Panah (buruj)
Panah, Anak Panah, atau Sagitta (Sge) ialah sebuah buruj. Namanya dalam bahasa Latin bermaksud "panah", dan buruj ini tidak patut dikelirukan dengan buruj lebih besar Sagittarius (Pemanah). Sungguhpun Sagitta merupakan buruj purba, buruj ini tidak mempunyai buruj lebih cerah daripada magnitud ke-3 dan mempunyai luas ketiga terkecil daripada semua buruj (hanya Equuleus (Kuda Padi) dan Crux (Pari) adalah lebih kecil). Buruj ini disertakan sesama 48 buah buruj yang disenaraikan oleh ahli astronomi abad ke-2, Ptolemy, dan kekal sebagai salah sebuah daripada 88 buah buruj moden yang ditakrifkan oleh Kesatuan Astronomi Antarabangsa. Terletak di utara khatulistiwa, Sagitta boleh dilihat dari setiap lokasi di Bumi kecuali di dalam lingkungan Antartik.
Sagitta | |
---|---|
Buruj | |
![]() | |
Nama Latin | Sagitta |
Singkatan | Sge |
Genitif | Sagittae |
Sebutan | /sagita/, genitif /sagite/ |
Simbolisme | Panah |
Pencerapan | |
(Epok J2000) | |
19.8333 | |
Keserongan | +18.66 |
Sukuan | NQ4 |
Keluarga | Herkules |
Keluasan | 80 darjah persegi (ke-86) |
Bintang | |
Bintang utama | 4 |
19 | |
Bintang dengan planet | 2 |
Bintang terang (lebih daripada 3.00m) | 0 |
Bintang dalam 10.00 pc (32.62 ly) | 1 |
Bintang paling terang | γ Sge (3.51m) |
Bintang terhampir | Gliese 745 (28.14 tc, 8.63 pc) |
Objek | |
Objek Messier | 1 |
Buruj bersempadan | |
Catatan | |
Boleh dilihat pada garis lintang antara +90° dan −70°. Penglihatan terbaik pada jam 21:00 (9:00 malam) ketika bulan Ogos. | |
sunting |
Sagitta terletak di dalam Bimasakti dan disempadani oleh buruj-buruj berikut (bermula di utara dan kemudian bersambung mengikut jam): Vulpecula (Rubah), Hercules (Herkules), Aquila (Helang) dan Delphinus (Lumba-lumba).
Lihat jugaSunting
RujukanSunting
- Ian Ridpath dan Wil Tirion (2007). Stars and Planets Guide, Collins, London. ISBN 978-0-00-725120-9. Akhbar Universiti Princeton, Princeton. ISBN 978-0-691-13556-4.
Pautan luarSunting
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Panah (buruj). |
- The Deep Photographic Guide to the Constellations: Sagitta (Inggeris)
- Star Tales – Sagitta (Inggeris)
- Buruj Sagitta di Constellation Guide (Inggeris)