Pagoh (kawasan persekutuan)

kawasan pilihan raya persekutuan di Malaysia

Pagoh adalah kawasan persekutuan di Johor, Malaysia, yang telah diwakili di Dewan Rakyat Malaysia sejak 1974.

Pagoh (P143)
Kawasan pilihan raya  Johor
Peta kawasan pilihan raya Johor
Koordinat:2°8′N 102°44′E / 2.133°N 102.733°E / 2.133; 102.733Koordinat: 2°8′N 102°44′E / 2.133°N 102.733°E / 2.133; 102.733
Pagoh
Kawasan parlimen
Badan perundanganDewan Rakyat
ADR
 
 
 
Muhyiddin Yassin
PN
Kawasan pilihan raya diwujudkan1974
Kali pertama dipertandingkan1974
Kali terakhir dipertandingkan2022
Laman web kawasan pilihan rayaprofil, peta
Demografi
Pemilih (2022)[1]69,939
Luas (km²)[2]1,258

Kawasan Parlimen Persekutuan telah diwujudkan dari bahagian-bahagian kawasan Parlimen Muar Dalam dalam persempadanan semula pada tahun 1974 dan diberi mandat untuk memilih seorang ahli kepada Dewan Rakyat Malaysia di bawah sistem pengundian pemenang undi terbanyak.

Kawasan persekutuan Pagoh secara majoritinya berada di dalam daerah Muar, dengan sebilangan kecilnya di dalam daerah Tangkak dan Segamat.

Demografi sunting

Pecahan kaum di Pagoh pada 2018[3]

  Melayu (65.96%)
  Cina (29.76%)
  India (3.72%)
  Kaum lain (0.61%)

Demografi penduduk di Pagoh majoritinya adalah dari orang Melayu yang menduduki kawasan kampung, taman perumahan, kawasan FELDA seperti di Bukit Serampang dan ladang kelapa sawit seperti yang diusahakan oleh Kumpulan Guthrie Berhad. Majoriti orang Cina pula tinggal di kawasan bandar dan perumahan yang berdekatan. Manakala majoriti orang India tinggal di kawasan ladang kelapa sawit dan taman perumahan yang terdapat di Pagoh.

Terdapat juga kawasan baharu seperti Bandar Universiti Pagoh yang merupakan sebuah bandar universiti yang terbesar di utara Johor.

Kawasan Bukit Pasir majoriti penduduknya adalah dari kalangan orang Cina. Ladang Pengkalan Bukit pula majoritinya adalah dari kalangan orang India. Mukim Sungai Raya dan Mukim Sungai Terap merupakan mukim yang terdapat ramai penduduk dari kalangan orang Melayu.

Kawasan ini juga terletaknya kawasan pilihan raya negeri bagi Bukit Kepong dan Bukit Pasir yang mana sebelum ini dikenali sebagai Bukit Serampang dan Jorak. Para penduduk di sinilah yang menentukan wakil rakyat mereka bagi Dewan Negeri Bukit Pasir, Dewan Negeri Bukit Kepong dan Parlimen Pagoh.

Kampung Panjang Sari merupakan kawasan yang mempunyai begitu ramai penduduk. Kampung-kampung lain termasuklah Kampung Permatang Pasir, Kampung Paya Redan, Kampung Parit Masjid dan lain-lain. Antara pekan kecil yang terdapat di Pagoh, termasuklah Lenga, Jorak dan Simpang Kiri.

Taman perumahan yang ada termasuklah, Taman Pagoh Jaya, Taman Seri Pagoh, Taman Bukit Pasir dan lain-lain.

Statistik Banci 2020 sunting

Sumber:[4]

Statistik Banci 2020 P143 Pagoh
Jumlah Penduduk 95,202
Kepadatan Penduduk 76 / km2
Nisbah Jantina (L : P) 127 : 100
Kumpulan Etnik
Bumiputera 72.8
Cina 23.9
India 3.1
Lain-Lain 0.3

Sejarah sunting

Sebelum Kemerdekaan Tanah Melayu, kawasan ini diwakili oleh Ahli Majlis Perundangan Persekutuan Tanah Melayu untuk Muar Utara (1955-1959), iaitu Hassan Yunus.

Selepas kemerdekaan pula, Aziz Ishak mewakili kawasan ini sebagai Ahli Parlimen Persekutuan Tanah Melayu untuk Muar Dalam (1959-1963) dan seterusnya sebagai Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia Pertama untuk Muar Dalam (1963-1964), selanjutnya sebagai Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-2 untuk Muar Dalam (1964-1969) lalu.

