Pakaian pagi, juga dikenali sebagai pakaian formal siang, ialah kod berpakaian Barat formal untuk persalinan siang,[1] bagi lelaki ia terdiri daripada, kot pagi, weskot, dan seluar formal, dan gaun yang sesuai untuk wanita. Lelaki juga boleh memakai varian popular dimana semua bahagian (kot pagi, weskot dan seluar) adalah sama warna dan material, biasanya warna kelabu dan dipanggil "sut pagi" atau "morning grey" untuk membezakannya;[2] dianggap sesuai hanya untuk majlis perayaan[3] seperti majlis perkahwinan musim panas dan acara lumba kuda,[4][5] yang menjadikannya kurang formal. Topi yang betul ialah topi tinggi, atau jika pada kawasan penonton yang kurang luas dibenarkan memilih topi opera yang boleh ditutup lipat.

Maharaja Jepun Hirohito, Presiden AS Ronald Reagan dan isterinya Nancy pada 1983, kedua-dua lelaki memakai kot pagi berserta seluar formal, dikenali sebagai pakaian pagi

Syarikat Debrett's menyatakan pakaian pagi tidak boleh ditetapkan sebagai kod pakaian bagi acara yang bermula selepas 6 p.m. Jika acara formal akan bermula pada atau selepas 6 p.m., white tie hendaklah dipakai.[1][6] Pakaian siang semi formal yang sepadan dengan kod ini ialah sut lounge hitam.[7][8]

Pakaian pagi secara amnya di hadkan pada majlis perkahwinan tertentu, upacara diraja, acara kerajaan atau perbandaran yang melibatkan khalayak, dan perjumpaan sosial, cth, acara lumba kuda. Ia juga kadangkala boleh dipakai pada upacara gereja, persatuan persaudaraan, dan kelab lelaki.

Galeri sunting

Lihat juga sunting

  • Stroller ialah kod pakaian yang serupa, tetapi kurang formal, oleh itu tidak boleh ditukar ganti dengan pakaian lengkap pagi. Memandangkan pakaian pagi adalah persalinan siang yang setara dengan white tie malam, stroller adalah pakaian siang yang setara dengan black tie malam dan pada asasnya adalah sut lounge yang lebih formal (dengan itu, di Britain ia dirujuk sebagai "sut lounge hitam").

Nota sunting

  1. ^ a b Wyse, Elizabeth (2015). Debrett's Handbook. Mayfair, London: Debrett's Limited. m/s. 190. ISBN 978-0-9929348-1-1.
  2. ^ "Morning Suits – Cad & the Dandy". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-10-19.
  3. ^ Donald, Elsie, penyunting (1981). Debrett's Etiquette and Modern Manners. London: Debrett's Peerage Limited. m/s. 385–386. ISBN 0-905649-43-5.
  4. ^ Antongiavanni, Nicholas (2006). The Suit. New York: HarperCollins Publishers. m/s. 169. ISBN 978-0-06-089186-2.
  5. ^ Keers, Paul (1987). A Gentleman's Wardrobe: Classic Clothes and the Modern Man. London: Weidenfeld & Nicolson. m/s. 105. ISBN 0-297-79191-5.
  6. ^ Wyse, Elizabeth (2015). Debrett's Handbook. Mayfair, London: Debrett's Limited. m/s. 185–187. ISBN 978-0-9929348-1-1.
  7. ^ Tuckerman, Nancy; Dunnan, Nancy (1995). The Amy Vanderbilt Complete Book of Etiquette: 50th Anniversary Edition (ed. 1). New York: Bantam Doubleday Dell Publishing Group Inc. m/s. 284. ISBN 978-0-385413428.
  8. ^ Post, Anna; Post, Lizzie (2014). Emily Post's Wedding Etiquette (ed. 6). New York: The Emily Post Institute, Inc. m/s. 260. ISBN 978-0-06-232610-2.

Bibliografi sunting

  • Apparel Arts magazine, an account of 1930s fashion and style; some issues more relevant than others, such as those reproduced with comment at The London Lounge.
  • Amies, Hardy (2013). The Englishman's Suit. London: Quartet Books Ltd. ISBN 978-0-7043-7169-9.
  • Antongiavanni, Nicholas (2006). The Suit: A Machiavellian Approach to Men's Style. HarperCollins. ISBN 978-0-06-089186-2.
  • Bryant, Jo; Wyse, Liz, penyunting (2012). Debrett's Men's Style. Richmond, Surrey: Debrett's Limited. ISBN 978-1-870520-00-3.
  • Donald, Elsie, penyunting (1981). Debrett's Etiquette and Modern Manners. London: Debrett's Peerage Limited. ISBN 0-905649-43-5.
  • Flusser, Alan (2002). Dressing the Man: Mastering the Art of Permanent Fashion. HarperCollins. ISBN 978-0-06-019144-3.
  • Hume, Lucy (2017). Debrett's Wedding Handbook. Debrett's Limited. ISBN 978-0-9929348-4-2.
  • Keers, Paul (1987). A Gentleman's Wardrobe: Classic Clothes and the Modern Man. London: Weidenfeld & Nicolson. ISBN 0-297-79191-5.
  • Mansfield, Alan; Cunnington, Phillis (1973). Handbook of English Costume in the 20th Century 1900-1950. London: Faber and Faber Limited. ISBN 0-571-09507-0.
  • Post, Anna; Post, Lizzie (2014). Emily Post's Wedding Etiquette (ed. 6). New York: The Emily Post Institute, Inc. ISBN 978-0-06-232610-2.
  • Post, Peggy; Post, Anna; Post, Lizzie; Post Senning, Daniel (2011). Emily Post's Etiquette. New York: The Emily Post Institute, Inc. ISBN 978-0-06-174023-7.
  • Pullman, Nigel. "Dress codes" (PDF). Livery Companies of the City of London. Dicapai pada 17 October 2018.
  • Roetzel, Bernhard (2009). Gentleman: A Timeless Guide to Fashion. Cambridge: Tandem Verlag GmbH. ISBN 978-3-8331-5270-2.
  • Schneider, Sven (2017). Morning Dress Guide (ed. 1). Saint Paul, Minnesota: Gentleman's Gazette LLC.
  • Storey, Nicholas (2008). History of Men's Fashion: What the Well-Dressed Man is Wearing. Barnsley: Pen & Sword Books Ltd. ISBN 978-1-84468-037-5.
  • Tuckerman, Nancy; Dunnan, Nancy (1995). The Amy Vanderbilt Complete Book of Etiquette: 50th Anniversary Edition (ed. 1). New York: Bantam Doubleday Dell Publishing Group Inc. ISBN 978-0-385413428.
  • Wyse, Elizabeth (2015). Debrett's Handbook. Debrett's Limited. ISBN 978-0-9929348-1-1.

Pautan luar sunting

  Kategori berkenaan Pakaian pagi di Wikimedia Commons