Pada Suatu Cinta Dahulu

Pada Suatu Cinta Dahulu ialah filem komedi romantik Malaysia 2013 arahan Hashim Rejab terbitan Metrowealth Pictures. Dibintangi oleh Niezam Zaidi, Intan Ladyana, Wawa Zainal, ia mengisahkan Zainal, seorang lelaki yang merasa tertekan dan tidak berpuas hati dengan kehidupan perkahwinannya sekarang, berfikir kembali kepada masa lalu ketika dia seorang pelajar nakal yang jatuh cinta dengan Azura. Filem ini ditayangkan pada 21 Februari 2013.[1]

Pada Suatu Cinta Dahulu
Poster keluaran tayangan
PengarahHashim Rejab
Dihasilkan olehDavid Teo
Dibintangi
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehMIG Pictures
Tarikh tayangan
  • 21 Februari 2013 (2013-02-21) (Malaysia)
Masa tayangan
86 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
BajetRM1.34 juta
Pecah panggungRM200 ribu

Sinopsis sunting

Mengisahkan tentang Zainal yang agak tertekan dengan alam perkahwinan dimana ianya tidak seperti yang dia harapkan sekarang ini. Sewaktu mengikuti sesi kaunseling, ia membuatkan dia mengingati kembali tentang memori silamnya. Pada 18 tahun yang lalu, Ketika di alam persekolahan, Zainal terkenal dengan kenakalannya bersama dengan rakan baiknya sewaktu berada di tingkatan 4. Sewaktu itu Zainal mempunyai seorang kekasih yang bernama Nora. Sikap Nora yang lurus bendul membuatkan Zainal mula bosan. Dalam masa yang sama Nora sentiasa nampak habiskan masa dengan lelaki lain. Ini menyebabkan Zainak bertindak diluar kawalan sehinggakan dia digantung sekolah. Tempoh digantung sekolah ini digunakan Zainal untuk enjoy dan terlibat dengan satu kejadian di gerai cendol Kejadian ini memperkenalkan Zainal dengan Azura, seorang gadis yang comel dan pendek yang juga kena gantung sekolah akibat bergaduh. Hampir setiap hari mereka berjumpa membuatkan Zainal semakin hari semakin menyukai sikap Azura yang selamba itu. Namun segalanya berubah apabila Zainal mengetahui Azura sentiasa mengelak untuk berjumpa dengannya sewaktu Zainal jatuh hati kepadanya.

Pelakon sunting

Pelakon utama sunting

Pelakon pembantu sunting

Penampilan khas sunting

Penerbitan sunting

Pada Suatu Cinta Dahulu diarahkan oleh Hashim Rejab yang sebelum ini mengarahkan filem Sekali Lagi dan Papa I Love You (kedua-duanya pada 2011). Menggunakan konsep dekad tahun 1990-an, filem ini menampilkan kisah cinta monyet pada zaman persekolahan.[2][3]

Keluaran dan sambutan sunting

Pada Suatu Cinta Dahulu dikeluarkan pada 21 Februari 2013, menjadi filem kedua Metrowealth Pictures yang ditayangkan pada 2013.

Ia menjadi kegagalan komersial apabila ia hanya mampu mendapat jualan tiket sebanyak RM200 ribu berbanding kos penerbitan sebanyak RM1.34 juta.[4]

Rujukan sunting

  1. ^ (HIBURAN) Filem ” Pada Suatu Cinta Dahulu “ Galaksi Media (19 Februari 2013). Diperoleh pada 18 April 2014.
  2. ^ Filem terbaru Metrowealth, Pada Suatu Cinta Dahulu Astro Awani (18 Februari 2013). Dicapai pada 17 April 2013.
  3. ^ Nurezzatul Aqmar Mustaza (23 Februari 2013). Sekolah & cinta monyet taruhan terbaru Hashim Rejab Diarkibkan 2019-01-07 di Wayback Machine Sinar Harian. Diperoleh pada 14 April 2014.
  4. ^ Rasdan Ahmad (15 Disember 2013). Filem kutipan terburuk 2013 Diarkibkan 2018-04-18 di Wayback Machine Utusan Malaysia. Diperoleh pada 18 April 2014.

Pautan luar sunting