Syed Nasir Syed Ismail pula mewakili kawasan ini sebagai Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-3 untuk Muar Dalam (1971-1974) lalu. Beliau telah dipilih sebagai Ahli Parlimen Pagoh yang pertama dan merupakan Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-4 dari tahun 1974 hingga tahun 1978 lalu sebelum digantikan oleh Muhyiddin Yassin.

Ketika Muhyiddin Yassin bertanding pada Pilihan raya negeri Johor 1986, Ahmad Omar telah menggantikan tempat beliau dari tahun 1986 hingga tahun 1995 lalu. Sejak Pilihan raya umum Malaysia 1995, Muhyiddin Yassin telah memegang kembali kerusi tersebut.

Daerah mengundi sunting

2004–2016:[5] Daerah ini mengandungi daerah-daerah pengundian iaitu Kebun Bahru, Kampong Teratai, Sri Ledang, FELDA Sri Jaya, Durian Chondong, Bandar Bukit Kepong, FELCRA Paya Kepar, Ma'okil, Bukit Kepong, Lenga Utara, Kundang Ulu, Ladang Serampang, Parit Raja, Bandar Grisek Timor, Grisek, Kampong Kundang Ulu, Lenga Selatan, Kampong Bahru, Lenga, Kampong Gombang, Ladang Nordanal, Samasih, Liang Batu, Lenga Road, Kampong Raja, Panchor, Bandar Panchor, Kampong Jawa, Jorak, Tanjong Selabu, Pergam, Temiang, Sungai Terap, Sungai Raya, Kampong Tengah, Permatang Pasir, Pekan Bukit Pasir Barat, Pekan Bukit Pasir Utara, Pekan Bukit Pasir Selatan, Bukit Pasir, Ladang Craigielea, Panjang Sari, Pagoh, Bandar Pagoh Utara, Bandar Pagoh Selatan, Paya Redan.

2016–kini: Daerah ini mengandungi daerah-daerah pengundian di Kebun Bahru (Daerah Tangkak), Kampong Teratai, Sri Ledang (Daerah Segamat), FELDA Sri Jaya, Durian Chondong, Bandar Bukit Kepong, FELCRA Paya Kepar, Ma'okil (Daerah Muar dan Segamat), Bukit Kepong, Lenga Utara, Kundang Ulu, Ladang Serampang, Parit Raja, Bandar Grisek Timor, Grisek, Kampong Kundang Ulu, Lenga Selatan, Kampong Bahru, Lenga, Kampong Gombang, Ladang Nordanal, Samasih, Liang Batu, Lenga Road, Kampong Raja, Panchor, Bandar Panchor, Kampong Jawa, Jorak, Tanjong Selabu, Pergam, Temiang, Sungai Terap, Sungai Raya, Kampong Tengah, Permatang Pasir, Pekan Bukit Pasir Barat, Pekan Bukit Pasir Utara, Pekan Bukit Pasir Selatan, Bukit Pasir, Ladang Craigielea, Panjang Sari, Pagoh, Bandar Pagoh Utara, Bandar Pagoh Selatan, Paya Redan.

Menurut Warta Kerajaan yang dikeluarkan pada 30 Mac 2018, Parlimen Pagoh terdiri daripada 47 daerah mengundi

