Pandemik COVID-19 di Sabah

wabak virus di Sabah, Malaysia

Pandemik koronavirus 2019–20 telah disahkan sampai ke negeri Sabah, Malaysia pada bulan Mac 2020.

Pandemik koronavirus 2019–20 di Sabah
PenyakitCOVID-19
Baka virusSARS-CoV-2
LokasiSabah, Malaysia
Asal wabakWuhan, Hubei, China
Tarikh ketibaan12 Mac 2020
(4 tahun, 1 bulan dan 5 hari)
Kes yang disahkan77,940
Kes aktif6,149
Sembuh72,694
Kematian
582
Wilayah
27/27 (Positif)
27/27 (Aktif)
Laman web rasmi
covid19.sabah.digital/covid19

Perangkaan sunting

Situasi Pandemik COVID-19 di Sabah[1][2]
Tarikh Kes baharu Kumulatif kes Kes aktif Kes sembuh Kematian Kes aktif

14 hari

Tempatan Import Tempatan Luar negara
23 Julai

2021

510 6 77,891 49 6,149 72,694 582 4,993
516 77,940
Kes 14 hari di Sabah mengikut daerah[1][2]
Daerah Kes

kumulatif

Kes tempatan

dalam 14 hari

Kota Kinabalu 17,259 2,026
Tawau 12,035 746
Sandakan 8,156 367
Lahad Datu 6,622 44
Penampang 4,114 273
Tuaran 3,444 183
Semporna 2,811 47
Papar 2,759 182
Keningau 2,707 262
Kudat 2,547 249
Putatan 2,442 145
Kota Belud 1,874 147
Kunak 1,635 19
Kalabakan 1,614 130
Beaufort 1,580 552
Kinabatangan 1,406 80
Kota Marudu 715 58
Sipitang 712 345
Pitas 674 69
Nabawan 626 5
Ranau 623 77
Tambunan 364 4
Beluran 331 41
Kuala Penyu 283 18
Tenom 263 15
Telupid 203 15
Tongod 141 50

Plot atas menunjukkan jumlah bilangan kes sebagai fungsi masa (mengikut tarikh) sejak 12 Mac 2020, tarikh kes pertama dilaporkan di Sabah. Plot tengah menunjukkan bilangan kes baru seperti dilaporkan setiap hari. Plot bawah menunjukkan bilangan kes aktif di Sabah.

Garis masa sunting

Mac 2020 sunting

Pada 12 Mac 2020, Sabah melaporkan kes positif pertamanya melibatkan seoarang penduduk lelaki dari Daerah Tawau yang merupakan salah satu peserta dalam perhimpunan ijtimak tabligh di Sri Petaling, Kuala Lumpur. Beliau mula memperlihatkan gejala selepas kembali dan selepas itu dipindah ke Hospital Tawau.[3] Kes positif kedua dilaporkan pada hari berikutnya di Daerah Papar Benoni yang juga berasal dari perhimpunan keagamaan tersebut di mana beliau dipindahkan ke Hospital Queen Elizabeth untuk rawatan lanjut.[4] Sejumlah 14 kes baru yang disahkan telah dirakam pada hari tersebut.[5] Pada 14 Mac, Jabatan Kesihatan Negeri Sabah melaporkan bahawa 11 kes baru lain telah disahkan di negeri tersebut yang membawa kepada jumlah 26 kes.[6] Kenaikan lanjut 82 kes positif telah dilaporkan yang membuatkan Sabah yang ketiga paling terjejas oleh virus tersebut selepas Selangor dan Kuala Lumpur.[7] Lebih awal sejak kes positif pertama dilaporkan, Jabatan Kesihatan Negeri telah memberi amaran akan terdapat lebih banyak kes positif akan dikesan.[8][9] Menjelang 18 Mac, jumlah kes positif telah meningkat hingga 103 kes.[10] Tujuh jangkitan lanjutan telah dirakam pada 20 Mac, meningkatkan jumlah terjangkit kepada 119 kes dengan kematian eprtama disebabkan oleh virus tersebut dilaporkan di Tawau melibatkan lelaki berumur 58 tahun yang merupakan salah satu peserta perhimpunan keagamaan tersebut.[11][12] Perhimpunan agama juga menyebabkan penutupan ladang minyak kelapa sawit di tiga daerah iaitu Tawau, Lahad Datu dan Kinabatangan pada akhir bulan March selepas beberapa pekerja ladang yang telah menyertai dalam perhimpunan tersebut didapati positif dengan virus tersebut.[13][14] Pada 26 Mac, Sabah melaporkan pesakit pulih pertamanya di Daerah Sandakan.[15] Keseluruhan penduduk Pulau Gaya di pantai barat Sabah juga diletak di bawah pemantauan dengan 65.6% telah diperiksa dan 1,600 sampel diambil.[16] Pada 29 Mac, Daerah Tawau diisytiharkan zon merah dengan peningkatan nyata dalam kes positif yang melampaui daerah lain di dalam negeri.[17]

