Panama Papers[1] ("Dokumen-Dokumen Panama") terdiri daripada 11.5 juta dokumen tertiris yang memperincikan maklumat-maklumat kewangan dan guaman lebih daripada 214,488 badan luar pesisir.[2][3] Dokumen-dokumen ini - di mana sebahagian daripadanya muncul seawal tahun 1970-an - dihasilkan, dan kemudiannya diperolehi daripada sebuah firma perundangan dan pembekal perkhidmatan korporat Panama bernama Mossack Fonseca.[4] Pembocoran dokumen berlaku pada tahun 2015 oleh seorang pemberi maklumat awanama.

Negara-negara dengan ahli politik, pegawai awam mahupun rakan sekutu yang dibabitkan berdasarkan kebocoran dokumen ini pada 15 April 2016 (setakat 19 Mei 2016)

Dokumen-dokumen ini mengandungi maklumat kewangan peribadi mengenai individu dan pegawai kerajaan kaya yang sebelum ini dirahsiakan daripada pengetahuan am.[5] Meskipun badan perniagaan luar pesisir adalah sah di sisi undang-undang, para wartawan mendapati sebahagian daripada perbadanan cangkerang (shell corporation) milik Mossack Fonseca telah digunakan untuk tujuan haram termasuk penipuan, pengelakan cukai dan mengelak sekatan antarabangsa.[6]

Dokumen-dokumen ini dibocorkan seorang pemberi maklumat awanama kepada wartawan akhbar Jerman Süddeutsche Zeitung (SZ) bernama Bestian Obermayer.[7][8] "Saya hidup dalam bahaya", dia berkata pada mereka.[9] Dalam suatu kenyataan yang diberikan pada 6 Mei, pembocor dinamakan John Doe memberi sebab ketaksamaan pendapatan sebagai alasan dia bertindak demikian, dan berkata dia bocor dokumen-dokumen "hanya kerana saya begitu memahami kandungan dokumen sehingga menyedari sejauh mana ketidakadilan mereka yang digambarkan". Dia berkata bahawa dia tidak pernah bekerja untuk mana-mana pemerintah atau agensi perisikan dan menyatakan kesediaan untuk membantu pendakwa jika diberikan imuniti dari penuntutan. Selepas akhbar SZ mengesahkan kenyataan itu datangnya daripada sumber dokumen Panama ini, Konsortium Wartawan Penyelidik Antarabangsa (ICIJ) menerbitkan dokumen-dokumen ini secara penuhnya dalam laman sesawang mereka.[10][11]

Latar belakang

sunting

Mossack Fonseca adalah syarikat penyedia khidmat nasihat undang-undang asal Panama yang didirikan tahun 1977 oleh Jürgen Mossack dan Ramón Fonseca.[12][13] Syarikat ini menyediakan khidmat pembentukan syarikat di negara lain, pengelolaan syarikat luar negeri, dan manajemen aset.[14] Syarikat ini memiliki lebih dari 500 orang kakitangan di 40 negara.[13] Badan ini beroperasi atas nama lebih dari 300,000 buah syarikat yang kebanyakan terdaftar di United Kingdom atau syurga cukai (tax haven) milik Britania.[14]

Mossack Fonseca bekerja sama dengan lembaga-lembaga keuangan terbesar di dunia seperti Deutsche Bank, HSBC, Société Générale, Credit Suisse, UBS, dan Commerzbank. Badan ini kadang membantu nasabah bank tersebut membangun struktur yang rumit sehingga kolektor cukai dan penyidik sulit melacak arus wang dari satu tempat ke tempat lain.[13] Sebelum kebocoran Panama Papers, majalah The Economist menyebut Mossack Fonseca sebagai pemimpin industri keuangan luar negeri "penuh rahasia".[15] Walaupun begitu Jaringan Keadilan Pajak (Tax Justice Network) asal British saat menerbitkan Indeks Kerahasiaan Finansial[16] mengemukakan bahawa Panama merupakan peringkat ke-13 sebagai surga cukai dibawah Switzerland, Hong Kong, dan Amerika Syarikat.[17]