Kawasan negeri Daerah mengundi Kod Lokasi
Bukit Kepong(N07) Bandar Bukit Kepong 143/07/01 SJK (C) Kepong
FELCRA Paya Kepar 143/07/02 SK FELCRA Bukit Kepong
Ma'Okil 143/07/03 SKTP Ma'Okil
Bukit Kepong 143/07/04 SK Bukit Kepong
Lenga Utara 143/07/05 SK Lenga
Lenga Selatan 143/07/06 SJK (C) Lenga
Kampong Bahru 143/07/07 SA Kampung Baru Batu 28
Lenga 143/07/08 SK LKTP Batu 27
Kampong Gombang 143/07/09 SK Gombang
Liang Batu 143/07/10 SK Liang Batu
Lenga Road 143/07/11 SJK (C) Renchong
Pagoh 143/07/12 SMK Sultan Alauddin Riayat Shah
Bandar Pagoh Utara 143/07/13 SJK (C) Soon Mong
Bandar Pagoh Selatan 143/07/14 SA Pekan Pagoh
Paya Redan 143/07/15 SK Paya Redan
Kampong Teratai 143/07/16 SJK (C) Lian Hwa
Sri Ledang 143/07/17 SK RKT Sri Ledang
FELDA Sri Jaya 143/07/18 SMK Tun Sri Lanang
Durian Chondong 143/07/19 SK Durian Chondong
Kundang Ulu 143/07/20 SMK Tengku Temenggong Ahmad
Ladang Serampang 143/07/21 Pejabat Am Ladang Bukit Serampang
Parit Raja 143/07/22 SK Bukit Rahmat
Bandar Grisek Timor 143/07/23 SK Gersek
Kampong Kundang Ulu 143/07/24 SK Kundang Ulu
Ladang Nasional 143/07/25 SJK (T) Ladang Nordanal
Kebun Bahru 153/07/26 SJK (C) Kebun Bahru
Grisek 143/07/27 SJK (C) Pei Eng
Bukit Pasir (N08) Samasih 143/08/01 SK Semaseh
Kampong Raja 143/08/02 SK Kampong Raja
Panchor 143/08/03 SK Kota Raja
Bandar Panchor 143/08/04 SJK (C) Ai Hwa
Kampong Jawa 143/08/05 SK Panchor
Jorak 143/08/06 SK Jorak
Tanjong Selabu 143/08/07 SJK (C) Wee Sin
Pergam 143/08/08 Balai Raya Kampung Pergam
Temiang 143/08/09 SK Temiang
Sungai Terap 143/08/10 Ma'had Tahfiz Al-Quran Al-Muttaqin
Sungai Raya 143/08/11 SK Sungai Raya
Kampong Tengah 143/08/12 Balai Raya Kampung Tengah
Permatang Pasir 143/08/13 SK Sri Bukit Pasir
Pekan Bukit Pasir Barat 143/08/14 SJK (C) Yu Jerm
Pekan Bukit Pasir Utara 143/08/15 SMK Bukit Pasir
Pekan Bukit Pasir Selatan 143/08/16 Dewan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Pekan Bukit Pasir
Bukit Pasir 143/08/17 SK Paya Panjang
Ladang Craigielea 143/08/18 SJK (C) Kim Kee
Panjang Sari 104/32/19 SK Panjang Sari
Bukit Treh 143/08/20 Balai Raya Bukit Treh

Sejarah perwakilan sunting

 
Peta kawasan pilihan raya Dewan Rakyat 2020

Syed Nasir Syed Ismail dipilih sebagai Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-4 untuk Pagoh (1974-1978).

Ahli Parlimen Pagoh
Parlimen Tahun Nama Ahli Parti
Kawasan Parlimen diwujudkan dari Muar Dalam
Ke-4 1974-1978 Tun Syed Nasir Syed Ismail
BN (UMNO)
Ke-5 1978-1982 Tuan Mahiaddin Md Yasin
Ke-6 1982-1986
Tuan Haji Muhyiddin Yassin
Ke-7 1986-1990 Tuan Ahmad Omar
Ke-8 1990-1995
Ke-9 1995-1999 Tan Sri Muhyiddin Yassin
Ke-10 1999-2004
Ke-11 2004-2008
Ke-12 2008-2013
Ke-13 2013-2016
2016
BEBAS
2016-2018
BERSATU
Ke-14 2018-2020
PH (PKR) (BERSATU)
2020-2022
PN (BERSATU)
Ke-15 2022-kini

Dewan Negeri sunting

Dewan Rakyat Dewan Negeri
1954–59* 1959–1974 1974–1986 1986–1995 1995–2004 2004–2018 2018–kini
Pagoh Bukit Kepong
Bukit Pasir
Bukit Serampang
Jorak
Kesang

Ahli Dewan Negeri terkini sunting

No. Dewan Negeri Ahli Koliasi (Parti)
N7 Bukit Kepong Sahruddin Jamal PN (BERSATU)
N8 Bukit Pasir Mohamad Fazli Mohamad Salleh BN (UMNO)

Pihak Berkuasa Tempatan sunting

No. Dewan Negeri Pihak Berkuasa Tempatan
N7 Bukit Kepong
N8 Bukit Pasir Majlis Perbandaran Muar