April 2020 sunting

Sehingga awal bulan April, sejumlah 7,173 ujian koronavirus telah dikendalikan oleh Sabah dengan keputusan kes positif meningkat kepada 209.[18] Pada bulan yang sama, lebih daripada 90 orang telah pulih dari virus dengan tiga kematian dilaporkan sejak bulan Mac;[19] yang terkini melibatkan seorang lelaki berumur 66 tahun di Daerah Tambunan dengan sejarah perubatan kencing manis, tekanan darah tinggi dan penyakit ginjal pada 5 April bersama dengan seorang pegawai kerajaan negeri Sabah kanan bersara berusia 62 tahun dan pekerja tabligh dengan kencing manis yang meninggal dunia di Daerah Kota Kinabalu pada 10 April.[20][21] Pada 9 April, sejumlah 231,980 orang telah disaring di negeri ini dan daripada itu 16,654 sampel telah diambil untuk diuji.[22] Jabatan Kesihatan Negeri telah menjelaskan bahawa kes positif lanjut hanya akan diketahui apabila 4,600 sampel dikosongkan pada dua hari berikutnya oleh pemasangan pasukan petugas khas pada 8 April, yang sebelum ini bergerak dengan tunggakan berikutan kekurangan bahan uji.[23] Lebih awal pada 6 April, jasad seorang lelaki berumur 26 tahun tanpa dokumen pengenalan dijumpai tergantung di pokok di kawasan hutan di Kampung Pondo di Pulau Gaya yang dipercayai disebabkan oleh bunuh diri.[24] Berikutan pengesahan post-mortem bunuh diri terhadap jasad mayat dan saringan berikutnya, ia juga didapati bahawa jasad mayat positif dengan koronavirus dengan kes dikira sebagai kematian keempat di Sabah.[25][26] Melalui suatu kenyataan dibuat oleh Jabatan Kesihatan Negeri Sabah pada 13 April, sejumlah 5,007 ujian telah dijalankan iaitu lebih daripada yang dijangkakan sebelum ini 4,600 sampel longgokan dengan dapatan bahawa satu suku kes koronavirus di Kota Kinabalu ialah kes sekali-sekala.[27][28] 5,983 pesakit telah ditempatkan di bawah kuarantin rumah, dengan 956 di Tawau, 796 di Kota Kinabalu, 684 di Kunak, 624 di Papar, 603 di Penampang, 416 di Kinabatangan, 297 di Keningau dan 231 di Sandakan manakala jumlah lanjut 853 orang ditempatkan di pusat kuarantin yang diberikan oleh kerajaan negeri.[27][28] Dalam kalangan kawasan di Greater Kota Kinabalu, Daerah Penampang merakam bilangan kes sekali-sekala terbanyak.[29]