Bocoran ini terdiri dari 11,5 juta dokumen yang diterbitkan antara tahun 1970-an dan awal 2016 oleh Mossack Fonseca dari Panama[12]. The Guardian menjulukinya "badan undang-undang luar negeri terbesar keempat di dunia".[18] Data berukuran 2,6 terabita ini mencantumkan nama 140 badan luar negeri yang memiliki hubungan dengan penjawat negara. Bocoran dokumen ini dianalisis oleh wartawan di 80 negara.[18] Gerard Ryle, direktur International Consortium of Investigative Journalists, memperkirakan bahawa bocoran ini akan menjadi "kejutan terbesar bagi industri ekonomi bawah tanah" kerana jumlah dokumen yang dibocorkan sangat banyak.[19]

Orang yang disenaraikan

sunting

Laporan awal menyebutkan hubungan wang dan kekuasaan antara beberapa tokoh politik ternama dan kerabatnya.[20][18][21] Presiden Argentina Mauricio Macri tercantum sebagai direktur syarikat dagang Bahama. Beliau tidak mengungkapkan hal ini ketika masih menjawat kerusi datuk bandar Buenos Aires; saat itu belum jelas apakah jawatan pengarah bukan pemegang saham perlu diungkapkan ke publik.[21] The Guardian melaporkan bahawa bocoran ini mengungkapkan hubungan konflik kepentingan yang besar antara seorang anggota FIFA Ethics Committee dan mantan wakil presiden FIFA Eugenio Figueredo.[22]

Beberapa pemimpin negara disebutkan dalam Panama Papers, termasuk Presiden Argentina Mauricio Macri, Khalifa bin Zayed Al Nahyan dari Emiriah Arab Bersatu, Petro Poroshenko dari Ukraina, Raja Salman dari Arab Saudi, dan Perdana Menteri Iceland Sigmundur Davíð Gunnlaugsson.[20] Selain itu, ada pula mantan Perdana Menteri Georgia (Bidzina Ivanishvili), Iraq (Ayad Allawi), Jordania (Ali Abu al-Ragheb), Qatar (Hamad bin Jassim bin Jaber Al Thani), dan Ukraina (Pavlo Lazarenko), serta mantan Presiden Sudan Ahmed al-Mirghani dan Emir Qatar Hamad bin Khalifa Al Thani.[20]

Presiden Ukraina Petro Poroshenko berjanji kepada masyarakat bahawa beliau akan menjual syarikat manisannya, Roshen, saat mencalonkan diri tahun 2014. Bocoran dokumen justru menunjukkan bahawa beliau malah mendirikan syarikat holding luar negeri untuk memindahkan bisnisnya ke Kepulauan Virgin United Kingdom. Atas tindakan tersebut, beliau mampu menghindari cukai di Ukraina senilai jutaan dolar Amerika Syarikat.[23]

Pejabat pemerintahan beserta kerabat dekat dan teman dekat berbagai kepala pemerintahan dari kurang lebih 40 negara juga tercantum, termasuk penjawat pemerintah Aljazair, Angola, Argentina, Azerbaijan, Botswana, Brasil, Chile, China, Republik Demokratik Congo, Republik Congo, Ecuador, Perancis, Ghana, Guinea, Honduras, Hungaria, Iceland, India, Israel, Itali, Pantai Gading, Kazakhstan, Kemboja, Kenya, Malaysia, Maghribi, Malta, Mesir, Mexico, Nigeria, Pakistan, Panama, Peru, Poland, Rusia, Rwanda, Arab Saudi, Senegal, Afrika Selatan, Sepanyol, Syria, Taiwan, United Kingdom, Yunani, Venezueladan Zambia.[20] Meski awalnya dinyatakan bahawa Panama Papers tidak mencantumkan warga negara Amerika Syarikat,[24] pernyataan tersebut terbukti salah.[25]

Nama Vladimir Putin "tidak muncul di catatan manapun" menurut The Guardian, tetapi surat khabar ini menerbitkan artikel utama tentang tiga teman Putin yang namanya tercantum. The Guardian menulis bahawa keberhasilan bisnis teman-teman Putin "tidak mungkin terjadi tanpa arahan dari Putin sendiri".[26] Misalnya, surat khabar ini mengutip Sergei Roldugin yang disebut-sebut sebagai "sahabat baik" Putin - Rodulgin adalah pemain selo konsert dan sudah mengaku bukan pebisnis; akan tetapi, Rodulgin "memegang serangkaian aset bernilai sedikitnya $100 juta, bahkan lebih."[26]

