Pakatan Murni merujuk kepada hasil usaha semua kaum di Persekutuan Tanah Melayu untuk menghasilkan satu kerjasama dan tolak ansur politik melalui rundingan. Pakatan Murni merupakan jalan penyelesaian tuntutan dan masalah pelbagai kaum yang sebelum ini berpisah akibat dasar ‘pecah dan perintah’ British.

Usaha-usaha ke arah pakatan murni ialah yang pertama, penubuhan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (CLC) pada Januari 1949. Pada awalnya, CLC dianggotai oleh dua kaum terbesar di Tanah Melayu iaitu Melayu dan Cina. Orang Melayu di bawah pimpinan Dato' Onn Ja'afar, manakala orang Cina di bawah pimpinan Tan Cheng Lok. Pada bulan Ogos, CLC disertai oleh 6 wakil Melayu, 6 wakil orang Cina, 1 wakil dari kaum India, Serani dan Eropah.

Langkah kedua ialah perundingan UMNO-CLC. Pada 1951 Presiden UMNO Dato' Onn Ja'afar mencadangkan pembukaan keahlian UMNO kepada orang bukan Melayu. Apabila gagal, beliau meninggalkan UMNO dan menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya (IMP) yang terbuka kepada semua kaum yang mahu bekerja mencapai kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu.

Langkah seterusnya ialah persidangan di antara Gabenor Jeneral Asia Tenggara Sir Malcolm Macdonald dengan Presiden UMNO Tunku Abdul Rahman pada 1953. Tunku Abdul Rahman kemudian mengadakan konvesyen kebangsaan dan banyak parti politik di Tanah Melayu terlibat dengan konvesyen tersebut. Ia menjadi asas pembentukan Parti Perikatan.