Pakaian rasmi mess

Pakaian rasmi mess, pakaian mess kit, juga dikenali sebagai pakaian nombor 6 dalam perkhidmatan beruniform Malaysia, adalah jenis pakaian seragam paling formal (atau separuh formal, bergantung pada negara) yang digunakan oleh anggota tentera, anggota polis, dan anggota perkhidmatan beruniform yang lain. Ia selalunya terdiri daripada jaket mess, seluar, kemeja putih dan bow tie hitam, bersama dengan darjah kebesaran dan insignia pingat. Reka bentuk mungkin bergantung pada rejimen atau cabang tentera, cth tentera darat, tentera laut, tentera udara, askar marin, dsb. Dalam kod berpakaian Barat, pakaian mess adalah alternatif tambahan yang dibenarkan bersama dengan pakaian black tie awam bagi pemakaian malam atau sut lounge hitam bagi pemakaian siang namun uniform adalah sama untuk pakaian siang dan malam. Pakaian mess biasanya kurang formal daripada pakaian rasmi istiadat, tetapi lebih formal daripada pakaian seragam khidmat.

Tiga pegawai Kanada memakai jaket kolar sebai atau jaket kolar setengah tegak dan pakaian mess atau mess kit bergaya weskot. Anak pingat dan kelengkapan lain juga dipakai.

Sebelum Perang Dunia II, uniform tentera gaya ini sebahagian besarnya dihadkan kepada Angkatan Tentera British dan A.S., walaupun Tentera Laut Perancis, Jerman, Sweden dan tentera laut lain telah menggunakan versi pakaian mess mereka sendiri pada akhir abad ke-19, dipengaruhi oleh Royal Navy British.[1]

Ketika pakaian rasmi mess lazimnya dipakai pada masa-masa tertentu oleh pegawai bertauliah dan pegawai tidak tauliah, ia juga boleh dipakai sebagai pakaian seragam pilihan oleh sesetengah anggota LLP kanan. Ia juga kadangkala dipakai oleh ahli kerabat istana atau perkhidmatan beruniform awam tertentu.

Lihat juga sunting


Rujukan sunting

Nota sumber

  1. ^ Knötel, Knötel & Sieg (1980), m/s. 442–445.

Bibliografi

  • Knötel, Richard; Knötel, Herbert; Sieg, Herbert (1980). Uniforms of the World: A Compendium of Army, Navy, and Air Force Uniforms, 1700–1937. New York: Scribner. ISBN 978-0-684-16304-8. Dicapai pada 26 May 2012.
  • Trendell, Herbert A. P, penyunting (1921). Dress and Insignia Worn at His Majesty's Court, Issued With the Authority of the Lord Chamberlain. London: Harrison. OCLC 13090804. Dicapai pada 26 May 2012.
  • Carman, W. Y. (September 1977). A Dictionary of Military Uniform. New York: Scribner. ISBN 978-0-684-15130-4. Dicapai pada 26 May 2012.
  • Barthorp, Michael (1984). British Cavalry Uniforms Since 1660. Poole, Dorset: Blandford Press. ISBN 978-0-7137-1043-4. Dicapai pada 26 May 2012.
  • Newark, Timothy (1 January 1998). Brassey's Book of Uniforms. London: Brassey's. ISBN 978-1-85753-243-2. Dicapai pada 26 May 2012.
  • Barthorp, Michael (1982). British Infantry Uniforms Since 1660. Poole, Dorset: New Orchard Editions. ISBN 978-1-85079-009-9. Dicapai pada 26 May 2012.
  • Great Britain. War Office (1911). Dress Regulations for the Army. H.M. Stationery Office. OCLC 220555667. Dicapai pada 26 May 2012.

Sumber online

Pautan luar sunting

  Kategori berkenaan Mess dress uniform di Wikimedia Commons