana persepsi kerajaan bahawa daging babi adalah daging Cina). Sesetengah penjual makanan masih menggunakan resipi asal. Ia adalah hidangan yang cepat, lazat dan berkhasiat, dan telah menjadi popular di banyak negara di seluruh dunia.

Budaya kini sunting

  • Pad thai disenaraikan di nombor 5 dalam 50 makanan yang paling lazat di dunia melalui suara pembaca disusun oleh CNN Go pada tahun 2011.[10]
  • Filem Thai Jao saao Pad Thai menggunakan pad thai sebagai alat plot kerana tuntutan protagonis bahawa dia akan berkahwin dengan orang yang makan pad Thai dia selama 100 hari berturut-turut.[11]

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "Pad Thai - ผัดไทยกุ้งสด". thaitable.com. Dicapai pada 2013-07-28.
  2. ^ "History discovered in a staple dish". Bangkok Post. 2014-02-16. Dicapai pada 2015-02-08.
  3. ^ "Pad Thai". Ec-padthai.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-02-18. Dicapai pada 2013-02-23.
  4. ^ "The Truth About Pad Thai". BBC. 2015-04-28.
  5. ^ Ferdman, Roberto A. "The strange and potentially stolen origins of pad Thai". Quartz. Atlantic Media Company. Dicapai pada 15 April 2014.
  6. ^ "Pad Thai". Kasma Loha-unchit, Thai Food and Travel Blog. 2009-11-26. Dicapai pada 2015-02-08.
  7. ^ "What is Thai Cuisine?" (PDF). Scholarbank.nus.edu.sg. 2010-04-12. Dicapai pada 2013-02-23.[pautan mati kekal]
  8. ^ "Madam Mam Articles". Madammam.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-11-30. Dicapai pada 2013-02-23.
  9. ^ SEARCH (2011-08-15). "Thai National Foods". Ifood.tv. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-06-05. Dicapai pada 2013-02-23.
  10. ^ CNN Go Your pick: World's 50 most delicious foods 7 September 2011. Retrieved 2011-10-11
  11. ^ Jao saao Pad Thai (2004) - Plot Summary

Templat:Noodles