Pak Lah Cecupak (lahir Noor Affendi bin Nurdin; 26 April 1967 – 21 November 2020)[1] merupakan seorang pelawak, pelakon dan penyanyi lelaki Malaysia. Beliau terkenal sebagai salah seorang ahli kumpulan pelawak Cecupak. Selain menyanyi, beliau juga aktif mencipta lagu dan menulis lirik untuk lagu tradisional dan lagu rakyat dalam loghat Perak.

Pak Lah Cecupak
Kelahiran
Noor Affendi bin Nurdin

(1967-04-26)26 April 1967
Meninggal dunia21 November 2020(2020-11-21) (umur 53)
Sebab kematianpenyakit barah usus
Pekerjaan
  • Pelawak
  • pelakon
  • penyanyi
Tahun aktif1998–2020
PasanganMiza Ali
Anak-anak3

Pada September 2020, Pak Lah dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu bagi menjalani rawatan selepas disahkan menghidap penyakit barah usus tahap keempat.[2] Beliau meninggal dunia pada Sabtu, 21 November 2020 akibat penyakit itu pada usia 53 tahun.[3] Pak Lah meninggalkan balu, Miza Ali dan tiga anak.[4]

Rujukan sunting

  1. ^ Sudirman Mohd Tahir (21 November 2020). "Pak Lah Cecupak meninggal dunia". Harian Metro. Dicapai pada 22 November 2020.
  2. ^ Ridzuan Abdul Rahman (26 September 2020). "Doakan Pak Lah Cecupak". Harian Metro. Dicapai pada 22 November 2020.
  3. ^ Zulhilmi Jalil (21 November 2020). "Derita kanser usus, Pak Lah Cecupak meninggal dunia". Astro Gempak. Dicapai pada 22 November 2020.
  4. ^ Nur Asyikin Mayudin (21 November 2020). "Pak Lah Cecupak meninggal dunia akibat kanser usus". mStar Online. Dicapai pada 22 November 2020.