Paderi ([pa.dĕ.ri], Jawi: ڤادري dari bahasa Portugis: padre) ialah ketua sebuah gereja Kristian, khususnya dalam aliran Katolik, Ortodoks. dan Anglikan. Mereka juga dipanggil pastor.

Paderi dengan pakaian tersendiri

Peranan sunting

Peranan seseorang paderi boleh berpincang mengikut anutan mazhab dipegang sebagai seorang Kristian.

Orang yang telah ditahbiskan sebagai seorang paderi dalam gereja-gereja Katolik dan Gereja Timur (khususnya Gereja Ortodoks) akan mengelakkan diri daripada berkahwin seumur hidupnya, hal ini kerana ia dipercayai sebagai tanda pengabdian penuh diri terhadap Tuhan lalu menumpukan segala jiwa berkhidmat demi Tuhan dan umat manusia.

Namun, ada juga aliran Protestan yang membenarkan seseorang paderi itu berkahwin.

Lihat juga sunting