Pusat Pembangunan Kemahiran Pahang

Pusat Pembangunan Kemahiran Pahang (PSDC) telah ditubuhkan secara 'tripartite' yang berkonsepkan pensyarikatan Malaysia.

Kerajaan Negeri Pahang menyediakan peruntukan untuk kampus dan penyelenggaraan, Kerajaan Persekutuan menyediakan peruntukan peralatan sementara syarikat swasta memberi sumbangan untuk pengoperasian. Pusat Pembangunan Kemahiran Pahang (PSDC) merupakan sebuah institusi pendidikan tinggi swasta.

Selain daripada melaksanakan latihan kemahiran tinggi kepada pekerja syarikat industri di negeri Pahang, pusat ini juga menawarkan program di peringkat Diploma dan Sijil dengan kerjasama Universiti Teknologi Malaysia (UTM), dan Jabatan Pembangunan Kemahiran (dahulunya MLVK), di bawah Kementerian Sumber Manusia. Semua kursus yang ditawarkan dibiayai oleh agensi-agensi kerajaan, Tabung Pembangunan Kemahiran Malaysia dan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).