Pandemik COVID-19 di Arab Saudi

Pandemik COVID-19 telah disahkan merebak di Arab Saudi pada 2 Mac 2020. Setakat kini, Arab Saudi mempunyai kira-kira hampir 354 ribu kes, menjadikan Arab Saudi sebagai negara dengan kes COVID-19 terbanyak dalam kalangan negara Teluk Arab.

Pandemik COVID-19 di Arab Saudi
PenyakitCOVID-19
Baka virusSARS-CoV-2
LokasiArab Saudi
Asal wabakWuhan, Hubei, China
Tarikh ketibaan2 Mac 2020
Kes yang disahkan354,527[1]
Sembuh341,956[1]
Kematian
5,729[1]
Laman web rasmi
(Inggeris) Kementerian Kesihatan

Garis masa sunting

COVID-19 di Arab Saudi  ()
     # kematian        Sembuh        Kes aktif
Tarikh
# kes
2020-03-02 1(n.a.)
2020-03-03
2020-03-04 2(+100%)
2020-03-05
5(+150%)
2020-03-06
2020-03-07
7(+40%)
2020-03-08
11(+57%)
2020-03-09
15(+36%)
2020-03-10
20(+33%)
2020-03-11
45(+125%)
2020-03-12
62(+38%)
2020-03-13
86(+39%)
2020-03-14
103(+20%)
2020-03-15
118(+15%)
2020-03-16
133(+13%)
2020-03-17
171(+28%)
2020-03-18
238(+39%)
2020-03-19
274(+15%)
2020-03-20
344(+25%)
2020-03-21
392(+14%)
2020-03-22
511(+30%)
2020-03-23
562(+10%)
2020-03-24
767(+36%)
2020-03-25
900(+17%)
2020-03-26
1,012(+12%)
2020-03-27
1,104(+9.1%)
2020-03-28
1,203(+9%)
2020-03-29
1,299(+9.0%)
2020-03-30
1,453(+12%)
2020-03-31
1,563(+7.6%)
2020-04-01
1,720(+10%)
2020-04-02
1,885(+9.6%)
2020-04-03
2,039(+8.2%)
2020-04-04
2,179(+6.9%)
2020-04-05
2,385(+9.5%)
2020-04-06
2,523(+5.7%)
2020-04-07
2,795(+11%)
2020-04-08
2,932(+4.9%)
2020-04-09
3,287(+12%)
2020-04-10
3,651(+11%)
2020-04-11
4,033(+10%)
2020-04-12
4,462(+11%)
2020-04-13
4,934(+11%)
2020-04-14
5,369(+8.8%)
2020-04-15
5,862(+9.1%)
2020-04-16
6,380(+8.8%)
2020-04-17
7,142(+12%)
2020-04-18
8,274(+16%)
2020-04-19
9,362(+13%)
2020-04-20
10,484(+16%)
2020-04-21
11,631(+11%)
2020-04-22
12,772(+9.8%)
2020-04-23
13,930(+9.0%)
2020-04-24
15,102(+8.4%)
2020-04-25
16,299(+7.9%)
2020-04-26
17,552(+7.3%)
2020-04-27
18,811(+7.4%)
2020-04-28
20,077(+6.7%)
2020-04-29
21,402(+6.6%)
2020-04-30
22,753(+6.3%)
2020-05-01
24,097(+5.9%)
2020-05-02
25,459(+5.7%)
2020-05-03
27,011(+6.1%)
2020-05-04
28,656(+6.1%)
2020-05-05
30,251(+5.6%)
2020-05-06
31,938(+5.6%)
2020-05-07
33,731(+5.3%)
2020-05-08
35,432(+5.0%)
2020-05-09
37,136(+4.8%)
2020-05-10
39,048(+5.1%)
2020-05-11
41,014(+5.0%)
2020-05-12
42,925(+4.7%)
2020-05-13
44,830(+4.4%)
2020-05-14
46,869(+4.5%)
2020-05-15
49,176(+4.9%)
2020-05-16
52,016(+5.8%)
2020-05-17
54,752(+5.3%)
2020-05-18
57,345(+4.7%)
2020-05-19
59,854(+4.3%)
2020-05-20
62,545(+4.5%)
2020-05-21
65,077(+4.0%)
2020-05-22
67,719(+4.1%)
2020-05-23
70,161(+3.6%)
2020-05-24
72,560(+3.4%)
2020-05-25
74,765(+3.0%)
2020-05-26
76,726(+2.6%)
2020-05-27
78,541(+2.4%)
2020-05-28
80,185(+2.1%)
2020-05-29
81,766(+2.0%)
2020-05-30
83,384(+2.0%)
2020-05-31
85,261(+2.3%)
2020-06-01
87,142(+2.2%)
2020-06-02
89,011(+2.1%)
2020-06-03
91,182(+2.4%)
2020-06-04
93,157(+2.2%)
2020-06-05
95,748(+2.8%)
2020-06-06
98,869(+3.3%)
2020-06-07
101,914(+3.1%)
2020-06-08
105,283(+3.2%)
2020-06-09
108,571(+3.1%)
2020-06-10
112,288(+3.3%)
2020-06-11
116,021(+3.3%)
2020-06-12
119,942(+3.4%)
2020-06-13
123,308(+2.8%)
2020-06-14
127,541(+3.4%)
2020-06-15
132,048(+3.5%)
2020-06-16
136,315(+3.2%)
2020-06-17
141,234(+3.6%)
2020-06-18
145,991(+3.4%)
2020-06-19
150,292(+2.9%)
2020-06-20
154,233(+2.6%)
2020-06-21
157,612(+2.2%)
2020-06-22
161,005(+2.2%)
2020-06-23
164,144(+1.9%)
2020-06-24
167,267(+1.9%)
2020-06-25
170,069(+2.0%)
2020-06-26
174,577(+2.3%)
2020-06-27
178,504(+2.2%)
2020-06-28
182,493(+2.2%)
2020-06-29
186,436(+2.2%)
2020-06-30
190,823(+2.4%)
2020-07-01
194,225(+1.8%)
2020-07-02
197,608(+1.7%)
2020-07-03
201,801(+2.1%)
2020-07-04
205,929(+2.0%)
2020-07-05
209,509(+1.7%)
Rujukan: [2][3][4][5][6]


