Pandemik COVID-19 di Burundi

Pandemik COVID-19 mula dikesan di Burundi pada 31 Mac 2020.

Pandemik COVID-19 di Burundi
PenyakitCOVID-19
Baka virusSARS-CoV-2
LokasiBurundi
Asal wabakWuhan, Hubei, China
Kes indeksBujumbura
Tarikh ketibaan31 Mac 2020
Kes yang disahkan10,791 (setakat 20 Ogos 2021)
Kes aktif9,980 (setakat 20 Ogos 2021)
Sembuh773 (setakat 20 Ogos 2021)
Kematian
38 (setakat 20 Ogos 2021)
Kadar kematian&&&&&&&&&&&&&&00.3500000.35% (setakat 20 Ogos 2021)

Garis masa sunting

2020 sunting

Pada 31 Mac, Menteri Kesihatan Burundi, Thadee Ndikumana telah mengesahkan dua kes pertama positif COVID-19. Mereka merupakan warganegara Burundi, masing-masing berumur 42 dan 56 tahun yang pulang dari Rwanda dan Emiriah Arab Bersatu. Mereka juga telah dikuarantin di sebuah hotel di Bujumbura, ibu negara Burundi.[1]

Sepanjang tahun 2020, sebanyak 818 kes telah dicatatkan di Burundi dengan dua kematian direkodkan serta 687 kes telah disahkan sembuh.[2]

  • Pada 13 Julai 2020, sebanyak 78 kes baharu telah dikesan dalam sehari sekaligus menjadi kes harian tertinggi pada tahun 2020.[2]
  • Hanya dua kes kematian direkodkan pada tahun 2020 iaitu pada 13 April dan 18 Disember.[2]
  • Pada 31 Disember, sebanyak 129 kes masih dirawat sekaligus menjadi kes yang masih dirawat tertinggi pada tahun 2020.[2]

Langkah pencegahan sunting

Pada 12 Mac, pemerintah Burundi mula melaksanakan kuarantin 14 hari kepada pengembara yang memasuki Burundi dari negara yang terkesan akibat COVID-19.[3]

Presiden Nkurunziza enggan melaksanakan sekatan di seluruh negara, membenarkan perhimpunan politik dan acara sukan untuk berlangsung.[4]

Rujukan sunting

  1. ^ "Burundi confirms first two COVID-19 cases". www.aa.com.tr (dalam bahasa Inggeris). 31 Mac 2020.
  2. ^ a b c d "Coronavirus Burundi". Worldometer (dalam bahasa Inggeris).
  3. ^ "Burundi extends quarantine to travelers from US, Britain, Australia". China (Xinhua) (dalam bahasa Inggeris). 17 Mac 2020.
  4. ^ "Burundi President dies illness suspected Coronavirus". The Guardian (dalam bahasa Inggeris). 9 Jun 2020.