Pandemik COVID-19 di Asia Tenggara

Pandemik COVID-19 mula merebak di Asia Tenggara pada 13 Januari 2020 iaitu merupakan kes pertama dari Thailand. Mangsa merupakan seorang pelancong wanita dari Hubei, China berumur 61 tahun. Mangsa telah dimasukkan ke hospital di Nonthaburi pada 8 Januari 2020 dan disahkan positif pada 13 Januari 2020[1]. Sehingga 21 Mac 2020, semua negara di Asia Tenggara telah merekodkan sekurang-kurangnya satu kes COVID-19. Sehingga kini, Vietnam telah merekodkan jumlah kes positif COVID-19 yang tertinggi diikuti Indonesia manakala Timor Leste mencatatkan jumlah kes paling sedikit di Asia Tenggara.

Pandemik COVID-19 di Asia Tenggara
Peta jumlah kes COVID-19 di Asia Tenggara mengikut negara
PenyakitCOVID-19
Baka virusSARS-CoV-2
LokasiAsia Tenggara
Asal wabakWuhan, Hubei, China
Kes indeksLapangan Terbang Suvarnabhumi
Tarikh ketibaan13 Januari 2020
(4 tahun, 3 bulan dan 6 hari)
Kes yang disahkan31,955,258
Kes aktif1,285,204
Kes kritikal4,825
Sembuh30,109,502
Kematian
351,180
Kadar kematian&&&&&&&&&&&&&&01.1000001.1%
Wilayah
Singapura, Malaysia, Indonesia, Thailand, Brunei Darussalam, Laos, Myanmar, Vietnam, Timor Leste, Filipina, Kemboja

Latar belakang sunting

Pandemik COVID-19 ini disebabkan oleh koronavirus sindrom pernafasan akut teruk 2 (SARS-CoV-2 )[2].Pandemik ini mula dikenal pasti di Wuhan, Hubei, China pada Disember 2019 dan diisytiharkan pandemik oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 11 Mac 2020[3].Sehingga kini, sebanyak lebih 230 juta kes telah direkodkan di 221 negara dan wilayah di seluruh dunia[4].

Virus ini kebanyakannya merebak di dalam komuniti melalui cara yang sama dengan influenza, iaitu dengan titisan pernafasan daripada batuk dan bersin[5].Tempoh inkubasi bagi virus ini kebiasaannya 5 hari, tetapi boleh berubah kepada dua hingga empat belas hari[6]. Simptom bagi penyakit ini kebanyakannya demam, batuk kering dan sukar bernafas[5]. Komplikasinya termasuklah pneumonia dan sindrom pernafasan akut teruk[5]. Oleh itu, pelbagai cara pencegahan disarankan kepada masyarakat seperti membasuh tangan, menutup mulut dan hidung ketika batuk atau bersin, penjarakan sosial dan kuarantin diri selama 14 hari setelah disyaki positif virus ini[6][5].


Statistik sunting

Jumlah kes yang disahkan di Asia Tenggara (10 Jun 2022)[4]
Negara Kes Kematian Kes sembuh Kes aktif Kritikal Saringan
Jumlah Baharu Jumlah Baharu Jumlah Baharu
  Vietnam 10,729,681 961 43,082 1 9,540,598 4,600 1,146,001 62 85,819,211
  Indonesia 6,059,363 627 156,638 3 5,898,384 344 4,341 2,771 99,392,799
  Malaysia 4,523,018 2,166 35,709 1 4,464,558 1,488 22,751 24 60,278,420
  Thailand 4,479,888 2,836 30,289 24 4,425,046 3,518 24,553 1,496 17,270,775
  Filipina 3,692,617 287 60,461 5 3,629,459 108 2,697 468 30,387,628
  Singapura 1,335,625 2,969 1,396 0 1,253,833 4,324 80,396 4 23,877,882
  Myanmar 613,427 12 19,434 0 592,401 7 1,592 0 8,264,553
  Laos 210,129 9 757 0 N/A N/A N/A 0 1,233,207
  Brunei 152,320 370 225 1 149,243 321 2,852 0 717,784
  Kemboja 136,262 0 3,056 0 133,206 0 0 0 2,975,736
  Timor Leste 22,928 0 133 0 22,774 0 21 0 268,125
Jumlah 31,955,258 10,237 351,180 35 30,109,502 14,710 1,285,204 4,825 330,486,120

Carta kes sunting

Jumlah kes berdasarkan negara sunting

Kes mengikut negara sunting

Indonesia sunting

Laman utama: Pandemik COVID-19 di Indonesia

 
Peta taburan kes mengikut provinsi di Indonesia.

Indonesia merekodkan 2 kes pertama COVID-19 pada 2 Mac 2020 iaitu dua orang pesakit yang dijangkiti dari seorang warga Jepun yang dijangkiti di Depok dan disahkan positif di Malaysia.[7]

Filipina sunting

Laman utama: Pandemik COVID-19 di Filipina

 
Peta taburan kes mengikut wilayah di Filipina.

Pada 30 Januari 2020, Filipina merekodkan kes pertama COVID-19 di negara itu melibatkan seorang wanita berumur 38 tahun yang dirawat di Hospital San Lazaro di Manila. Kes kedua telah disahkan pada 2 Februari, bahawa seorang lelaki berusia 44 tahun dari China yang meninggal sehari sebelumnya, yang juga merupakan kematian pertama yang disahkan oleh penyakit itu di luar tanah besar China.[8]

Malaysia sunting

Laman utama: Pandemik COVID-19 di Malaysia

 
Peta taburan kes mengikut daerah di Malaysia

Malaysia merekodkan 3 kes pertama COVID-19 iaitu 3 orang warganegara China yang disahkan positif dan dikuarantin di Hospital Sungai Buloh, Selangor.[9]

Myanmar sunting

Laman utama: Pandemik COVID-19 Di Myanmar

 
Peta taburan kes di Myanmar.