	+	
	+	

Kluster jangkitan lanjut dikesan di kedua-dua Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah di Likas dan Hospital Keningau dari sumber luar yang didapat oleh beberapa ahli kakitangan hospital.[30] Kluster lain dikenal pasti pada 18 April di Hospital Queen Elizabeth II.[31] Pada 17 April, Daerah Kota Kinabalu menjadi zon merah kedua dengan kadar jangkitan kedua terbanyak selepas Daerah Tawau.[32][33] Perkara ini diikuti dengan Daerah Lahad Datu pada hari berikutnya menjadi zon merah ketiga.[34] Melalui tinjauan jangkitan di dalam negeri, virus tersebut didapati menjangkiti lebih ramai lelaki daripada perempuan, dengan yang terjangkit berusia antara 1 dan 80.[35] Ia juga didapati bahawa 85% pesakit positif koronavirus di negeri adalah tanpa gejala.[36]

Implikasi sunting

Kekurangan topeng dan cecair pembasmi kuman sunting

Ibu negeri Sabah Kota Kinabalu telah melaporkan kekurangan topeng pembedahan dan cecair pembasmi kuman sejak bulan Januari.[37] Terdapat laporan bahawa beberapa perniagaan dalam negeri mengambil kesempatan keadaan ini dengan menjual topeng dengan harga yang terlalu mahal semasa tempoh ini yang menyebabkan mereka dikenakan denda oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna cawangan Sabah.[38]

Pembelian panik sunting

Ramai penduduk negeri di setiap daerah tergesa-gesa menyumpan stok barangan keperluan sejak kes positif pertama dilaporkan dalam kalangan warganet walaupun sebelum pengumuman rasmi kes pertama dibuat oleh kerajaan negeri Sabah.[39][40] Dengan meningkatnya bilangan kes positif telah dilaporkan, penduduk di salah satu daerah Sabah Kunak dilaporkan membeli kuantiti besar beras untuk menyimpan stok makanan.[41] Timbalan Ketua Menteri Sabah Christina Liew juga memanggil masyarakat di kawasannya Tawau daripada membeli dengan cemas yang disebabkan oleh penyebaran pantas virus tersebut.[42]

Langkah balas oleh kerajaan negeri dan pihak lain sunting

Sejak kes yang disyaki awal di ibu negeri Sabah Kota Kinabalu, semua penerbangan terus antara negeri dengan tanah besar China telah dihentikan bagi tempoh masa yang tidak terbatas.[43] sekatan perjalanan selanjutnya dikenakan oleh kerajaan negeri kepada tiga negara yang paling terjejas oleh virus; terdiri daripada Iran, Itali dan Korea Selatan pada bulan Mac.[44][45] Acara kebudayaan tahunan di Sabah seperti Kaamatan (pesta Kadazan-Dusun) dan Kalimaran (pesta Murut) telah dibatalkan,[46][47] manakala Misa Katolik di negeri juga ditangguhkan di mana ia hanya dibuat melalui siaran langsung dalam talian.[48][49] Kerajaan negeri telah mengeluarkan beberapa garis panduan untuk mengekang penyebaran virus dan menjamin rakyat bahawa barangan keperluan akan cukup walaupun jangkitan dan pembelian cemas sedang meningkat.[50][51]