Februari 2020 sunting

Pada 27 Februari 2020, Arab Saudi mengumumkan penggantungan sementara kemasukan untuk individu dan pelancong yang ingin menunaikan Umrah di Mekah atau melawat Masjid Nabawi di Madinah. Peraturan ini juga diperluaskan kepada pengunjung yang melancong dari negara-negara di mana SARS-CoV-2 menimbulkan risiko.[7]

Pada 28 Februari, Menteri Luar Arab Saudi mengumumkan penggantungan sementara kemasukan Majlis Kerjasama Teluk (GCC) ke Mekah dan Madinah. Warga GCC yang telah berada di Arab Saudi selama lebih dari 14 hari berterusan dan tidak menunjukkan sebarang gejala COVID-19 akan dikecualikan daripada peraturan ini.[7]

Mac 2020 sunting

Arab Saudi mengesahkan kes pertama pada 2 Mac, sebuah warga Arab yang kembali dari Iran melalui Bahrain.[8] Pada 5 Mac, Arab Saudi mengumumkan langkah berjaga-jaga berikutan Masjid al-Haram dan Masjid Nabawi, termasuk penutupan sementara harian di Masjid al-Haram untuk tujuan pembersihan.[9] Pada 17 Mac, pihak kerajaan Arab Saudi mengarahkan perintah untuk menghentikan solat berjemaah di semua masjid di Arab Saudi kecuali Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.[10] Pada 20 Mac, kawasan dataran kedua-dua masjid suci tersebut telah ditutup kepada orang awam bagi tujuan solat berjemaah serta solat Jumaat.[11] Menteri Haji dan Umrah, Mohammed Saleh Benten mengarahkan umat Islam untuk menangguhkan persediaan haji dan umrah sementara melihat kepada perkembangan pandemik negara, dengan mengambil kira keselamatan golongan Muslim secara amnya.[12]

Pihak Arab Saudi mencatatkan kematian pertama akibat pandemik ini pada 24 Mac yang melibatkan seorang ekspatriat dari Afghanistan.[13]

