Chau Pak-ho, yang lebih dikenali sebagai Pakho Chau, ialah seorang penyanyi, pencipta lagu dan pelakon Hong Kong. Dia secara rasmi memasuki industri muzik Hong Kong pada 2007, dan kini terikat dengan Kumpulan Warner Music, Hong Kong.

Pakho Chau
Nama Cina周柏豪
PinyinZhōu Bǎiháo (Mandarin)
JyutpingZau1 paak3 hou4 (Kantonis)
KeturunanKaiping, Guangdong, China
Lahir (1984-11-12) 12 November 1984 (umur 39)
Hong Kong
PekerjaanPenyanyi, pencipta lagu, pelakon, Model
Jenis muzikCantopop, Pop, Rock
Alat muzikNyanyian, Piano, Gitar
Syarikat rakamanWarner Music
Tahun aktif2007–kini
Laman web rasmiwww.chaupakho.com.hk

Biografi sunting

Pernah mewakili Hong Kong dalam sukan bola keranjang, Chau juga bekerja sebagai penyelamat, guru renang dan guru piano. Chau juga buat seketika menjadi model sambilan, yang terikat dengan agensi peragawan Hong Kong Starz People, menjadi model dan jurucakap bagi banyak syarikat besar dan jenama di Hong Kong.

Setelah beberapa lama, Chau mengambil keputusan untuk memenuhi keghairahan lamanya terhadap muzik, dan menabung wang untuk ke luar negara dan belajar lebih lagi tentang muzik dan teknik-teknik penerbitan. Bagaimana pun, dia digalakkan oleh pengurus peragawannya untuk tinggal di Hong Kong, and tidak lama kemudian diperkenalkan dengan penerbit rakaman terkenal di Hong Kong, Chan Kwong-Wing (陳光榮). Selepas perjumpaan pertama, Chau bekerja di studio rakaman Chan sebagai jurutera tak berbayar selama hampir dua tahun, dengan merakam dan menerbitkan demo dan dendang iklan.

Bakat muziknya disedari Chan, dan tidak lama selepas itu Chau ditawarkan dengan kontrak rakaman dan menandatangan dengan Warner Music Group pada 2007.

Karier sunting

Pernah mempelajari piano sejak usia 5 tahun, dan mampu memetik gitar, Chau juga adalah seorang pencipta lagu. Dari EP debutnya Beginning, Chau menggubah sebuah lagu, dan menulis lirik bagi empat buah lagu yang lain.

Disebabkan pengalaman kerjanya sebagai jurutera studio rakaman, Chau juga menerbitkan banyak lagunya sendiri.

Single debutnya, "Same Sky" (同天空), dengan cepat ke udara di Hong Kong, dan dengan sekelip mata menjadi lagu hit. Single keduanya, "Six Days" (六天) juga memperoleh populariti.

Populariti Chau ditentukan dalam masa tiga hari selepas penerbitan EP debutnya Beginning, terjual lebih daripada 6000 buah. Ini menyebabkan permintaan kuat bagi penghantaran kedua EP debutnya.

Pada Mei 2008, satu duet bersama bintang harapan Cantopop diterbitkan, yang berjudul "Nothing Done" (一事無成). Lagu ini menjadi sangat popular, mencapai kejayaan komersial dan menduduki tangga teratas dalam banyak carta muzik di Hong Kong.

Pada Julai 2008, pada masa Hong Kong Book Fair, Chau menerbitkan album foto, yang mengandungi koleksi foto dan kata-katanya sendiri. Album foto ini diberi judul "Here's Where It All Began" (我的開始在這裡), dan laris terjual, dengan edisi kedua diterbitkan pada bulan berikutnya.

Album keduanya, yang berjudul Continue, diterbitkan pada 21 Ogos 2008.

Setelah menerbitkan beberapa single, Chau menerbitkan Follow pada 10 Julai 2009. Koleksi ini terdiri daripada empat trek baru, dan beberapa trek yang diterbitkan dahulu. Berikutan daripada tahun sebelumnya, Chau melancarkan satu lagi album photo bagi Hong Kong Book Fair, yang diberi judul "This Is My Time Machine" (假如我有時光 ‧ 机).

Diskografi sunting

Album sunting

  • November 7, 2007 - Beginning
  • August 21, 2008 - Continue
  • July 10, 2009 - Follow
  • August 20, 2010 - [Remembrance]
  • January 12, 2012 - [Get Well Soon]
  • December 18, 2012 - [Imperfect Collection]
  • August 30, 2013 - [8]

Filmografi sunting

Filem sunting

TV sunting

2008 sunting

2009 sunting

Penampilan lain sunting

2003 sunting

  • Wildchild (野仔) - Zhang Mou (張某)

2004 sunting

  • Monie Tung (董敏莉) - Men And Women Eating (飲食男女), Pool Party (池畔派對)
  • Stephanie Cheng (鄭融) - Popular Applause (叫好叫座)
  • Renee Dai (戴夢夢) - Witness (當事人)

2005 sunting

2007 sunting

2010 sunting

  • Shiga Lin (連詩雅) - I Don't Wanna Be Lonely

Anugerah sunting

2007 sunting

2008 sunting

2010 sunting

Iklan sunting

2003 sunting

  • K2 - advertisement
  • S. Square - advertisement
  • Sony - advertisement
  • Just Diamond - advertisement

2004 sunting

  • Nike League - advertisement
  • Coca-Cola - advertisement
  • Hong Kong Driving School - advertisement

2005 sunting

  • Champion clothes - jurucakap

2006 sunting

2007 sunting

  • Converse - advertisement
  • Indu Homme Menswear - advertisement
  • GP Wedding - advertisement
  • Puma AG Casual Wear - advertisement

2008 sunting

  • Online Game "Dance Mission" - jurucakap
  • Neway Karaoke - advertisement
  • MOOV.com - advertisement
  • Levi Strauss & Co. - advertisement
  • Clinique Men's Skincare - advertisement
  • ODM Watches - advertisement

2009 sunting

Pautan luar sunting