Sebaris dengan pengumuman perintah kawalan pergerakan (PKP) dibuar oleh kerajaan persekutuan Malaysia sejak bilangan jangkitan meningkat dalam negara, orang bukan Sabah disekat daripada memasuki negeri dengan segera sebagai usaha tambahan untuk bertindak balas terhadap peningkatan bilangan kes positif.[52] Mahasiswa Sabah di Semenanjung Malaysia dengan masalah petempatan semasa tempoh perintah ini boleh tinggal di Rumah Sabah, Cheras dengan makanan diberikan oleh kerajaan negeri.[53] Penjawat awam seluruh negara dikecualikan daripada larangan ini nsmun setiap mereka masih perlu menunjukkan surat pengesahan sah yang dikeluarkan oleh ketua jabatan mereka bagi setiap tugas khusus.[54] Berikatan laporan pematuhan lemah kepada PKP di ibu negeri Kota Kinabalu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengenakan sekatan jalan 24 jam di seluruh bandar raya ditujukan pada memberi amaran kepada individu degil yang pergi melawan perintah sehingga akhir tempoh dua minggu.[55][56] Dengan penguasaan meningkat dikendalikan, penduduk bandar menjadi lebih baik mematuhi perintah tersebut.[57]

Pada 19 Mac, Pembantu Menteri Sabah kerajaan tempatan dan Kementerian Perumahan Hiew Vun Zin berkata terdapat sejumlah sembilan bangunan di Program Perumahan Rakyat (PPR) Batu Putih di Daerah Sandakan, tiga daripadanya blok H, I dan G akan digunakan sebagai pusat pengasingan.[58][59] Setiap bangunan mempunyai 100 unit dan setiap unit mempunyai 3 bilik tidur. Selagi mereka diuji sebagai pesakit di bawah penyiasatan oleh Biro Kesihatan dan Hospital Duchess of Kent, pihak berkuasa akan menghantar mereka dan keluarga mereka ke pusat pengasingan untuk 14 hari pengasingan. Setakat ini terdapat lebih daripada 30 orang dikuarantinkan di pusat tersebut, termasuk enam keluarga.[58][59] Jabatan Kesihatan Negeri telah meletakkan sejumlah 350 katil dalam tunggu sedia untuk pesakit dijangkiti koronavirus.[60] Dengan laporan bahawa terdapat perhimpunan keugamaan Islam diadakan di Gowa, Sulawesi Selatan di negara jiran Indonesia, kerajaan negeri Sabah melaksanakan tindakan segera menghalang kemasukan mereka yang menghadiri perhimpunan tersebut.[61]

Bantuan ke Sabah semasa pandemik sunting

Konsulat Jeneral China di Kota Kinabalu telah mengumumkan bantuan perubatan dihantar ke Sabah untuk membantu kemelut mereka menentangi virus tersebut dan membalas bantuan orang Sabah baru-baru ini kepada Tanah Besar China.[62][63] Bantuan datang ke Sabah pada 29 Mac, yang terdiri daripada 170,000 kotak topeng muka, kelengkapan peribadi dan cecair pembasmi kuman.[64]

Lihat juga sunting

Laman web rasmi Jabatan Kesihatan Negeri Sabah sunting

http://jknsabah.moh.gov.my/V8/index.php/en/

https://www.facebook.com/jknsabah (Facebook)

Laman web rasmi Jawatankuasa Pengurusan Bencana COVID-19 Negeri Sabah sunting

https://www.facebook.com/sabahcovid (Facebook)