Kesan dan tindakan sunting

Pendidikan sunting

Kementerian Pendidikan pada 8 Mac mengumumkan bahawa semua sekolah dan universiti akan ditutup dari 9 Mac untuk mengekang wabak yang tersebar.[14]

Pengangkutan dan pelancongan sunting

Pada 6 Februari, pihak Arab Saudi mula mengeluarkan larangan perjalanan ke China kepada penduduk negara.[15] Kementerian Dalam Negeri pada 14 Mac mengumumkan bahawa semua penerbangan antarabangsa ke Arab Saudi melainkan perkara-perkara istimewa selama dua minggu mulai hari keesokannya.[16] Pada 20 Mac, pihak kerajaan Arab Saudi menghentikan semua penerbangan dan pengangkutan rel domestik bermula pada hari keesokannya.[17]

Perintah berkurung sunting

Pada 8 Mac, pihak kerajaan Arab Saudi mengumumkan larangan keluar masuk di Qatif kecuali penduduk Qatif memandangkan semua kes yang disahkan pada masa itu berasal dari Qatif.[18] Pada 29 Mac, pihak Arab Saudi menjalankan perintah berkurung di wilayah Jeddah bermula 3 petang (waktu tempatan) pada hari itu, serta menghalang laluan keluar masuk wilayah Jeddah.[19] Kawasan Makkah dan Madinah dikenakan perintah berkurung sepanjang masa dari 2 April.[20]

Pada 23 Mac, Raja Salman, ketua negara Arab Saudi mengeluarkan arahan perintah berkurung di seluruh negara selama 21 hari dari 7 malam hingga 6 pagi, dengan semua rakyat mesti duduk di rumah masing-masing melainkan pekerja-pekerja sektor kritikal.[21]

Sukan sunting

Pada 7 Mac, pihak Kementerian Sukan mengumumkan bahawa semua pertandingan sukan akan dianjurkan secara tertutup.[22][23] Selain itu, pihak kementerian juga mengumumkan bahawa Sukan Olimpik Saudi 2020 yang sepatutnya diadakan pada 23 Mac hingga 1 April akan ditunda.[24]

Pada 14 Mac, pihak kementerian mengumumkan bahawa semua pertandingan sukan akan ditunda, dan semua stadium, pusat sukan dan gimnasium akan ditutup.[25]

Lain-lain sunting

Pada Mac 14, Kementerian Hal-Ehwal Perbandaran dan Luar Bandar mengumumkan penutupan semua taman hiburan serta kawasan hiburan dalam pusat beli-belah, dan semua restoran akan dijalankan proses pensterilan dan pengudaraan. Semua aktiviti sosial, termasuk majlis pengebumian dan perkahwinan akan diharamkan.[26] Pada hari berikutnya, kementerian itu mengumumkan semua pusat beli-belah, restoran dan taman awam kecuali farmasi dan pasar raya.[27]

Ramadan, Umrah dan Haji sunting

Sekatan ibadah sunting

Sejak pertengahan Mac 2020, Arab Saudi mengambil pendekatan drastik[28] bagi memerangi penularan COVID-19 dengan menggantung pelaksanaan umrah dan solat di Masjidil Haram. Pada bulan Ramadan, Arab Saudi turut menggantung sembahyang tarawih di kedua-dua masjid suci tersebut[29]. Solat tarawih diadakan tanpa jemaah awam[29][30], tetapi hanya akan membabitkan kakitangan masjid berkenaan sahaja[29]. Ibadah iktikaf turut dibatalkan[29].

Kebanaran haji terhad sunting

Arab Saudi mengehadkan jumlah jemaah haji kepada 1,000 orang sahaja bermula 29 Julai 2020[31], dengan melaksanakan prosedur operasi standard yang ketat. Ibadah haji dilaksanakan dalam suasana protokol kebersihan yang ketat dengan akses terhad kepada jemaah haji di bawah 65 tahun dan tanpa penyakit kronik. Keputusan mengecualikan jemaah haji yang datang dari luar Arab Saudi adalah yang pertama dalam sejarah moden kerajaan

Liga Dunia Islam yang berpusat di Arab Saudi dan Pertubuhan Kerjasama Islam turut menyokong langkah Arab Saudi untuk kesihatan dan keselamatan jemaah[31].

