Padang Lebar adalah sebuah pekan yang terletak di berhampiran dengan pekan Batu Kikir,lebih kurang 6 kilometer dari pekan Batu Kikir. Padang Lebar terletak di dalam pentadbiran Daerah Kuala Pilah. Sejak sebelum merdeka lagi pekan Padang Lebar yang menjadi tumpuan penduduk sekitar Mukim Ulu Jempol,sebuah pekan kecil yang telah melalui banyak peristiwa bersejarah yang tidak dirakamkan dengan betul dan tepat. Mukim Ulu Jempol telah pada satu ketika dibawah pentadbiran Daerah Jempol,ini berlaku ketika Daerah Jempol baru ditubuhkan pada sekitar tahun 80'an. Namun hanya untuk beberapa tahun sahaja dan kembali semula dibawah pentadbiran Daerah Kuala Pilah. Kini lebih dikenali sebagai Mukim Ulu Jempol, dan semua geran tanah tercatit dalam lingkungan Mukim Ulu Jempol. Mukim Ulu Jempol pula sejak dari zaman pemerintahan penjajah British agak terpinggir dengan kawasan lain sekitarnya. .

Kedudukan Geografi: sunting

Latitude: 2°44'35.16" -sekitar Longitude: 102°8'21.83"-sekitar

Terletak di kawasan lembah tanah tinggi pada ketinggian paras laut 117 Meter atau lebih kurang 400 kaki dari aras laut.

Secara umumnya Mukim Ulu Jempol bermula dari km2 dari Balai Polis Batu Kikir yang ada sekarang ini, menghala ke pekan Padang Lebar pada penghujung Kampong Bukit Sempit atau Bukit Perah sebelum empangan Bukit Sempit. Dari segi geografi dan bentuk muka tanah, Mukim Ulu Jempol ini terletak disebuah lembah yang subur yang memanjang. Dua jaluran tanah tinggi atau bukit bukau mengelilingi dikiri dan kanan lembah Ulu Jempol ini, dengan banjaran gunung meliputi kawasan hujung Mukim Ulu Jempol dimana kawasan paling tinggi terletak Gunung Telapa Buruk dan dipermulaan masuk ke Mukim Ulu Jempol dikenali sebagai Bukit Sempit atau Bukit Perah. Gunung Telapa Buruk dengan jajaran gunung-gunung dan bukit bukaunya mengeluarkan sumber air. Pada kaki jajaran gunung-gunung dan bukit tanah tinggi ini terbentuknya Jeram yang terkenal bernama "Jeram Tengkek atau Jeram Guntur". Jeram Tengkek atau juga dikenali dengan Jeram Guntur menjadi punca air yang dialirkan melalui Sungai Jempol yang menjadi salah satu sungai tributari kepada Sungai Muar. Penarikan menjadi tempat yang dikenali sebagai tempat bertemunya Sungai Muar dengan Sungai Jempol. Muara Sungai Muar terletak di Bandar Muar , Johor.

Keluasan Tanah: sunting

Mengikut stastistik serta maklumat terkini keluasan Mukim Ulu Jempol adalah 10,100.96[pautan mati kekal] hektar atau lebih kurang 24,960 ekar dan hampir kesemua dibawah hak milik simpanan melayu. Yang kurang pasti adakah kesemua tanah ini simpanan melayu atau sebahagiannya adalah tanah adat atau "customary land" juga. Walau bagaimana pun keseluruhan tanah adat yang ada di Mukim Ulu Jempol mungkin sekitar 200 hektar sahaja. Yang lainnya adalah tanah simpanan melayu atau "Malay Reserved Land". Apa yang boleh kita jelaskan disini, hampir semua tanah dimana terdirinya komuniti seperti tanah kampong dan ada juga tanah sawah yang dikategorikan sebagai "Tanah Adat". Tanah-tanah pertanian seperti kebun-kebun getah,kelapa sawit dan dusun-dusun dikategorikan sebagai "tanah simpanan melayu". Tidak pasti dengan tanah milik yang bukan hak orang melayu. Yang didaftarkan hampir 99% adalah milik orang melayu, baik atas kategori "Tanah Simpanan Melayu" dan "Tanah Adat". Mungkin ada juga milik tanah bukan melayu dan maklumat ini agak sukar didapatkan walaupun dari pejabat tanah daerah. Tanah tanah milik orang melayu yang mungkin tergadai atau digadai janji kepada orang bukan melayu atas sebab-sebab tertentu yang sukar untuk di sahkan.

Tanah lembah Ulu Jempol ini pada sepanjang kawasan lembah dikelilingi gunung-ganang dan bukit bukau pada keluasan 17 kilometer panjang dan 2-hingga 3 kilometer lebar pada kesuluruhan Mukim Ulu Jempol. Sungai Jempol yang hulunya terdapat " Jeram Tengkek" atau "Jeram Guntur" menjadi sungai utama dilembah Mukim Ulu Jempol yang menghalakan aliran airnya ke Mukim Serting, Kuala Jempol dan seterus bertemu dengan Sungai Muar yang terletak dalam Daerah Jempol. Agak aneh bunyinya, bila Mukim Ulu Jempol yang asal nama Daerah Jempol tidak pula sebahagian dari daerah itu.

Demografi Penduduk: sunting

Ada beberapa faktor yang memulakan dan mengubah demografi penduduk di Mukim Ulu Jempol, baik secara penerokaan awal, penghijrahan dan sebab sejarah yang lain yang boleh dilapurkan di sub - topik sejarah Mukim Ulu Jempol. Pada situasi masa kini jumlah penduduk didalam Mukim Ulu Jempol mengikut sumber bancian (pada 2010) Diarkibkan 2012-11-14 di Wayback Machine terdapat

  • Melayu  : 2379 orang.
  • Pri Bumi Orang Asli: 271 orang
  • Cina:0
  • Pendatang Asing: 18.

Jumlah bilangan diatas agak kurang tepat, bilamana ada 27 orang bangsa Cina, yang mana tidak ada seorang pun penduduk Cina di Mukim Ulu Jempol sejak awal tahun 80'an. Semua telah berpindah ke tempat lain, seperti di Pekan Batu Kikir, Kampong Baru Bukit Gelugur, Bahau dan ketempat lain atas faktor ekonomi atau faktor lain. Pekan Padang Lebar yang dulunya sebuah pekan yang agak ramai penduduknya pada sekitar tahun 50'an hingga awal 70'an. Menjadi pusat komuniti awal pada dekad itu, dimana kemudahan asas seperti sekolah rendah, pusat perubatan kecil - dispensari, wakil pos dan pasar awam. Juga deretan kedai kedai kayu yang menjadi sumber mendapatkan bekalan barangan asas dan alat-alat pertanian juga binaan.

Pekan Berdekatan sunting

  1. Ulu Jempol
  2. Batu Kikir
  3. Juasseh