Rujukan sunting

  1. ^ a b https://www.facebook.com/sabahcovid
  2. ^ a b https://covid-19.moh.gov.my/terkini-negeri
  3. ^ "Sabah's first Covid-19 case found in Tawau". New Straits Times. 12 Mac 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 Mac 2020. Dicapai pada 16 Mac 2020 – melalui Daily Express.
  4. ^ "EXCLUSIVE: Sabah's second positive Covid-19 case in Papar". Daily Express. 13 Mac 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 Mac 2020. Dicapai pada 16 Mac 2020.
  5. ^ "14 new Covid-19 cases in Sabah, total 15". Daily Express. 13 Mac 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 Mac 2020. Dicapai pada 16 Mac 2020.
  6. ^ "11 new Covid-19 cases in Sabah, total 26". Daily Express. 14 Mac 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 Mac 2020. Dicapai pada 16 Mac 2020.
  7. ^ "25 new cases in Sabah make it 82". Daily Express. 18 Mac 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 Mac 2020. Dicapai pada 18 Mac 2020.
  8. ^ Lee, Stephanie (13 Mac 2020). "Expect more Covid-19 cases in Sabah, says state Health Director". The Star. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 Mac 2020. Dicapai pada 19 Mac 2020.
  9. ^ "'Possibly more Sabah Covid-19 cases, but stay calm'". Daily Express. 13 Mac 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 Mac 2020. Dicapai pada 20 Mac 2020.
  10. ^ Santos, Jason (18 Mac 2020). "21 new Covid-19 cases in Sabah, bringing total to 103". Free Malaysia Today. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 Mac 2020. Dicapai pada 19 Mac 2020.
  11. ^ "Sabah's first Covid-19 case in Tawau dies". Daily Express. 20 Mac 2020. Dicapai pada 20 Mac 2020. Check |archive-url= value (bantuan)
  12. ^ Lajiun, Jenne (21 Mac 2020). "Seven new Covid-19 cases in Sabah, total 119". Borneo Post. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 Mac 2020. Dicapai pada 21 Mac 2020.
  13. ^ Chu, Mei Mei; Sipalan, Joseph; Ananthalakshmi, A.; Elgood, Giles; Gopalakrishnan, Raju; Goodman, David (24 March 2020). "Malaysia's biggest palm oil state shuts some estates after virus outbreak". Reuters. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 April 2020. Dicapai pada 11 April 2020.
  14. ^ Assegaf, Fardah; Rahmad Nasution, Rusman (25 March 2020). "10 Indonesian workers in Malaysia's Sabah test positive for COVID-19". Antara. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 April 2020. Dicapai pada 15 April 2020.
  15. ^ Doksil, Mariah (27 March 2020). "Sandakan Covid-19 patient first to recover in Sabah". Borneo Post. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 April 2020. Dicapai pada 13 April 2020.
  16. ^ Dahali, Rafiqah (31 March 2020). "COVID-19: Hampir 70 peratus penduduk Pulau Gaya disaring" [COVID-19: Nearly 70 percent of Gaya Island residents are screened]. Berita Harian (dalam bahasa Malay). Diarkibkan daripada yang asal pada 15 April 2020. Dicapai pada 15 April 2020.CS1 maint: unrecognized language (link)
  17. ^ Sim Yee, Chok (30 March 2020). "Tawau declared red zone". Borneo Post. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 April 2020. Dicapai pada 18 April 2020.
  18. ^ Lee, Stephanie (2 April 2020). "Covid-19: Sabah has tested 7,173 people, identified 209 positive cases". The Star. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 April 2020. Dicapai pada 10 April 2020.
  19. ^ "Two new Covid-19 cases, nine more recover in Sabah". Daily Express. 10 April 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 April 2020. Dicapai pada 11 April 2020.
  20. ^ Sim Yee, Chok (6 April 2020). "Second death in Sabah". Borneo Post. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 April 2020. Dicapai pada 11 April 2020.
  21. ^ "Retired senior Sabah govt official dies of Covid-19". Daily Express. 10 April 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 April 2020. Dicapai pada 16 April 2020.
  22. ^ Lee, Stephanie (11 April 2020). "Covid-19: Over 200,000 people screened in Sabah to date". The Star. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 April 2020. Dicapai pada 11 April 2020.
