Padang Merdeka atau juga dikenali sebagai Padang Pahlawan, merupakan tempat pertama di mana pada 20 Februari 1956, YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj memgumumkan bahawa Kerajaan British bersetuju memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu pada 31 Ogos tahun 1957.

Setelah pulang daripada rundingan selama 3 minggu dengan pihak British, YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj telah menaiki konvoi kereta daripada Ayer Keroh ke Padang Merdeka di Melaka sebelum mengumumkan kepada orang ramai pada satu perhimpunan di Padang Merdeka, Bandar Hilir Melaka bahawa Kerajaan British bersetuju memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu secara rasminya pada 31 Ogos tahun 1957.