Pakaian seragam khidmat

Pakaian seragam khidmat, pakaian khidmat, juga dikenali sebagai pakaian nombor 8 dalam perkhidmatan beruniform Malaysia, ialah sejenis pakaian seragam tidak formal yang digunakan oleh tentera, polis, bomba dan perkhidmatan beruniform awam yang lain untuk tujuan harian pejabat, berek dan tugas bukan medan dan kadangkala untuk majlis istiadat. Ia selalunya terdiri daripada jaket, seluar, kemeja, dan tali leher, berserta dengan darjah kebesaran, pingat, dan insignia. Reka bentuk mungkin bergantung pada rejimen atau cabang tentera, cth tentera darat, tentera laut, tentera udara, askar marin, dsb. Dalam kod berpakaian Barat, pakaian khidmat adalah alternatif tambahan yang dibenarkan bersama dengan sut awam - kadangkala secara kolektif dipanggil undress atau "pakaian biasa". Oleh itu, pakaian khidmat dianggap kurang formal daripada pakaian istiadat dan pakaian mess, tetapi lebih formal daripada pakaian tempur.

Para pegawai kanan memakai pakaian khidmat Tentera Udara Diraja Australia, Kor Marin AS dan Tentera Laut AS.

Pakaian seragam khidmat pada asalnya dipakai dalam perkhidmatan aktif di medan atau di laut, tetapi semakin diturunkan fungsinya ke pejabat, berek, dan lawatan kerja apabila pakaian medan yang lebih praktikal berkembang. Di beberapa bahagian angkatan tentera seperti Tentera Darat British, pakaian khidmat juga boleh digunakan untuk upacara-upacara istiadat, secara beransur-ansur menggantikan peranan pakaian rasmi istiadat yang telah mendahuluinya sebagai pakaian medan. Dalam Tentera Laut Amerika Syarikat, sebagai contoh, pakaian seragam khidmat di pakai untuk fungsi-fungsi rasmi yang tidak beralih ke peringkat pakaian rasmi istiadat atau pakaian rasmi mess. Ia juga lazimnya dipakai semasa melakukan lawatan rasmi, atau semasa menghantar laporan kepada markas. Ia mungkin mengikut musim, dengan pakaian seragam putih dipakai pada musim panas dan versi lebih gelap pula dipakai pada musim sejuk.

Lihat juga sunting

Pautan luar sunting

  Kategori berkenaan Pakaian seragam khidmat di Wikimedia Commons