  23. ^ Peter, Anthea; Into, Ricardo; Chok, Christy (10 April 2020). "Sabah's real situation to be known soon: Dept". Daily Express. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 April 2020. Dicapai pada 11 April 2020.
  24. ^ "Mayat tergantung di pokoklast=Riduan". Harian Metro. 6 April 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 April 2020. Dicapai pada 16 April 2020. |first= missing |last= (bantuan)
  25. ^ Vanar, Muguntan (13 April 2020). "Sabah suicide victim tests positive". The Star. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 April 2020. Dicapai pada 14 April 2020.
  26. ^ "Sabah has four Covid-19 deaths". Daily Express. 15 April 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 April 2020. Dicapai pada 16 April 2020.
  27. ^ a b Lee, Stephanie (14 April 2020). "One in four Covid-19 cases in KK are sporadic, says state Health director". The Star. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 April 2020. Dicapai pada 14 April 2020.
  28. ^ a b "25pc of KK Covid-19 cases sporadic, harder to probe". Bernama. 14 April 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 April 2020. Dicapai pada 14 April 2020 – melalui Daily Express.
  29. ^ Miwil, Olivia (31 March 2020). "Jabatan Kesihatan Sabah siasat kes sporadik di Penampang". Berita Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 April 2020. Dicapai pada 15 April 2020.
  30. ^ Brian Joseph, Neil (18 April 2020). "New Covid-19 clusters at Likas, Keningau hospitals – director". Borneo Post. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 April 2020. Dicapai pada 18 April 2020.
  31. ^ Brian Joseph, Neil (18 April 2020). "Covid-19: Queen Elizabeth Hospital 2 now 3rd medical facility cluster in Sabah". Borneo Post. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 April 2020. Dicapai pada 21 April 2020.
  32. ^ Chan, Julia (17 April 2020). "Kota Kinabalu joins Tawau as second red zone in Sabah". The Malay Mail. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 April 2020. Dicapai pada 18 April 2020.
  33. ^ "KK becomes Sabah's second Red Zone". Daily Express. 17 April 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 April 2020. Dicapai pada 18 April 2020.
  34. ^ Geraldine, Avila (19 April 2020). "Lahad Datu now Sabah's third Covid-19 red zone". New Straits Times. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 April 2020. Dicapai pada 21 April 2020.
  35. ^ Miwil, Olivia (20 April 2020). "Covid-19 hits more boys than girls in Sabah". New Straits Times. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 April 2020. Dicapai pada 21 April 2020.
  36. ^ "85pc Sabahan patients asymptomatic". Daily Express. 22 April 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 April 2020. Dicapai pada 22 April 2020.
  37. ^ "Face masks, hand sanitiser sold out in JB, KK". Bernama. 28 Januari 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 Februari 2020. Dicapai pada 18 Mac 2020 – melalui The Malaysian Reserve.
  38. ^ "Three businesses in Sabah selling overpriced masks compounded RM30,500". The Star. 7 Februari 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 Mac 2020. Dicapai pada 18 Mac 2020.
  39. ^ Lee, Stephanie (13 Mac 2020). "People starting to stock up goods in parts of Sabah after first Covid-19 case announced". The Star. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 Mac 2020. Dicapai pada 18 Mac 2020.
  40. ^ "Panic-buying hits Sabah after first coronavirus case in the state". The Star/Asia News Network. 13 Mac 2020. Dicapai pada 18 Mac 2020 – melalui The Straits Times.
  41. ^ Tabir, Ibrahim (18 Mac 2020). "Panic buying continues". Daily Express. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 Mac 2020. Dicapai pada 18 Mac 2020.
  42. ^ "Covid-19: Sabah DCM urges Tawau community to avoid panic buying essential items". Bernama. 13 Mac 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 Mac 2020. Dicapai pada 21 Mac 2020 – melalui The Malay Mail.