 
Perdana Menteri Iceland Sigmundur Davíð Gunnlaugsson

Data ini juga menunjukakn bagaimana Perdana Menteri Iceland Sigmundur Davíð Gunnlaugsson memiliki aset rahasia di bank-bank gagal Iceland yang disembunyikan di balik syarikat luar negeri. Bocoran dokumen menyebutkan bahawa beliau bersama istrinya membeli syarikat luar negeri Wintris Inc. pada tahun 2007. ICIJ menyatakan bahawa mereka membelinya "dari Mossack Fonseca lewat cabang Landsbanki di Luxembourg, satu dari tiga bank terbesar di Iceland".[27] Beliau tidak mencantumkan aset tersebut dalam pernyataan kekayaannya saat terpilih sebagai anggota parlemen tahun 2009. Delapan bulan kemudian, beliau menjual 50% sahamnya di Wintris kepada istrinya dengan seharga $1.[19] Gunnlaugsson dituntut mengundurkan diri, namun beliau mengumumkan lewat siaran langsung bahawa beliau tidak akan mundur kerana pengungkapan Panama Papers. Beliau menyebut Panama Papers "bukan hal baru".[28] Gunnlaugsson mengaku tidak melanggar undang-undang apapun, dan istrinya tidak diuntungkan oleh keputusannya.[19]

Tokoh terkenal yang berhubungan dengan badan sepak bola dunia, FIFA, adalah mantan Presiden CONMEBOL Eugenio Figueredo,[22] mantan Presiden UEFA Michel Platini,[29] mantan Setiausaha Jenderal FIFA Jérôme Valcke,[29] dan mantan pemain sepak bola Argentina Lionel Messi. Pemeran India Amitabh Bachchan dan Aishwarya Rai Bachchan juga tercantum dalam Panama Papers menurut The Indian Express .[30]

Syarikat yang diuruskan

sunting

Mossack Fonseca mengelola banyak syarikat selama bertahun-tahun. Jumlah syarikat aktif yang dikelola mencapai puncaknya, 80.000 buah syarikat, pada tahun 2009. Lebih dari 210.000 buah syarikat di 21 negara muncul di Panama Papers. Lebih dari separuhnya didirikan di Kepulauan Virgin United Kingdom dan sisanya di Panama, Bahama, Seychelles, Niue, dan Samoa. Selama sekian tahun, Mossack Fonseca menangani klien di lebih dari 100 buah negara; sebahagian besar syarikat diuruskan berasal dari Hong Kong, Switzerland, United Kingdom, Luxembourg, Panama dan Cyprus. Mossack Fonseca bekerja sama dengan lebih dari 14,000 buah bank, badan undang-undang, notaris, dan pihak lainnya untuk mendirikan syarikat, yayasan dan dana sesuai kehendak dipesan klien. Lebih dari 500 buah bank mendaftarkan hampir 15,600 buah syarikat cangkerang bersama Mossack Fonseca. HSBC dan rakan-rakannya mendirikan lebih dari 2.300 buah syarikat cangkerang. Dexia (Luxembourg), J. Safra Sarasin (Luxembourg), Credit Suisse (Kepulauan Channel), dan UBS (Switzerland) masing-masing mengajukan pendirian kurang lebih 500 buah syarikat cangkerang untuk kliennya,[31] sedangkan Nordea (Luxembourg) mengajukan pendirian 400 buah syarikat.[32]

Pembocoran maklumat

sunting

Lebih dari satu tahun sebelum dokumen Panama dibocorkan,[33] surat khabar Jerman Süddeutsche Zeitung menerima dokumen terkait Mossack Fonseca dari satu sumber anonim. Harian ini mulai menerima material dalam jumlah besar; dalam kurun satu tahun, mereka memperoleh data berukuran 2.6 terabit berisi dokumen Mossack Fonseca[34] tentang 214,488 buah syarikat luar negeri milik pejabat pemerintahan.[2] Bocoran ini terdiri dari 11.5 juta dokumen yang dibuat antara tahun 1970-an dan akhir 2015 oleh Mossack Fonseca.[18]

