Paladins

Paladins: Champions of the Realm merupakan sebuah permainan video hero menembak dalam talian percuma yang dihasilkan oleh Hi-Rez Studios. Permainan ini dibangunkan oleh Evil Mojo Games, sebuah studio dalaman Hi-Rez Studios. Permainan ini dikeluarkan pada 2018 untuk platform Microsoft Windows, PlayStation 4, Xbox One dan Nintendo Switch.

PlotSunting

Paladins: Champions of the Realm berlatarkan di sebuah dunia fantasi cereka sains "Dungeonpunk". Kedua-dua elemen fantasi dan sains fiksyen wujud dalam permainan ini, seperti askar zaman dahulu yang menggunakan pelbagai jenis senjata jarak jauh. Dalam dunia Paladins, terdapat konflik di antara dua kumpulan, Magistrate ("majistret") dan Paladins ("paladin"). Champions (jaguh) akan direkrut dan dilabelkan sebagai "pasukan khas" kerana mereka lebih efektif dalam pertempuran berbanding tentera biasa. Namun begitu, tidak semua jaguh komited dalam hal ini. Terdapat beberapa jaguh yang tidak memilih mana-mana pihak semasa perang. Sebaliknya, mereka boleh mendapatkan kontrak untuk menjadi tentera upahan untuk mana-mana di antara kedua-dua pihak ini. Ahli pasukan khas yang lain komited kepada satu kumpulan, sama ada majistret ataupun paladin. Terdapat juga kumpulan-kumpulan kecil yang lain, seperti "Abyss" (Kegelapan), "Thousand Hands" (Tangan Seribu) dan "Pyre" (Cahaya).

Corak permainanSunting

Paladins memberikan pelbagai watak atau Jaguh yang boleh dipilih oleh pemain semasa sesi permainan. Setiap Jaguh jatuh pada salah satu kategori atau kelas tersebut: Front Line, Damage, Support dan Flank. Pemain harus bergantung pada strategi, pengetahuan tentang watak, koordinasi dan kerjasama untuk mencapai kemenangan. Pemain boleh menggunakan Voice Guided System (VGS) atau Sistem Panduan Suara, chat dan chat suara untuk berkomunikasi. Pasukan yang baik mempunyai kelas seimbang yang akan membantu satu sama lain semasa permainan.

  • Front Line: Jaguh ini menjadi tonggak hadapan untuk sesebuah pasukan, mempertahankan kawasan hadapan dan melindungi rakan sepasukan. Mereka mempunyai nyawa yang tinggi dan kebolehan menggunakan perisai. Cemerlang dalam menyekat tembakan musuh, menawan objektif dan zoning (mengezon) selepas berlakunya wipe (penghapusan).
  • Damage: Jaguh pertempuran yang mempunyai output serangan atau potensi serangan burst yang besar. Serangan mereka, dengan nyawa dan pergerakan yang sederhana, menjadikan jaguh Damage ideal dalam pertempuran dan situasi tembak-menembak jangka masa panjang.
  • Support: Jaguh yang mempunyai utiliti yang tinggi dan kebolehan penyembuhan. Mereka merupakan tulang belakang sesebuah pasukan. Kebolehan penyembuhan mereka membolehkan mereka menjaga rakan sepasukan mereka.
  • Flank: Jaguh yang cemerlang dalam meronda kawasan pertemperun dan menyelinap ke barisan belakang pasukan musuh untuk menghapuskan sasaran utama yang terdedah. Mereka mempunyai nyawa yang kurang berbanding jaguh-jaguh dalam kelas yang lain. Namun, mereka mempunyai pergerakan hebat yang memudahkan mereka untuk melarikan diri dan kekal hidup. Jaguh seperti Androxus dan Lex boleh pecut ke belakang anda dalam satu gerak sebelum anda sempat untuk bertindak. Selain itu, terdapat juga jaguh yang boleh melompat tinggi ke udara, seperti Buck, dan juga boleh bertukar halimunan (Skye).

Lima daripada 42 jaguh dalam Paladins tersedia untuk pemain baru. Selain itu, empat jaguh boleh diakses sementara waktu untuk percuma dalam rotation 2 minggu. Pemain boleh mendapatkan jaguh tambahan secara kekal dengan membuat pembelian menggunakan mata wang dalam permainan.