Palestinian Airlines

Palestinian Airlines (Bahasa Arab: الخطوط الفلسطينية) adalah sebuah syarikat penerbangan yang berpusat di Arish, Mesir yang dimiliki sepenuhnya oleh Pihak Pihak Berkuasa Palestin tetapi tidak diiktiraf oleh Kementerian Penerbangan Awam Mesir.[1] Syarikat penerbangan ini menghentikan operasi pada tahun 2005 tetapi disambung semula pada Mei 2012. Pangkalan asasnya ialah Lapangan Terbang Antarabangsa El Arish.[2] Palestinian Airlines adalah ahli Arab Air Carriers Organization.

Palestinian Airlines
IATA ICAO Pengenal
PF PNW PALESTINIAN
Ditubuhkan1995
HabLapangan Terbang Antarabangsa El Arish
Pesawat2
Destinasi9
Syarikat indukPihak Berkuasa Palestin
Ibu pejabatArish, Mesir
Orang pentingSaad Eddin Kharma (Pengerusi)
Pekerja398
Boeing 727-200 Palestinian Airlines di Lapagan Terbang Antarabangsa Dubai, Emiriah Arab Bersatu.. (1999)

Sejarah sunting

Syarikat penerbangan ini ditubuhkan pada 1 Januari 1995 dan mula beroperasi pada bulan Jun 1997 dengan penerbangan yang membawa jemaah haji ke Jeddah (Arab Saudi). Penerbangan itu pada asalnya dijadualkan untuk beroperasi dari Gaza, tetapi disebabkan larangan. Oleh hal yang demikian, perkhidmatan syarikat penerbangan ini dikendalikan dari Port Said, di utara Mesir. Perkhidmatan berjadual bermula pada 23 Julai 1997 iaitu beroperasi dari Arish ke Jordan dan Arab Saudi. Palestin Airlines memindahkan pangkalannya ke Gaza berikutan pembukaan lapangan terbang pada November 1998 dan menambah beberapa laluan baru di rantau ini. Syarikat penerbangan ini dilarang terbang pada Oktober 2000 berikutan permulaan Al-Aqsa Intifada dan terpaksa berpindah ke Lapangan Terbang Antarabangsa El Arish pada Disember 2001 selepas kemusnahan landasan kapal terbang di pangkalan Lapangan Terbang Antarabangsa Yasser Arafat sebelum ini, di mana pengendalian perkhidmatan yang terhad. Ianya dimiliki penuh oleh Pihak Berkuasa Palestin; dan menggaji 398 pekerja (sehingga Mac 2007).[3]

Destinasi sunting

Palestinian Airlines berkhidmat ke destinasi yang berikut pada Mei 2013:[4]

Mesir sunting

Jordan sunting

Arab Saudi sunting

Dari bekas pangkalan di Gaza, Palestinian Airlines juga pernah berkhidmat di Bahrain, Larnaca, Kuwait, Doha, Damsyik, Istanbul, Abu Dhabi dan Dubai.

Pesawat sunting

  • 2 Fokker 50

Rujukan sunting

  1. ^ "Directory: World Airlines". Flight International. 2007-04-10. m/s. 61.
  2. ^ "Directory: World Airlines". Flight International. 2007-04-10. m/s. 61.
  3. ^ "Directory: World Airlines". Flight International. 2007-04-10. m/s. 61.
  4. ^ "Palestinian Airlines resumes operations". Diarkibkan daripada yang asal pada March 7, 2014. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)