Para wartawan berkomunikasi dengan sumber lewat saluran terenkripsi[35] kerana beliau ingin identitasnya tidak diketahui:[36] "Ada dua syarat. Nyawa saya terancam. Perbualan kita harus disulitkan. Kita tidak boleh bertemu sama sekali." Wartawan Süddeutsche Zeitung Bastian Obermayer menyatakan bahawa sumbernya memutuskan untuk membocorkan dokumen tersebut kerana beliau menganggap Mossack Fonseca bertindak secara tidak beretika. Menurutnya, "sumber mengira bahawa penjawat undang-undang di Panama ini membahayakan dunia, dan sumber ingin mengakhirinya. Itu salah satu motivasinya."[36]

International Consortium of Investigative Journalists memimpin penelitian dan peninjauan dokumen. Mereka mengerahkan wartawan dan staf The Guardian, BBC England, Le Monde, SonntagsZeitung, Falter, dan La Nación serta stesen TV Jerman Norddeutscher Rundfunk dan Suddeutscher Rundfunk dan stesen TV Austria ORF. Tim wartawan awalnya bertemu di Munich, Lillehammer, London, dan Washington, D.C., untuk menyusun penelitian mereka.[37] Datanya kemudian disebarkan dan dianalisis oleh kurang lebih 400 wartawan di 107 organisasi media di lebih dari 80 buah negara.[18] Setelah lebih dari satu tahun, laporan berita pertama berdasarkan dokumen ini beserta 149 buah fail dokumennya[38] diterbitkan tanggal 3 April 2016.[34] Daftar lengkap syarikat yang terlibat akan dirilis pada awal Mei 2016.[39]

Ukuran dokumen yang dibocorkan ini mengalahkan Wikileaks Cablegate (1,7 GB),[40] Offshore Leaks (260 GB), Lux Leaks (4 GB), dan Swiss Leaks (3,3 GB). Data bocoran ini terdiri dari surat elektronik, fail PDF, foto, dan berkas pangkalan data internal Mossack Fonseca. Semua data diterbitkan mulai tahun 1970-an sampai musim semi 2016.[34] Panama Papers mencantumkan nama 214,000 buah syarikat. Terdapat folder untuk setiap syarikat cangkerang (shell company) yang berisi surel, kontrak, transkrip, dan dokumen pindaian.[34] Bocoran ini terdiri dari 4,804,618 sur-el, 3,047,306 fail format pangkalan data, 2,154,264 buah PDF, 1,117,026 buah foto, 320,166 fail teks, dan 2,242 fail berformat lain.[34]

Semua data ini harus diindeks secara rapi. Pengindeksan dilakukan menggunakan suatu perisian berbayar bernama Nuix yang juga dipakai oleh para penyelidik internasional. Dokumen menjalani proses OCR oleh komputer berkecepatan tinggi agar datanya dapat dibaca dan dicari secara digital. Daftar tokoh penting diperiksa ulang dengan dokumen yang diproses tadi.[34] Tahap selanjutnya adalah menghubungkan tokoh, peran, arus wang, dan keabsahan strukturnya.[34]

Tanggapan Mossack Fonseca

sunting

Menjawab pertanyaan The Miami Herald dan ICIJ, Mossack Fonseca merilis pernyataan akhbar sebanyak 2,900 patah kata. Intinya, Mossack Fonseca mengakui adanya rejim undang-undang dan kepatuhan di seluruh dunia yang membatasi kemampuan individu untuk memanfaatkan syarikat luar negeri sebagai sarana menghindari cukai dan merahsiakan identiti. Mossack Fonseca secara spesifik mengutip protokol FATF (bagi syarikat dan lembaga keuangan di sebagian besar negara di dunia) yang mewajibkan identitas pemilik sejati semua syarikat (termasuk syarikat luar negeri) sebelum membuka rekening dan melakukan transaksi bisnis.