Pada 23 Mac 2020, Myanmar telah merekodkan 2 kes pertama COVID-19 di negara itu melibatkan seorang lelaki warganegara Myanmar berumur 36 tahun yang pulang dari Amerika Syarikat dan seorang lelaki warganegara Myanmar berumur 26 tahun yang pulang dari Britain.[10]

Thailand sunting

Laman utama: Pandemik COVID-9 di Thailand

 
Peta taburan kes mengikut mengikut provinsi di Thailand.

Thailand merupakan negara pertama luar China yang merekodkan kes COVID-19 pada 13 Januari 2020 melibatkan seorang wanita warganegara China yang merupakan seorang penduduk Wuhan.[11] Kes tiba di Lapangan Terbang Suvarnabhumi bersama keluarganya di Bangkok lalu dimasukkan ke hospital dan disahkan positif.

Singapura sunting

Laman utama: Pandemik COVID-9 di Singapura

 
Peta taburan kes di Singapura

Pada 23 Januari 2020, Singapura merekodkan kes pertama COVID-19 iaitu seorang lelaki warganegara China berumur 66 tahun yang tiba dari Guangzhou bersama keluarganya.[12]

Kemboja sunting

Laman utama: Pandemik COVID-19 di Kemboja

 
Peta jumlah kes COVID-19 di Kemboja

Kes pertama COVID-19 disahkan di Kemboja pada 27 Januari 2020.[13]

Vietnam sunting

Laman utama: Pandemik COVID-19 di Vietnam

 
Kes COVID-19 di Vietnam mengikut wilayah

Pada 23 Januari 2020, Vietnam telah mengesahkan kes pertama positif COVID-19.[14]

Timor Leste sunting

Laman utama: Pandemik COVID-19 di Timor Leste

 
Peta taburan kes COVID-19 di Timor Leste


Timor Leste telah merekodkan kes pertama COVID-19 pada 21 Mac 2020,[15]

Laos sunting

Laman utama: Pandemik COVID-19 di Laos

 
Taburan kes COVID-19 di Laos mengikut wilayah

Pada 24 Mac 2020, Laos telah mengesahkan kes pertama COVID-19 menjadikannya sebagai negara terakhir yang merekodkan kes COVID-19 di Asia Tenggara.[16]

Brunei Darussalam sunting

Laman utama: Pandemik COVID-19 di Brunei

 
Peta kes COVID-19 di Brunei mengikut daerah

Brunei Darussalam merekodkan kes pertama COVID-19 pada 9 Mac 2020 iaitu seorang lelaki berumur 53 tahun yang telah pulang dari Kuala Lumpur pada 3 Mac 2020.[17]

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ https://www.scmp.com/news/hong-kong/health-environment/article/3045902/wuhan-pneumonia-thailand-confirms-first-case
  2. ^ https://www.who.int/emergencies/diseases/novel-coronavirus-2019
  3. ^ https://www.who.int/dg/speeches/detail/who-director-general-s-opening-remarks-at-the-media-briefing-on-covid-19---11-march-2020
  4. ^ a b https://www.worldometers.info/coronavirus/
  5. ^ a b c d https://www.cdc.gov/coronavirus/2019-ncov/symptoms-testing/symptoms.html?CDC_AA_refVal=https%3A%2F%2Fwww.cdc.gov%2Fcoronavirus%2F2019-ncov%2Fabout%2Fsymptoms.html
  6. ^ a b https://www.sciencedirect.com/science/article/pii/S0896841120300469
  7. ^ https://www.theguardian.com/world/2020/mar/02/first-coronavirus-cases-confirmed-in-indonesia-amid-fears-nation-is-ill-prepared-for-outbreak
  8. ^ https://www.nytimes.com/2020/02/02/world/asia/philippines-coronavirus-china.html
  9. ^ https://www.reuters.com/article/china-health-malaysia/malaysia-confirms-first-cases-of-coronavirus-infection-idUSL4N29U03A
  10. ^ https://berita.mediacorp.sg/mobilem/eksklusif/corona-outbreak/myanmar-sahkan-kes-pertama-covid-19/4420950.html
  11. ^ https://www.scmp.com/news/hong-kong/health-environment/article/3045902/wuhan-pneumonia-thailand-confirms-first-case
  12. ^ https://berita.mediacorp.sg/mobilem/singapura/kes-pertama-virus-wuhan-disahkan-di-s-pura-1-lagi-kes-mungkin/4392784.html
  13. ^ https://web.archive.org/web/20200127185321/https://www.channelnewsasia.com/news/asia/wuhan-virus-cambodia-confirms-first-case-china-health-minister-12358724
  14. ^ https://thehill.com/policy/healthcare/public-global-health/479542-vietnam-reports-first-coronavirus-cases
  15. ^ https://www.nytimes.com/reuters/2020/03/21/world/asia/21reuters-health-coronavirus-timor.html
  16. ^ https://laotiantimes.com/2020/03/24/laos-confirms-first-covid-19-cases/
  17. ^ http://www.moh.gov.bn/Lists/Latest%20news/NewDispForm.aspx?ID=366