Pak Lah merupakan tajuk buku mengenai bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Abdullah bin Ahmad Badawi. Buku itu mengandungi pelbagai dokumentasi bergambar aktiviti Abdullah dari 2003 sehingga 2009 ketika menjadi perdana menteri kelima. Tujuan penerbitannya adalah untuk mengenang jasa beliau selain memupuk sikap memahami dan menghargai sejarah politik dan pembangunan tanah air dalam kalangan rakyat Malaysia.

Buku ini tebalnya 308 muka surat. Terdapat dua edisi iaitu dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris. Di dalamnya terdapat pelbagai koleksi gambar koleksi Bernama yang dikategorikan kepada Raja Berperlembagaan, Keluarga, Politik, Kebajikan Masyarakat, Media, Hubungan Antarabangsa dan Pentadbiran.

Pelancaran buku ini diadakan pada 7 Mac 2010 di Auditorium Perdana, Angkasapuri, Kuala Lumpur.[1]

Rujukan sunting