Dalam catatan redaksi, The Miami Herald menulis bahawa pernyataan Mossack Fonseca "tidak membahas kegagalan uji tuntas yang diungkap para wartawan".[41]

Pada tanggal 4 April 2016, Mossack Fonseca mengeluarkan pernyataan berikut: "Masyarakat tidak begitu paham dengan industri kami. Sayangnya, rentetan artikel berita seperti ini hanya akan membuat masyarakat bingung. Kenyataannya seperti ini: meski kami menjadi korban pencurian data, tak satupun dokumen yang diperoleh secara ilegal ini menunjukkan bahawa tindakan kami ilegal, dan kenyataan ini sesuai dengan reputasi global yang telah kami bangun selama 40 tahun terakhir di Panama. Tidak ada orang yang bersedia barangnya dicuri, dan kami berusaha sebisa mungkin agar pihak yang melakukannya dihukum seadil-adilnya. Sementara itu, kami akan tetap melayani para klien kami dan membantu masyarakat di lingkungan penjawat cabang kami di seluruh dunia seperti biasa." Pendiri Mossack Fonseca, Ramón Fonseca Mora, mengatakan kepada CNN bahawa informasi yang diterbitkan penuh kesalahan dan pihak yang dikutip ICIJ "bukan dan tidak pernah menjadi klien Mossack Fonseca." Firma ini merilis tanggapan yang lebih panjang kepada ICIJ.[42]

Dalam sebuah wawancara, Jürgen Mossack dan Ramón Fonseca, mengatakan: "Nasi sudah menjadi bubur. Sekarang kami harus menangani dampaknya."[43]

Dampak

sunting

Gerard Ryle, direktur International Consortium of Investigative Journalists, mengatakan bahawa bocoran ini adalah "kejutan terbesar bagi industri ekonomi bawah tanah kerana jumlah dokumen yang dibocorkan sangat banyak."[19] Edward Snowden, peniris maklumat terkenal mengenai pengintipan Pemerintah Amerika Syarikat ke atas rakyatnya menjuluki penemuan ini sebagai "bocoran terbesar dalam sejarah jurnalisme data".[44]

Micah White, pendiri Occupy, mengatakan, "Ini adalah kesempatan baru untuk menguji keberhasilan aktivisme bocoran (leaktivism). ... Panama Papers diteliti oleh ratusan wartawan internasional tepercaya yang telah merahasiakannya selama satu tahun. Inilah profesionalisasi leaktivisme global. Bocoran amatir ala WikiLeaks sudah ketinggalan zaman."[45]

Dana Moneter Internasional memperkirakan pada Juli 2015 bahawa perubahan laba oleh syarikat multinasional merugikan negara-negara berkembang sebesar $213 miliar (UGX710 triliun) per tahun, hampir 2% pendapatan nasional mereka.[46]

Ramon Fonseca mengatakan bahawa bocoran ini bukan "kerjaan orang dalam" dan peladen (server) syarikat ini diretas dari luar negeri. Mossack Fonseca telah mengajukan keluhan kepada jaksa umum Panama.[47]

Reaksi dan investigasi resmi

sunting

Australia

sunting

Australian Tax Office langsung mengumumkan akan menyiasat seramai 800 orang warga pembayar cukai Australia yang menjadi klien Mossack Fonseca. Mereka juga menyatakan bahawa beberapa kasus dapat dilimpahkan ke Serious Financial Crime Task Force.[48]

Selebriti India seperti Amitabh Bachchan dan Aishwarya Rai Bachchan tercantum namanya dalam Panama Papers. Perdana Menteri India Narendra Modi memerintahkan penyelidikan menanggapi laporan tersebut.[49]

New Zealand

sunting

Departemen Pendapatan Dalam Negeri Selandia Baru mengatakan bahawa mereka berusaha mendapatkan informasi tentang warga pembayar cukai di negara itu yang menjadi klien Mossack Fonseca.[50]

Sweden

sunting

Penguasa Pengawas Keuangan Sweden menyatakan akan menyelidiki Nordea, salah satu lembaga keuangan terbesar di kawasan Nordik, setelah Panama Papers mengungkapkan bahawa cabangnya di Luxembourg membantu pendirian 400 syarikat luar negeri untuk klien-kliennya. Menteri Keuangan Magdalena Andersson menyebut tindakan syarikat tersebut "jahat" dan "tak dapat diterima sama sekali".[32][51]

