Pancarempah (bahasa Cina: 五香粉; pinyin: wǔxiāng fěn) ialah campuran rempah yang mengandungi sekurangnya lima jenis rempah yang digunakan dalam kesemua jenis masakan China dan Vietnam.[perlu rujukan]

Pancarempah

Serbuk pancarempah
Bahasa Cina: 五香粉
Maksud harfiah: "lima-rempah serbuk"

Pancarempah juga ada digunakan dalam koktel seperti Five Spice Dark dan Stormy.[1]

Ramuan sunting

 
Campuran umum pancarempah (tengah) ialah (mengikut arah jam dari kiri atas) kayu manis, jintan hitam, bunga lawang, lada Sichuan dan bunga cengkih.

Ada pelbagai aneka dan jenis pancarempah tetapi campuran yang biasa ditemui mengandungi:[2]

Resipi lain mungkin menggunakan biji jintan manis, halia, buah pala, kunyit, Amomum villosum (shā rén 砂仁), buah pelaga pods (bái dòu kòu 白豆蔻), akar manis, kulit limau mandarin atau lengkuas.

Di Selatan China, Cinnamomum loureiroi dan kulit limau mandarin masing-masing digunakan sebagai ganti kulit kayu manis dan cengkih, menghasilkan rasa yang sedikit berbeza untuk pancarempah dari rantau selatan.

Kegunaan sunting

Pancarempah boleh digunakan dengan daging berlemak seperti itik, angsa atau khinzir. Ia juga digunakan sebagai rempah sapu untuk ayam, itik, angsa, khinzir dan makanan laut dalam resipi masak merah, ataupun dicampur ke dalam serbuk roti untuk menggoreng.[2] Pancarempah digunakan dalam masakan itik pangang Kantonis, dan juga sup daging. Ia digunakan sebagai perap untuk ayam panggang Vietnam. Campuran pancarempah mengikut jejak diaspora Cina dan telah digunakan dalam pelbagai masakan serata Asia.

Lihat juga sunting

 

Rujukan sunting

  1. ^ "Dark and Stormy - Chinese Five Spice Rum". Jeffrey Morgenthaler (dalam bahasa Inggeris). 2012-09-12. Dicapai pada 2020-01-25.
  2. ^ a b Chinese Five Spice at The Epicentre