Keputusan pilihan raya sunting

Pilihan raya umum Malaysia 2022
Parti Calon Undian % ∆%
PN Tan Sri Muhyiddin bin Md Yasin[6][7] 24,986 45.94 +45.94
PH Iskandar Shah Abd Rahman 14,979 27.54 -27.67
BN Razali Ibrahim 14,426 26.52 -12.45
Jumlah undian sah 54,391 100
Jumlah undi rosak 0
Undian tidak dipulangkan 0
Jumlah keluar mengundi 54,391 77.77
Pengundi berdaftar 69,939
Majoriti 10,007 35.72
PN ambil alih dari PKR Unjuran ?
Sumber
  • "His Majesty's Government Gazette - Notice of Contested Election, Parliament for the State of Johore [P.U. (B) 244/2018]" (PDF). Attorney General's Chambers of Malaysia. 3 May 2018. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2019-12-29. Dicapai pada 2018-08-01.
  • "Federal Government Gazette - Results of Contested Election and Statements of the Poll after the Official Addition of Votes, Parliamentary Constituencies for the State of Johore [P.U. (B) 318/2018]" (PDF). Attorney General's Chambers of Malaysia. 28 May 2018. Dicapai pada 2018-08-01.[pautan mati kekal]
  • Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia.[8]
  • Guang Ming Daily.[9]
Pilihan raya umum Malaysia 2018
Parti Calon Undian % ∆%
PKR Tan Sri Muhyiddin Yassin[10] 23,558 55.21 +55.21
BN Ismail Mohamed 16,631 38.97 -27.20
PAS Ahmad Nawfal Mahfodz 2,483 5.82 -28.01
Jumlah undian sah 42,672 100.00
Jumlah undi rosak 693
Undian tidak dipulangkan 302
Jumlah keluar mengundi 43,667 84.77
Pengundi berdaftar 51,512
Majoriti 6,927 16.24
PKR ambil alih dari BN Unjuran +41.21
Pilihan raya umum Malaysia 2013
Parti Calon Undian % ∆%
BN Tan Sri Muhyiddin Yassin 26,274 66.17 -5.17
PAS Mohamad Rozali Jamil 13,432 33.83 +5.17
Jumlah undian sah 39,706 100.00
Jumlah undi rosak 816
Undian tidak dipulangkan 91
Jumlah keluar mengundi 40,613 86.79
Pengundi berdaftar 46,793
Majoriti 12,842
BN kekal Peralihan -5.17
Pilihan raya umum Malaysia 2008
Parti Calon Undian % ∆%
BN Mahiaddin Md Yasin 21,028 71.34 -11.42
PAS Mohamad Rozali Jamil 8,447 28.66 +11.42
Jumlah undian sah 29,475 100.00
Jumlah undi rosak 787
Undian tidak dipulangkan 51
Jumlah keluar mengundi 30,313 75.70
Pengundi berdaftar 40,042
Majoriti 12,581
BN kekal Peralihan -11.42
Pilihan raya umum Malaysia 2004
Parti Calon Undian % ∆%
BN Muhyiddin Yassin 23,679 82.76 +9.32
PAS Mohamed Awang 4,932 17.24 +17.24
Jumlah undian sah 28,611 100.00
Jumlah undi rosak 881
Undian tidak dipulangkan 42
Jumlah keluar mengundi 29,534 73.52
Pengundi berdaftar 40,172
Majoriti 18,747
BN kekal Peralihan -7.92
Pilihan raya umum Malaysia 1999
Parti Calon Undian % ∆%
BN Muhyiddin Yassin 20,140 73.44 -10.26
KEADILAN Alias Shamsir 7,283 26.56 +26.56
Jumlah undian sah 27,423 100.00
Jumlah undi rosak 872
Undian tidak dipulangkan 35
Jumlah keluar mengundi 28,330 71.19
Pengundi berdaftar
Majoriti 12,857
BN kekal Peralihan -18.41
Pilihan raya umum Malaysia 1995
Parti Calon Undian % ∆%
BN Muhyiddin Yassin 21,856 83.70 +10.64
S46 Rosdan Taha Abd. Rahman 4,257 -10.64
Jumlah undian sah 26,113 100.00
Jumlah undi rosak 1,379
Undian tidak dipulangkan 5
Jumlah keluar mengundi 27,497 70.70
Pengundi berdaftar
Majoriti 17,599
BN kekal Peralihan +10.64
Pilihan raya umum Malaysia 1990
Parti Calon Undian % ∆%
BN Ahmad Omar 18,461 73.06 -12.02
S46 Murad Hasan 6,808 26.94 +26.94
Jumlah undian sah 25,269 100.00
Jumlah undi rosak 784
Undian tidak dipulangkan
Jumlah keluar mengundi 26,053 74.36
Pengundi berdaftar
Majoriti 11,653
BN kekal Peralihan -19.48
Pilihan raya umum Malaysia 1986
Parti Calon Undian % ∆%
BN Ahmad Omar 19,365 85.08 -2.69
PAS Othman Hashim 3,395 14.92 +2.69
Jumlah undian sah 22,760 100.00
Jumlah undi rosak 666
Undian tidak dipulangkan
Jumlah keluar mengundi 23,426 70.93
Pengundi berdaftar 33,028
Majoriti 15,970
BN kekal Peralihan -2.69
Pilihan raya umum Malaysia 1982
Parti Calon Undian % ∆%
BN Mahiaddin Md Yasin 19,035 87.77 -1.75
PAS Samudi Ahmad 2,652 12.23 +1.75
Jumlah undian sah 21,687 100.00
Jumlah undi rosak 1,234
Undian tidak dipulangkan
Jumlah keluar mengundi 22,921 74.86
Pengundi berdaftar 30,617
Majoriti 16,383
BN kekal Peralihan -1.75
Pilihan raya umum Malaysia 1978
Parti Calon Undian % ∆%
BN Mahiaddin Md Yasin 17,679 89.52 N/A
PAS Abdul Wahab Abdul Rahman 2,069 10.48 +10.48
Jumlah undian sah 19,748 100.00
Jumlah undi rosak
Undian tidak dipulangkan
Jumlah keluar mengundi
Pengundi berdaftar 26,302
Majoriti 15,610
BN kekal Peralihan N/A
Pilihan raya umum Malaysia 1974
Parti Calon Undian % ∆%
Pada hari penamaan calon, Syed Nasir Syed Ismail menang tanpa tanpa bertanding
BN Syed Nasir Syed Ismail
Jumlah undian sah 100.00
Jumlah undi rosak
Undian tidak dipulangkan
Jumlah keluar mengundi
Pengundi berdaftar 24,346
Majoriti
Ini adalah kawasan persekutuan baharu yang diwujudkan dari kawasan Muar Dalam
yang mana dimenangi oleh Parti Perikatan dalam pilihan raya umum lepas.

