Paloh (filem)
Filem Paloh mula ditayangkan pada 10 Julai 2003 di seluruh pawagam tanah air. Filem ini mencatatkan kontroversi apabila kos membuat filem ini berjumlah RM3 juta yang diterbitkan oleh FINAS, sebuah agensi kerajaan.
Paloh | |
---|---|
![]() | |
Pengarah | Adman Salleh |
Penerbit | Filem Negara Malaysia FINAS |
Penulis | Adman Salleh |
Dibintangi oleh | Janet Khoo Nam Ron |
Pengedar | World Evolution Brain (M) Sdn Bhd |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Bahasa Melayu |
SinopsisSunting
Sekitar tahun 1944, penduduk Tanah Melayu terpaksa hidup dalam tekanan akibat berlakunya konfrontasi antara pihak tentera Jepun dengan Parti Komunis Malaya. Empat sahabat - Ahmad, Osman, Puteh dan Harun berkhidmat sebagai Polis Jepun, dan mereka turut tersepit di tengah-tengah pergolakan yang berlaku. Ini termasuklah percintaan Ahmad dengan Siew Lan dan percintaan Puteh dengan Fatimah. Siew Lan selama ini telah diperalatkan oleh keluarganya sendiri bagi mendapatkan maklumat sulit tentera Jepun melalui Ahmad. Fatimah pula mendapat penentangan darpada bapanya yang tidak bersetuju dengan orang Melayu sebagai Polis Jepun. Sementara itu, Osman yang bertugas sebagai perisik Jepun telah memasuki pasukan komunis untuk membalas dendam terhadap kematian bapanya yang berbangsa Cina. Segala pergolakan ini menimbulkan suasana huru-hara. Ada yang ingin merdeka dan ada yang ingin terus dijajah. Bapa Fatimah pula, atas semangat untuk mempertahankan negara tercinta, turut memasuki pasukan komunis semata-mata untuk menentang penjajah. Ini diikuti oleh Ahmad yang akhirnya bertemu semula Siew Lan apabila menyertai pasukan komunis.
PelakonSunting
- Janet Khoo sebagai Siew Lan
- Nam Ron sebagai Ahmad
- Gibran Agi sebagai Osman
- Ellie Suriati sebagai Fatimah
- Hasnul Rahmat sebagai Puteh
- Ani Maiyuni
- Thor Kah Hong
- Steve Ng Boon Cheng
- A. Samad Salleh
- Rohani Yusuff
- Meoki Tong May Lan
- Kamaliah Mat Dom
- Adlin Aman Ramlie
- Lee Yoke Lan
- Zack Taipan
- Adam Corrie
- Yalal Chin
- M. Amin
- Sofi Jikan
PengarahSunting
Anugerah dan pencalonanSunting
- Festival Filem Asia Pasifik ke-48, 2003 (Iran)
- Anugerah Khas Juri
- Festival Filem Malaysia ke-17, 2004
- Filem Terbaik (pemenang)
- Pengarah Terbaik - Adman Salleh(pemenang)
- Sinematografi Terbaik - Teoh Gay Hian(pemenang)
- Skor Muzik Terbaik - Ayob Ibrahim(pemenang)
- Penata Seni Terbaik - Fadhil Ahmad(pemenang)
- Penata Bunyi Terbaik - Azreedin Hamzah(pemenang)
- Pelakon Lelaki Terbaik - Namron
- Pelakon Wanita Terbaik - Janet Khoo
- Anugerah Skrin TV3 ke-7, 2005
- Filem Terbaik