Ukraina

sunting

Setelah pengungkapan penghindaran cukai oleh Presiden Ukraina Petro Poroshenko, Oleh Lyashko, ketua Partai Radikal, meminta anggota parlemen merintis proses pemakzulan Poroshenko.[23] Skandal ini muncul di tengah-tengah perseteruan politik antara blok Poroshenko dan partai Perdana Menteri Arseniy Yatsenyuk yang sudah berlangsung selama beberapa bulan; kedua kubu saling melempar tuduhan korupsi terhadap satu sama lain.[23]

United Kingdom

sunting

Jennie Granger, jurucakap badan percukaian Britain, HM Revenue and Customs (HMRC), mengatakan bahawa organisasinya sudah menerima "banyak sekali informasi tentang syarikat luar negeri, termasuk di Panama, dari berbagai sumber yang saat ini sedang menjalani penyelidikan intensif". Beliau juga mengatakan bahawa ICIJ sudah diminta untuk merilis semua datanya kepada HMRC.[19][52]

Indonesia

sunting

Terdapat 803 nama pemegang saham, 10 buah syarikat, 28 buah syarikat yang diciptakan, dan 58 nama pihak terkait yang disebutkan dalam dokumen Panama Papers. Beberapa nama pengusaha yang disebut dalam dokumen tersebut antara lain pengusaha minyak, Riza Chalid, pengusaha Sandiaga Uno, hingga buronan Kejaksaan Agung, Djoko S. Tjandra[53]. Menyikapi beredarnya nama-nama pengusaha tersebut, Menteri Perencanaan Pembangunan Nasional atau Kepala Badan Perencanaan Pembangunan Nasional, Sofyan Djalil mengatakan, jika ada yang menghindari cukai, maka negara akan mengejar pajaknya[54].

