Panavia Tornado merupakan sebuah pesawat pejuang enjin berkembar yang dibangunkan secara bersama oleh tiga buah negara iaitu United Kingdom, Jerman Barat dan Itali. Pesawat Panavia Tornado memiliki tiga versi utama iaitu; Tornado IDS (Interdictor/Strike) bagi serangan darat, Tornado ECR (Electronic Combat/ Reconnaissance) bagi menumpaskan pertahanan udara musuh dan Tornado ADV (Air Defence Variant) bagi pemintasan. Pesawat ini juga merupakan sebuah pesawat yang paling canggih di dunia dan berupaya untuk melakukan misi larangan udara dan serangan darat. Ia mampu untuk membawa muatan yang besar, beroperasi dalam jarak jauh dan kemampuan ikhtihar hidup yang tinggi.

Tornado IDS/ECR
Pesawat Tornado milik Luftwaffe
Peranan Pesawat pertahanan udara/penguasaan udara
peperangan elektronik
serangan darat
Pengeluar Panavia Aircraft GmbH
Penerbangan sulung 14 Ogos 1974
Diperkenalkan 1979
Status Aktif
Pengguna utama Tentera Udara Diraja British
Tentera Udara Jerman
Tentera Udara Itali
Tentera Udara Diraja Arab Saudi
Dikeluarkan 1979-1999
Jumlah dibina 992 buah
Kelainan Panavia Tornado ADV

Sejarah

sunting

Pesawat ini telah dibangunkan dan dibina oleh firma Panavia, sebuah konsortium tiga negara yang terdiri daripada British Aerospace (dahulunya British Aircraft Corporation), MBB dari Jerman Barat dan Alenia Aeronautica dari Itali. Tornado telah membuat penerbangan sulung pada 14 Ogos 1974, dan beraksi untuk Tentera Udara Diraja British dan Tentera Udara Itali daam Perang Teluk. Kerjasama antarabangsa diteruskan selepas kemasukan pesawat ini dalam perkhidmatan dengan Pertubuhan Latihan Tornado Tiga Negara, sebuah unit latihan dan penilaian tiga negara yang beroperasi di Pangkalan Tentera Udara Cottesmore, England. Kira-kira 992 buah pesawat telah dibina untuk tiga buah negara ini serta Arab Saudi.

Pengguna

sunting

Spesifikasi (Tornado GR.4)

sunting
 

Data dari [perlu rujukan]

Ciri umum

  • Anak kapal: 2
  • Panjang: 16.72 m (54 kaki 10 in)
  • Rentang sayap: 13.91 m pada sayap kuncup 25°, 8.60 m pada sayap kuncup 67° (45.6 kaki / 28.2 kaki)
  • Tinggi: 5.95 m (19.5 kaki)
  • Sayap luas: 26.6 m² (286 kaki²)
  • Berat kosong: 13,890 kg (31,620 lb)
  • Berat berlepas maksimum: 28,000 kg (61,700 lb)
  • Loji kuasa:Turbo-Union RB199-34R Mk 103 turbofan lepas bakar
    • Tujahan kering: 43.8 kN (9,850 lbf) setiap satu
    • Tujahan dengan pembakar lanjut: 76.8 kN (17,270 lbf) setiap satu

Prestasi

Persenjataan

  • Meriam: Single 27 mm meriam Mauser BK-27 dengan 180 butir peluru
  • Titik beban: Empat pilon fiuslaj dan empat pilon berpusing di bawah sayap dengan sehingga maksimum 9000 kg (19,800 lb) persenjataan, bahan api dan pod-pod ECM, pilon di bahagian dalam sayap memiliki rel bahu untuk dua buah peluru berpandu udara ke udara AIM-9 Sidewinder, IRIS-T atau AIM-132 ASRAAM bagi mempertahankan diri. Pilihan yang luas bagi peluru berpandu udara ke darat yang boleh di bawa
  • Pod pengawasan RAPTOR, penanda laser TIALD[1] muatan,

Lihat juga

sunting

Pembangunan berkaitan

Pesawat setanding

Rujukan

sunting
  1. ^ Rafael Lightening III targeting pod has replaced TIALD 500 during the UK RAF's operations in Iraq.

Pautan luar

sunting