Dibuka untuk umrah sunting

Pada Oktober 2020, Masjid al-Haram kembali dibuka[32] dengan ketibaan kumpulan jemaah pertama pada 4 Oktober 2020. Lebih 1.8 bilion umat Islam di seluruh dunia berkongsi kegembiraan apabila kumpulan jemaah ini dibenarkan masuk ke Masjid al-Haram mulai jam 6 pagi selepas membuat permohonan melalui aplikasi I'tamarna yang disediakan oleh Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi.

Bagi menampung kuota 6,000 jemaah yang dibenarkan dalam masa sehari, Kementerian Haji dan Umrah menyediakan lima lokasi berasingan termasuk di Al-Gaza, Ajyad dan Al-Shasha bagi membolehkan jemaah bersama petugas kesihatan profesional menaiki bas ke Masjid al-Haram. Kira-kira 1,000 petugas dilatih bagi memantau sepanjang proses umrah di Masjid al-Haram dan proses pembersihan dan nyahkuman di Masjidil Haram dilakukan sebanyak 10 kali dalam masa sehari.

Kawasan mataf yang terletak di sekitar Kaabah yang boleh memuatkan 2.5 juta jemaah dipilih sebagai lokasi bagi umat Islam menjalani umrah. Ruang khusus sebagaimana disediakan untuk jemaah yang melaksanakan haji pada Ogos 2020 turut diperkenalkan bagi memudahkan akses sepanjang mereka berada di Masjid al-Haram.

Yang Dipertua Presidensi Umum Hal Ehwal Masjid Al-Haram dan Masjid Nabawi juga mengumumkan bahawa jemaah juga dibenarkan untuk menziarahi Raudhah yang terletak dalam Masjid Nabawi[32].

