Buah pala

(Dilencongkan dari Pala)

Buah pala atau pala[1] (bahasa Inggeris: nutmeg)[2] ialah satu genus tumbuhan tropika yang pokoknya malar hijau dalam Myristica. Ia berasal dari Asia Tenggara dan Australasia. Biji dan kulit selaputnya yang terkandung dalam buah pokok ini penting untuk dijadikan sebagai rempah.

Pala
Myristica fragrans - Köhler–s Medizinal-Pflanzen-097.jpg
Pala
Pengelasan saintifik
Alam:
Divisi:
Kelas:
Order:
Keluarga:
Genus:
Myristica
Subspesies:
Lebih kurang 100 spesies, termasuk:
Myristica argentea
Myristica fragrans
Myristica malabarica

Spesies yang paling penting dari segi perdagangan ialah pala harum atau Myristica fragrans yang berasal daripada Kepulauan Banda di Indonesia namun tersebar juga di Caribbean, khususnya Grenada. Spesies yang lain termasuk:

Kedua-dua ini dipergunakan sebagai bahan lancung untuk produk-produk M. fragrans.

BotaniSunting

 
Sebatang pokok pala

Pokok pala mempunyai ketinggian di antara 4-15 meter dan bersifat ‘unisek’, iaitu pokok hanya mengeluarkan bunga jantan atau betina sahaja. Oleh itu, pada kebiasaannya satu batang pokok jantan ditanam di antara 10 batang pokok betina. Namun ada sumber yang mengatakan bahawa terdapat pokok yang mengeluarkan kedua-dua bunga jantan dan betina. Tetapi ini jarang ditemui.

Buah pala ialah buah jenis ‘drup’ dan mempunyai bentuk yang berbeza di antara pokok yang berlainan seakan-akan telur dengan ukuran 20-30 milimeter panjang dan 15-18 milimeter lebar, namun ada pokok yang menghasilkan buah berbentuk bulat dan ada juga yang menghasilkan buah berbentuk pir. Secara purata berat buah pala ialah dalam lingkungan 89 g dan bergaris pusat lebih kurang 5.6 cm. Pada pangkal biji melekat suatu kulit selaput keliling biji yang berwarna merah dan kelihatan kering seakan-akan renda.

 
Selaput biji pala dalam buah pala.

Apabila buah ini masak, perikarpnya yang berwarna kuning dan mempunyai ketebalan 1.5 cm terbelah dua dan mendedahkan biji yang berwarna perang keungguan serta berkilat.

KegunaanSunting

Bahagian perikarpnya, walaupun terlalu masam dan kelat untuk dimakan dalam keadaan segar, ia boleh diproses untuk dijadikan halwa, kandi dan jeruk pala. Manakala biji dan aril atau ‘mace’ boleh dikeringkan dan digunakan sebagai rempah. Rempah dari ‘mace’ ini digunakan dalam penyediaan berbagai jenis makanan terutamanya untuk memberi perisa pelbagai jenis sos dan kicap. Hasilan dari biji pala ini digunakan sebagai rempah, bahan perisa untuk masakan yang manis seperti kek dan masakan yang menggunakan susu.

Kedua-dua biji dan aril buah pala mengandungi minyak pala yang mempunyai perisa yang berbeza. Sejenis minyak yang bersifat tepu pada suhu bilik juga boleh dihasilkan daripada biji pala. Minyak ini digunakan sebagai minyak ubat sapu dan untuk pembuatan minyak wangi.

RujukanSunting

  1. ^ Hean Chooi Ong (2004). Buah: khasiat makanan & ubatan. Kuala Lumpur: Utusan Publications. m/s. 112. ISBN 967-61-1560-6.
  2. ^ "Nutmeg and derivatives (Review)". Food and Agriculture Organization (FAO) of the United Nations. September 1994. Diarkib daripada yang asal pada 30 October 2018. Dicapai pada 29 October 2018.
Sumber utama
  • Shulgin, Alexander T.; Sargent, Thornton W.; Naranjo, Claudio. Chemistry and psychopharmacology of nutmeg and of several related phenylisopropylamines (Kimia dan psikofarmakologi buah pala dan beberapa fenilisopropilamina berkait). Penerbitan Perkhidmatan Kesihatan Awam Amerika Syarikat (1967), No. 1645, m.s. 202-214.
  • Gable, R. S. The toxicity of recreational drugs (Ketoksikan drug rekreasi). American Scientist (2006), jilid. 94, m.s. 206-208.