Lihat pula

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ "Panama Papers: ICIJ Leaks". The Reporter Times. 4 April 2016. Dicapai pada 4 April 2016.
  2. ^ a b "Giant leak of offshore financial records exposes global array of crime and corruption". OCCRP. The International Consortium of Investigative Journalists. 3 April 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 April2016. Check date values in: |archivedate= (bantuan) Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "OCCRP Giant leak" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  3. ^ Schmidt, Michael S.; Myers, Steven Lee (April 3, 2016). "Panama Law Firm's Leaked Files Detail Offshore Accounts Tied to World Leaders". The New York Times. ISSN 0362-4331. Diarkibkan daripada yang asal pada Mac 29, 2017. Dicapai pada Mac 25, 2017. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  4. ^ Vasilyeva, Natalya; Anderson, Mae (April 3, 2016). "News Group Claims Huge Trove of Data on Offshore Accounts". The New York Times. Associated Press. Dicapai pada 4 April 2016.
  5. ^ International Consortium of Investigative journalists (April 3, 2016). "A new ICIJ investigation exposes a rogue offshore industry". Diarkibkan daripada yang asal pada Mei 13, 2016. Dicapai pada Mei 12, 2016. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  6. ^ "Giant Leak of Offshore Financial Records Exposes Global Array of Crime and Corruption". The Panama Papers. The International Consortium of Investigative Journalists – ICIJ. April 3, 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada Mei 11, 2016. Dicapai pada Mei 8, 2016. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  7. ^ Clark, Nicola (2016-04-05). "How a Cryptic Message, 'Interested in Data?,' Led to the Panama Papers". The New York Times. ISSN 0362-4331. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 August 2016. Dicapai pada 2016-08-12. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan); More than one of |work= dan |newspaper= specified (bantuan)
  8. ^ "How two German newspaper reporters broke the story behind the Panama Papers" (dalam bahasa English). Diarkibkan daripada yang asal pada August 9, 2016. Dicapai pada 2016-08-12. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)
  9. ^ Juliette Garside (16 April 2016). "Panama Papers: inside the Guardian's investigation into offshore secrets". The Guardian. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Mei 2016. Dicapai pada May 6, 2016. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  10. ^ "Panama Papers: Source breaks silence on Mossack Fonseca leaks". 6 May 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada May 6, 2016. Dicapai pada 6 May 2016. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  11. ^ "Panama Papers Source Offers Documents To Governments, Hints At More To Come". ICIJ. May 6, 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada May 7, 2016. Dicapai pada May 8, 2016. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  12. ^ a b Panama Papers, Jejak Korupsi Global dari Panama Tempo.co, Diakses tanggal 6 April 2016
  13. ^ a b c Hamilton, Martha M. (April 3, 2016). "Panamanian Law Firm Is Gatekeeper To Vast Flow of Murky Offshore Secrets". International Consortium of Investigative Journalists. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-04-04. Dicapai pada April 4, 2016.
  14. ^ a b Harding, Luke (April 3, 2016). "The Panama Papers: what you need to know". The Guardian (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0261-3077. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-04-04. Dicapai pada April 4, 2016.
  15. ^ Silverstein, Ken (December 3, 2014). "The Law Firm That Works with Oligarchs, Money Launderers, and Dictators". Vice Media. VICE Magazine. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-12-16. Dicapai pada April 4, 2016.
  16. ^ Financial Secrecy Index
  17. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama NBC
  18. ^ a b c d e Garside, Juliette; Watt, Holly; Pegg, David (April 3, 2016). "The Panama Papers: how the world's rich and famous hide their money offshore". The Guardian. Diarkibkan daripada yang asal pada April 3, 2016. Dicapai pada April 3, 2016. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  19. ^ a b c d e Bilton, Richard (April 3, 2016). "Panama Papers: Mossack Fonseca leak reveals elite's tax havens". BBC News. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-04-03. Dicapai pada April 3, 2016. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  20. ^ a b c d "Panama Papers: The Power Players". International Consortium of Investigative Journalists. Dicapai pada April 3, 2016.
  21. ^ a b Fusion Investigative Unit (April 3, 2016). "Here are the famous politicos in 'the Wikileaks of the mega-rich'". Fusion. Diarkibkan daripada yang asal pada April 3, 2016. Dicapai pada April 3, 2016. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  22. ^ a b Gibson, Owen (April 3, 2016). "Leaked papers give Fifa ethics committee new credibility crisis". The Guardian. Diarkibkan daripada yang asal pada April 3, 2016. Dicapai pada April 3, 2016. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  23. ^ a b c Karmanau, Yuras (April 4, 2016). "Ukrainian president under fire over Panama Papers". Associated Press. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-04-06. Dicapai pada April 4, 2016.