Statistik sunting

Graf sunting

Rujukan sunting

  1. ^ a b c "(Covid-19) Disease Interactive Dashboard". Dicapai pada 3 Mei 2020.
  2. ^ "Saudi Arabia detects 24 cases of coronavirus, total rises to 86". Al Arabiya. 2019-03-13.
  3. ^ "Saudi Arabia announces 17 new cases of coronavirus". Arab News. 2019-03-14.
  4. ^ "Ministry of Health Reports 15 New Cases of Coronavirus". Saudi Press Agency. Dicapai pada 2020-03-15.
  5. ^ "Ministry of Health Reports 15 New Cases of COVID-19". Saudi Press Agency. Dicapai pada 2020-03-16.
  6. ^ "Ministry of Health Reports 38 New Cases of COVID-19". Saudi Press Agency. Dicapai pada 2020-03-17.
  7. ^ a b "Saudi Arabia temporarily suspends entry of GCC citizens to Mecca and Medina: foreign ministry". Reuters (dalam bahasa Inggeris). 28 Februari 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 Februari 2020. Dicapai pada 29 Februari 2020.
  8. ^ "Archived copy" (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2 Mac 2020. Dicapai pada 2 Mac 2020.CS1 maint: archived copy as title (link)
  9. ^ "Saudi Arabia closes Grand Mosque, Prophet's Mosque between night and morning prayers". Arab News (dalam bahasa Inggeris). 5 Mac 2020. Dicapai pada 6 Mac 2020.
  10. ^ Suci Sekarwati, penyunting (18 Mac 2020). "Virus Corona, Arab Saudi Minta Warga Tak Salat Jamaah di Masjid". Tempo (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 20 Mac 2020.
  11. ^ "Official Spokesperson for the Two Holy Mosques: Suspending presence and praying in the squares of Two Holy Mosques starting tomorrow". Saudi Press Agency (dalam bahasa Inggeris). 20 Mac 2020. Dicapai pada 20 Mac 2020.
  12. ^ "COVID-19: Arab Saudi minta umat Islam tangguh persiapan haji dan umrah". Astro Awani. 1 April 2020. Dicapai pada 1 April 2020.
  13. ^ "Arab Saudi catat kematian pertama akibat COVID-19". Astro Awani. 24 Mac 2020. Dicapai pada 25 Mac 2020.
  14. ^ "Saudi Arabia to close schools from Monday over coronavirus". Arab News (dalam bahasa Inggeris). 8 Mac 2020. Dicapai pada 8 Mac 2020. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  15. ^ Passports Announces Suspension of Travel to China
  16. ^ "Official Source at Ministry of Interior: Kingdom's Government Decides to Suspend International Flights For Two Weeks Starting Tomorrow, Sunday". Saudi Press Agency (dalam bahasa Inggeris). 14 Mac 2020. Dicapai pada 17 Mac 2020.
  17. ^ "Saudi Arabia suspends domestic flights and trains for 14 days over coronavirus fears". Astro Awani. 20 Mac 2020. Dicapai pada 20 Mac 2020.
  18. ^ "Saudi locks down Qatif as coronavirus surges in the Gulf". Al Jazeera. 8 Mac 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 Mac 2020. Dicapai pada 8 Mac 2020.
  19. ^ "Ministry of Interior: Curfew in Jeddah Governorate to be effective from 3:00 p.m. on Sunday, and suspension of entry into and exit from it". Saudi Press Agency (dalam bahasa Inggeris). 29 Mac 2020. Dicapai pada 29 Mac 2020.
  20. ^ "Ministry of Interior: Curfew in All Makkah and Madinah for 24 Hours Effective from Today until Further Notice". Saudi Press Agency. 2 April 2020. Dicapai pada 3 April 2020.
  21. ^ "COVID-19: Arab Saudi laksana perintah berkurung". Saudi Press Agency. 23 Mac 2020. Dicapai pada 23 Mac 2020 – melalui Astro Awani. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  22. ^ "وزارة الرياضة تُقرر تعليق الحضور الجماهيري في جميع المنافسات الرياضية في كافة الألعاب اعتباراً من يوم غدٍ السبت". Saudi Press Agency (dalam bahasa Arab). 6 Mac 2020. Dicapai pada 16 Mac 2020.
  23. ^ "Saudi Ministry of Sport suspends public attendance at events from Saturday". Arab News (dalam bahasa Inggeris). 6 Mac 2020. Dicapai pada 16 Mac 2020.
  24. ^ "اللجنة المنظمة تعلن تأجيل دورة الألعاب السعودية". Al Arabiya (dalam bahasa Arab). 8 Mac 2020. Dicapai pada 16 Mac 2020.
  25. ^ "تعليق النشاط الرياضي بالمملكة وإغلاق الصالات والمراكز الرياضية الخاصة". Saudi Press Agency (dalam bahasa Arab). 14 Mac 2020. Dicapai pada 16 Mac 2020.
  26. ^ ""البلديات" توجّه بإغلاق أماكن الألعاب والأنشطة الترفيهية في المجمّعات التجارية، وتعقيم وتهوية ‏أماكن تقديم الأطعمة والمشروبات" (dalam bahasa Arabic).CS1 maint: unrecognized language (link)[pautan mati kekal]
  27. ^ "السعودية تغلق المراكز التجارية والمطاعم للحد من كورونا". 2020-03-15.
  28. ^ Latifah Arifin (5 Mac 2020). "Diberi masa tiga hari untuk keluar dari Makkah". BHarian. New Straits Times Press (M) Bhd. Dicapai pada 7 November 2020. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  29. ^ a b c d "COVID-19: Arab Saudi gantung solat tarawih di Masjidil Haram, Masjid Nabawi". BHarian. New Straits Times Press (M) Bhd. 21 April 2020. Dicapai pada 7 November 2020. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  30. ^ "Raja Salman benarkan solat tarawih di dua masjid suci". Astro Awani. Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 22 April 2020. Dicapai pada 7 November 2020. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  31. ^ a b "Arab Saudi hadkan jemaah haji hanya 1,000 orang". BHarian. New Straits Times Press (M) Bhd. 21 Julai 2020. Dicapai pada 7 November 2020. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  32. ^ a b Agensi (5 Oktober 2020). "Masjidil Haram kembali dibuka". Harian Metro. New Straits Times Press (M) Bhd. Dicapai pada 7 November 2020. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)