  43. ^ "Wuhan coronavirus: All flights from China to Sabah suspended as state govt imposes travel ban". Borneo Post. 30 Januari 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 Februari 2020. Dicapai pada 18 Mac 2020.
  44. ^ Lee, Stephanie (10 Mac 2020). "Sabah bans travellers from Iran and Italy". The Star. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 Mac 2020. Dicapai pada 18 Mac 2020.
  45. ^ "Sabah extends Covid-19 travel restrictions to S Korea". Daily Express. 29 Februari 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 Mac 2020. Dicapai pada 18 Mac 2020.
  46. ^ "Kaamatan Festival 2020 cancelled due to Covid-19". Daily Express. 13 Mac 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 Mac 2020. Dicapai pada 20 Mac 2020.
  47. ^ Dahali, Rafiqah (14 Mac 2020). "Dua pesta tahunan Sabah dibatalkan" [Two annual Sabah festivals are cancelled]. Harian Metro (dalam bahasa Malay). Diarkibkan daripada yang asal pada 15 Mac 2020. Dicapai pada 20 Mac 2020.CS1 maint: unrecognized language (link)
  48. ^ "Suspension of Catholic Masses and gatherings". Daily Express. 14 Mac 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 Mac 2020. Dicapai pada 20 Mac 2020.
  49. ^ Geraldine, Avila (14 Mac 2020). "Masses in Sabah go online". New Straits Times. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 Mac 2020. Dicapai pada 20 Mac 2020.
  50. ^ Lee, Stephanie (13 Mac 2020). "Sabah comes up with steps to curb spread of Covid-19". The Star. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 Mac 2020. Dicapai pada 20 Mac 2020.
  51. ^ Vanar, Muguntan (15 Mac 2020). "Sufficient supply of essential goods in Sabah". The Star. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 Mac 2020. Dicapai pada 20 Mac 2020.
  52. ^ "Non-Sabahans barred". Daily Express. 18 Mac 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 Mac 2020. Dicapai pada 18 Mac 2020.
  53. ^ Zulkepli, Ruzaini (18 Mac 2020). "COVID-19: Mahasiswa Sabah di Semenanjung boleh tinggal di Rumah Sabah Cheras". Astro Awani. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-03-22. Dicapai pada 21 Mac 2020.
  54. ^ Ebit, Jason Jack (18 Mac 2020). "State govt allows exemption for civil servants". New Sabah Times. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 Mac 2020. Dicapai pada 18 Mac 2020.
  55. ^ Vanar, Muguntan; Lee, Stephanie (18 Mac 2020). "Poor compliance to movement control order in Sabah". The Star. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 Mac 2020. Dicapai pada 21 Mac 2020.
  56. ^ Nicholas, Jonathan (20 Mac 2020). "Round-the-clock roadblocks by police in Kota Kinabalu". New Sabah Times. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 Mac 2020. Dicapai pada 21 Mac 2020.
  57. ^ Lee, Stephanie (21 Mac 2020). "MCO compliance improving in Kota Kinabalu". The Star. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 Mac 2020. Dicapai pada 21 Mac 2020.
  58. ^ a b "全国首间·人民组屋充隔离中心" [The first PPR Isolation Centre in Sabah]. Sinchew+ (dalam bahasa Cina). 19 Mac 2020. Dicapai pada 19 Mac 2020.
  59. ^ a b "30 self-quarantine at Sandakan PPR". Borneo Post. 18 Mac 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 Mac 2020. Dicapai pada 19 Mac 2020.
  60. ^ Ralon, Larry (21 Mac 2020). "350 beds on standby for Sabah cases: Dept". Daily Express. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 Mac 2020. Dicapai pada 21 Mac 2020.
  61. ^ "Sabah bans Indonesia Tabligh attendees". New Straits Times. 21 Mac 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 Mac 2020. Dicapai pada 21 Mac 2020 – melalui Daily Express.
  62. ^ "EXCLUSIVE: China to send medical aid to Sabah". Daily Express. 21 Mac 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 Mac 2020. Dicapai pada 21 Mac 2020.
  63. ^ "China to reciprocate Sabah's kindness – Liang". Borneo Post. 22 March 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 March 2020. Dicapai pada 24 March 2020.
  64. ^ "Sabah terima 170,000 kotak topeng muka, PPE dari China" [Sabah received 170,000 boxes of face masks, PPE from China]. Berita Harian. 29 March 2020. Dicapai pada 31 March 2020.

Pautan luar sunting