  24. ^ Mills, Jen (April 4, 2016). "Why are there no US people in the Panama papers?". Metro. London. Dicapai pada April 4, 2016.
  25. ^ Bilton, Richard (2016-04-04). "Panama Papers: How a British man, 90, covered for a US millionaire". BBC News. Dicapai pada 2016-04-04.
  26. ^ a b Harding, Luke (April 3, 2016). "Revealed: the $2bn offshore trail that leads to Vladimir Putin". The Guardian. London.
  27. ^ Ferro, Shane (3 April 2016). "Icelandic Prime Minister Had Stake In Failed Banks, Leaks Suggest". The Huffington Post. Dicapai pada 4 April 2016.
  28. ^ "Iceland PM: "I will not resign"". Iceland Monitor. Morgunblaðið. 2016-04-04. Dicapai pada 2016-04-04.
  29. ^ a b "Group of death: FIFA officials' financial secrets exposed in new Wikileaks-style trove". Fusion. 3 April 2016. Dicapai pada 3 April 2016.
  30. ^ "Indians in Panama Papers list: Amitabh Bachchan, KP Singh, Aishwarya Rai, Iqbal Mirchi, Adani elder brother". The Indian Express. 2016-04-04. Dicapai pada 2016-04-04.
  31. ^ "The Panama Papers Numbers". panamapapers.icij.org. Dicapai pada 2016-04-04.
  32. ^ a b "Monday's papers". YLE. 4 April 2016. Dicapai pada 4 April 2016.
  33. ^ Vasilyeva, Natalya; Anderson, Mae (April 3, 2016). "News Group Claims Huge Trove of Data on Offshore Accounts". The New York Times. Associated Press. Dicapai pada April 4, 2016.
  34. ^ a b c d e f g Obermaier, Frederik; Obermayer, Bastian; Wormer, Vanessa; Jaschensky, Wolfgang (April 3, 2016). "About the Panama Papers". Süddeutsche Zeitung. Diarkibkan daripada yang asal pada April 3, 2016. Dicapai pada April 3, 2016. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  35. ^ Greenberg, Andy (April 4, 2016). "How Reporters Pulled Off the Panama Papers, the Biggest Leak in Whistleblower History". Wired. Condé Nast. Dicapai pada April 4, 2016.
  36. ^ a b "Panama Papers: Why 'John Doe' risked their life for the Mossack Fonseca leak". Australian Broadcasting Commission. April 5, 2016. Dicapai pada April 5, 2016.
  37. ^ Zeitung, Süddeutsche. "All you need to know about the Panama Papers". Süddeutsche.de. Dicapai pada 5 April 2016.
  38. ^ "DocumentCloud 149 Results Source: Internal documents from Mossack Fonseca (Panama Papers) – Provider: Amazon Technologies / Owner: Perfect Privacy, LLC USA". Center for Public Integrity. Dicapai pada April 4, 2016.
  39. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama ICIJ-data
  40. ^ Kraft, Steffen (August 25, 2011). "Leck bei Wikileaks". Der Freitag (dalam bahasa German). Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-03-07. Dicapai pada March 7, 2012. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan); Unknown parameter |trans_title= ignored (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)
  41. ^ Miami Herald staff (April 3, 2016). "Mossack Fonseca responds to Miami Herald 'Secret Shell Game' series on offshore companies". The Miami Herald. Dicapai pada April 3, 2016.
  42. ^ "The Panama Papers: 7 things to know – CNN.com". April 5, 2016. Dicapai pada April 5, 2016.
  43. ^ A Conversation With Panama's Suddenly Notorious Offshore Lawyers April 4, 2016
  44. ^ Snowden, Edward. "Twitter". Twitter. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-04-04. Dicapai pada April 3, 2016. Biggest leak in the history of data journalism just went live, and it's about corruption. http://panamapapers.sueddeutsche.de/en/
  45. ^ White, Micah (5 April 2016). "The Panama Papers: leaktivism's coming of age". Comment is Free. The Guardian. Dicapai pada 6 April 2016.
  46. ^ Butagira, Tabu. "Leaked emails expose Heritage plot to dodge Uganda tax".
  47. ^ "Panama Papers: Leak firm Mossack Fonseca 'victim of hack'". 6 April 2016. Dicapai pada 7 April 2016.
  48. ^ Chenoweth, Neil (4 April 2016). "Panama Papers: ATO investigating more than 800 Australian clients of Mossack Fonseca". Sydney Morning Herald. Dicapai pada 4 April 2016.
  49. ^ "PM Modi steps in: Income Tax, RBI panel to probe Panama Papers trail". The Indian Express. 4 April 2016.
  50. ^ Wardell, Jane; Moreno, Elida (4 April 2016). "Tax authorities begin probes into some people named in Panama Papers leak". Reuters. Dicapai pada 4 April 2016.
  51. ^ "Nordea bank investigated over tax haven scandal". The Local (Sweden). Dicapai pada 4 April 2016.
  52. ^ "HMRC ready to follow up Panama papers allegations". ITV News. 4 April 2016. Dicapai pada 4 April 2016.
  53. ^ "Ada 803 WNI dalam Panama Papers, Ini Nama & Perusahaannya". Tempo.co. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Juni 2016. Dicapai pada 6 April 2016. Check date values in: |archivedate= (bantuan)
  54. ^ Panama Papers, Menteri Sofyan: Penghindar Pajak Akan Dikejar Diarkibkan 2016-04-15 di Wayback Machine Tempo.co, diakses tanggal 6 April 2016
Ralat petik: Tag <ref> dengan nama "Guardian: Iceland snap" yang ditentukan dalam <references> tidak digunakan dalam teks sebelumnya.

Pautan luar

sunting