Pandemik COVID-19 di Burkina Faso

Pandemik COVID-19 telah mula dikesan di Burkina Faso pada 9 Mac 2020. Burkina Faso juga menjadi negara keenam di zon Sahara Afrika yang terkesan dengan Pandemik COVID-19.

Pandemik COVID-19 di Burkina Faso
Peta kes COVID-19 mengikut provinsi
PenyakitCOVID-19
Baka virusSARS-CoV-2
LokasiBurkina Faso
Asal wabakWuhan, Hubei, China
Kes indeksOuagadougou
Tarikh ketibaan9 Mac 2020
Kes yang disahkan13,695 (setakat 20 Ogos 2021)
Kes aktif77 (setakat 20 Ogos 2021)
Sembuh13,447 (setakat 20 Ogos 2021)
Kematian
171 (setakat 20 Ogos 2021)
Kadar kematian&&&&&&&&&&&&&&01.2500001.25%

Garis masa sunting

2020 sunting

Pada 9 Mac 2020, Menteri Kesihatan Burkina Faso, Claudine Lougue telah mengesahkan dua kes pertama positif COVID-19 di Burkina Faso, melibatkan satu pasangan suami isteri yang kembali dari Perancis.[1]

Sebanyak 6,707 kes telah dicatatkan pada tahun 2020 dengan 85 kematian serta 5,100 kes yang telah disahkan sembuh.[2]

  • Pada 12 Disember 2020, 315 kes baharu telah dikesan sekaligus menjadi kes baharu harian tertinggi dalam tahun 2020.[2]
  • Pada 8 April dan 29 Disember 2020, sebanyak empat kematian baharu direkodkan dalam sehari sekaligus menjadi kematian baharu harian tertinggi dalam tahun 2020.[2]
  • Pada 24 Disember 2020, sebanyak 1,735 kes sedang dirawat sekaligus menjadi kes yang sedang dirawat tertinggi dalam tahun 2020.[2]

Tindak balas sunting

Pada 20 Mac, Presiden Roch Marc Christian Kabore memerintahkan untuk menutup semua lapangan terbang dan sempadan darat. Perintah berkurung juga dilaksanakan di seluruh negara untuk membendung penyebaran wabak.[3]

Rujukan sunting

  1. ^ "Burkina Faso confirms first two cases of coronavirus". usnews.com (dalam bahasa Inggeris). 9 Mac 2020.
  2. ^ a b c d "Coronavirus Burkina Faso". worldometer (dalam bahasa Inggeris).
  3. ^ "Burkino Faso mines minister tests positive for coronavirus". Bloomberg.com (dalam bahasa Inggeris). 21 Mac 2020.