Pak Pong
Pak Pong merupakan sebuah filem drama fantasi Malaysia 2017 arahan Fauzi Nawawi terbitan 9 Country Creativity. Di dalam kerjaya sulungnya sebagai pengarah, Fauzi turut berkhidmat sebagai penulis skrip. Ia menampilkan barisan pelakon popular Malaysia seperti Hairul Azreen, Siti Saleha, Amber Chia, Marsha Milan Londoh, Eizlan Yusof dan Saiful Apek. Filem ini ditayangkan pada 23 Februari 2017.[1] Penerbit filem ini, Raja Mohammad Mohd Ismail meninggal dunia pada 12 Julai 2017, lima bulan selepas Pak Pong ditayangkan.[2]
Pak Pong | |
---|---|
Pengarah | Fauzi Nawawi |
Penulis | Fauzi Nawawi |
Dihasilkan oleh | Raja Mohamad Ismail |
Dibintangi | |
Disunting oleh | Shamsul & Kenny |
Syarikat penerbitan | 9 Country Creativity |
Tarikh tayangan |
|
Masa tayangan | 120 minit |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Pecah panggung | RM35 ribu |
Plot
suntingMengisahkan tentang seorang lelaki kerdil yang terlalu inginkan kesempurnaan dengan menjadi lelaki normal yang kacak. Untuk merealisasikan keinginannya itu, dia telah menuntut ilmu yang salah sehingga dia lupa dirinya dan akhirnya perbuatannya telah memakan dirinya sendiri.
Pelakon
suntingPelakon utama
sunting- Hairul Azreen sebagai Muda
- Siti Saleha sebagai Puteri Serampit
- Izreen Azminda sebagai Nora
- Badrolshah sebagai Kadik
- Fauzi Nawawi sebagai Kadik Handsome
- Marsha Milan Londoh sebagai Suri
- Eizlan Yusof sebagai Penghulu Bulan
- Kazar Saisi sebagai Penasihat Bunian
- Rahim R2 sebagai Penghulu Bunian
- Shawal Ruslan sebagai Gragos
- Zulkifli Ismail sebagai Tok Penghulu
- Lisdawati sebagai Jin Tanah
Pelakon undangan
sunting- Saiful Apek sebagai Tok Belantara
- Amber Chia sebagai dirinya sendiri
- Jasmin Hamid sebagai Sang Kelabai Besar
- Nur Risteena sebagai Rohayu
- Bell Ngasri sebagai Orang Kampung
- Maimon Mutalib sebagai Ibu Muda
Penerbitan
suntingPenerbitan filem Pak Pong bermula sekitar 2012. Ia merupakan filem sulung arahan Fauzi Nawawi di dalam kerjayanya sebagai sutradara dan mengambil masa lima tahun untuk disiapkan kerana masalah bajet dan dalam masa yang sama, memberi penelitian terhadap sudut kesan khas.[3]
Keluaran dan sambutan
suntingPak Pong dikeluarkan pada 23 Februari 2017 dan merupakan kegagalan komersial, hanya meraih kutipan RM35 ribu.[4] Filem ini menerima ulasan positif dari pengkritik filem. Shazryn Mohd Faizal dari mStar Online mendapati Pak Pong memiliki idea yang menarik. Dengan mengenengahkan genre fantasi dengan disulami dengan elemen drama dan komedi, sekaligus memberikan variasi kepada khalayak di sebalik lambakan genre komedi dan seram sedia ada di pasaran.[5]
Rujukan
sunting- ^ Pressreader (20 Februari 2017). "Akhirnya 'Pak Pong' masuk panggung". Berita Harian. Dicapai pada 1 September 2017.
- ^ Wani Ariffin (12 Julai 2017). "Penerbit filem 'Pak Pong' meninggal dunia". Media Hiburan. Dicapai pada 1 September 2017.
Filem komedi fantasi arahan Fauzi Nawawi temui penonton selepas lima tahun
- ^ Aqmar Mustaza (11 Februari 2017). "'Pak Pong' mash relevan". Sinar Harian. Dicapai pada 1 September 2017.
- ^ "Hairul Azreen Tidak Kecewa Filem Pak Pong Kurang Sambutan". Astro Gempak. 9 Mac 2017. Dicapai pada 1 September 2017.
- ^ Shazryn Mohd Faizal (2 Mac 2017). "'Pak Pong' Miliki Idea Menarik Tapi Tiada Arah Tujuan". mStar Online. Dicapai pada 1 September 2017.