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Parlimen Pagoh SPR, Suruhanjaya Pilihan Raya, dicapai pada 9 November 2022
  2. ^ Keluasan kawasan Parlimen Pagoh 2018 Diarkibkan 2018-04-12 di Wayback Machine, Muka surat 526, Laporan Kajian Semula Persempadanan 2018, Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia, dicapai pada 20 Ogos 2018
  3. ^ "14th General Election Malaysia (GE14 / PRU14) - Results Overview". election.thestar.com.my. Dicapai pada 2020-06-20.
  4. ^ https://www.mycensus.gov.my/index.php/census-product/publication/census-2020/myparlimen
  5. ^ Warta pusat daerah mengundi
  6. ^ Kedudukan kerusi Parlimen P143 Pagoh
  7. ^ Tan Sri Muhyiddin pertahan kerusi Pagoh
  8. ^ "Semakan Keputusan Pilihan Raya Umum ke-14". Semakan Keputusan Pilihan Raya. Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 September 2020.
  9. ^ "2018第14屆全國大選成績表: 雪蘭莪" (PDF) (dalam bahasa Cina). Guang Ming Daily. 2018-05-11. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2018-11-05. Dicapai pada 2019-01-03.
  10. ^ Tan Sri Muhyiddin pertahan kerusi Pagoh
  11. ^ "Semakan Keputusan Pilihan Raya Umum ke-14". Semakan Keputusan Pilihan Raya. Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 September 2020.
  12. ^ "2018第14屆全國大選成績表: 雪蘭莪" (PDF) (dalam bahasa Cina). Guang Ming Daily. 2018-05-11. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2018-11-05. Dicapai pada 2019-01-03.
  13. ^ "Keputusan Pilihan Raya Umum". Sistem Pengurusan Maklumat Pilihan Raya Umum. Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 Januari 2021.
  14. ^ a b c d e f "Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen/Dewan Undangan Negeri". Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 Januari 2021.
  15. ^ "Keputusan Pilihan Raya 2004: Johor". Utusan Malaysia. 23 Mac 2004. m/s. 10.
  16. ^ a b "Keputusan Pilihan Raya Umum Dewan Rakyat dan Dewan Negeri Tahun 1982". New Straits Times. 21 April 1982. m/s. 9. Dicapai pada 12 Februari 1990.
  17. ^ "Keputusan Pilihan Raya Khas Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri Tahun 1974". New Straits Times. 26 Ogos 1974. m/s. 6. Dicapai pada 12 Februari 1980.