Pancaran planet

Fenomenon cahaya matahari dipantul dari planet kepada bulannya.

Fenomenon yang dikenali sebagai pancaran planet (bahasa Inggeris: planetshine) berlaku apabila cahaya matahari yang terpantul dari sebuah planet menerangi sisi malam satu daripada bulannya. Secara tipikal, ini menjadikan sisi malam bulan itu diterangi cahaya lembut dan lemah. Contoh pancaran planet yang paling terkenal ialah pancaran bumi yang dapat dilihat dari Bumi apabila Bulan kelihatan seperti sabit nipis. Pancaran planet juga kelihatan pada bahagian-bahagian lain sistem suria: terutamanya, baharu-baharu ini ia digunakan penjelajah angkasa lepas Cassini untuk mengambil gambar bahagian-bahagian bulan planet Zuhal mahupun bahagian-bahagian itu tidak diterangi Matahari.

Pancaran bumi terpantul dari Bulan. Kawasan cerah disinari secara langsung oleh Matahari, sementara baki disinari cahaya yang terpantul dari Bumi.
Bulan diterangi pancaran Bumi, diambil gambar oleh kapal angkasa Clementine. Kamera Clementine menunjukkan (dari kanan ke kiri) Bulan diterangi pancaran Bumi, silauan Matahari di atas anggota gelap Bulan, dan planet-planet Zuhal, Marikh dan Utarid (tiga bintik pada sebelah bawah kiri).


Diagram pancaran planet

Pancaran bumi sunting

Pancaran bumi ialah pantulan cahaya bumi yang kelihatan pada sisi malam Bulan. Ia juga dikenali sebagai "cahaya kelabu" atau sebagai "Bulan mengambang di dalam dakapan anak Bulan".

 
Lakaran Leonardo da Vinci yang menunjukkan Bulan muda dengan pancaran Bumi. Sebahagian daripada Kodeks Leicester, ditulis antara tahun 1506 dan 1510.

Pancaran bumi paling mudah dicerap sejenak sebelum dan selepas anak bulan, dalam fasa bulan sabit mengembang dan mengecil. Apabila anak Bulan dilihat dari Bumi, Bumi hampir habis diterangi apabila dilihat dari Bulan. Cahaya matahari dipantul dari Bumi kepada sisi malam Bulan. Sisi malam kelihatan seakan bersinar dengan lembut dan keseluruhan bola Bulan dapat dilihat mahupun dengan kabur.

 
Pancaran bumi terpantul dari Bulan, dilihat dengan teleskop. Kawasan cerah disinari secara langsung oleh Matahari, sementara baki disinari cahaya yang terpantul dari Bumi.


Leonardo da Vinci menerangkan fenomenon ini pada awal abad ke-16 apabila beliau menyedari bahawa kedua-dua Bumi dan Bulan seiring memantul cahaya matahari. Cahaya dipantul dari Bumi ke Bulan dan kemudian baliknya ke Bumi sebagai pancaran bumi.

Pancaran bumi digunakan bagi mengukur albedo semasa Bumi. Data digunkan bagi menganalisis litupan awan global, satu faktor iklim. Lautan-lautan memantul cahaya dengan kuantiti yang paling kecil, lebih kurang 10%. Tanah memantul antara 10-25% sinaran Matahari, sementara awan memantul 50%. Justeru, bahagian Bumi yang berada pada siang hari dan dari mana dapat kelihatan Bulan, menentukan berapa terang pancaran bumi Bulan pada waktu tertentu.

 
Bulan Zuhal, Iapetus diterangi pancaran Zuhal. Ini ialah gambar yang diperbaiki; cahaya Zuhal terlalu lemah (mengikut beza jelas) untuk dilihat dengan mata kasar.

Rujukan sunting

  • Ford, E. B., Turner, E.L. & Seager, S. (2001) ``Characterization of extrasolar terrestrial planets from diurnal photometric variability Nature, Volume 412, Issue 6850, pp. 885–887. link and preprint
  • Seager, S., Turner, E. L., Schafer, J., & Ford, E. B. (2005) ``Vegetation's Red Edge: A Possible Spectroscopic Biosignature of Extraterrestrial Plants Astrobiology, Volume 5, Issue 3, pp. 372–390. (link and preprint)
  • Qiu J, Goode PR, Palle E, Yurchyshyn V, Hickey J, Rodriguez PM, Chu MC, Kolbe E, Brown CT, Koonin SE (2001). "Earthshine and the Earth's albedo: 1. Earthshine observations and measurements of the lunar phase function for accurate measurements of the Earth's Bond albedo". Journal of Geophysical Research-Atmospheres. 108 (D22): 4709.CS1 maint: multiple names: authors list (link)

Pautan luar sunting