Pandemik COVID-19 di Selangor

Pandemik COVID-19 telah disahkan tiba di Selangor pada 4 Februari 2020, melibatkan seorang warganegara Malaysia yang mempunyai sejarah perjalanan ke Singapura pada 16 hingga 23 Januari 2020. Kes telah dirujuk ke Hospital Sungai Buloh, Selangor pada 2 Februari dan dimasukkan ke dalam wad isolasi. Kes juga merupakan warganegara Malaysia yang pertama disahkan positif COVID-19.[1][2] Selangor juga merupakan negeri yang mencatatkan kes paling tinggi di Malaysia.

Pandemik COVID-19 di Selangor
Jumlah kes COVID-19 di Selangor mengikut daerah:
  tiada kes
  1–100 kes
  101–500 kes
  501–1000 kes
  1001-10000 kes
  10001-50000 kes
  50001-100000 kes
  >100000 kes
LokasiSelangor,Malaysia
Asal wabakWuhan, Hubei, China
Tarikh ketibaan25 Januari 2020
(4 tahun, 2 bulan, 3 minggu dan 3 hari)
Kes yang disahkan1,399,923
Kes aktif10,555
Kes di hospital335
Kes kritikal10
Bantuan pernafasan7
Sembuh1,378,675
Kematian
10,693
Kadar kematian&&&&&&&&&&&&&&00.7600000.76%
Wilayah
Daerah
9/9(Positif)
Laman web rasmi
https://covidnow.moh.gov.my/bm/sgr/

Statistik sunting

Kes COVID-19 di Selangor 10 Julai 2022[3]
Kes baharu Jumlah kes Kes aktif Kes sembuh Kematian
Tempatan Import Tempatan Import KDR PKRC Hospital ICU
1,326 0 1,390,360 9,563 10,188 22 335 10 1,378,675 10,693
1,326 1,399,923 10,555

Garis masa sunting

Pada 4 Februari 2020, satu kes telah dikesan melibatkan seorang lelaki warganegara Malaysia yang berumur 41 tahun. Kes juga merupakan rakyat Malaysia pertama yang dijangkiti virus tersebut. Kes telah menyertai sebuah majlis antarabangsa di Grand Hyatt Singapura pada 16 hingga 23 Januari yang juga telah dihadiri oleh sekurang-kurangnya seorang penduduk Wuhan.[2] Kes telah dirawat di Hospital Sungai Buloh dan dibenarkan discaj pada 17 Februari.[4]

Pada 24 Mac, kes kematian pertama di Selangor telah direkodkan melibatkan seorang lelaki warganegara Malaysia berumur 75 tahun yang dirawat di Hospital Kuala Lumpur. Kes juga merupakan kes kematian ke-16 di Malaysia.[5][6]

Kes baharu mula meningkat sekitar Mac hingga April 2020 disebabkan beberapa kluster utama yang wujud yang menyebarkan wabak dalam kalangan masyarakat. Kes tertinggi pada masa itu telah dicatatkan pada 26 Mac dengan 77 kes telah direkodkan dalam sehari. Trend peningkatan kes mula mendatar sekitar Jun hingga September 2020 susulan perintah kawalan pergerakan yang diisytihar oleh kerajaan.

Trend peningkatan kes kembali melonjak pada Oktober 2020 susulan Pilihanraya Negeri Sabah yang telah menyebabkan peningkatan kes secara mendadak di beberapa negeri. Pada 23 November, buat pertama kalinya Selangor telah mencatatkan kes baharu melebihi seribu dalam sehari. Kemuncak peningkatan kes dicatatkan pada 30 Januari 2021 dengan lebih tiga ribu kes direkodkan. Trend peningkatan kes mula mendatar pada awal Mac 2021.

Trend peningkatan kes melonjak semula pada awal Mei 2021 dengan purata kes yang dicatatkan mencapai lebih dua ribu dalam sehari. Pada 6 Ogos, Selangor telah mencatatkan kes baharu lebih lapan ribu kes dalam sehari. Kes baharu yang direkodkan mula menunjukkan trend penurunan pada awal September.

Awal tahun 2022 telah menyaksikan semula peningkatan kes buat kali keempat dengan purata kes lebih lima ribu sehari. Pada 24 Mac 2022, Selangor telah merekodkan kes baharu paling tinggi pernah dicatatkan dalam sehari iaitu sebanyak 11,692 kes. Selangor juga telah mencatatkan kes baharu lebih 10,000 selama enam hari iaitu bermula pada 23 hingga 26 Mac dan 31 Mac hingga 1 April. Kes baharu yang direkodkan setiap hari mula menunjukkan trend penurunan sekitar April 2022 dan mula mendatar pada Mei.

Pada 3 Januari 2023, buat pertama kalinya Selangor kembali mencatatkan kes baharu bawah 100 selepas dua tahun dengan 82 kes direkodkan. Kali terakhir Selangor merekodkan kes bawah 100 pada 31 Oktober 2020 dengan 55 kes dicatatkan.

Tindakan kerajaan sunting

 
Sekatan jalan raya di Shah Alam ketika Perintah Kawalan Pergerakan.

Pada 18 Mac 2020, kerajaan telah mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara berkuat kuasa pada 18 hingga 30 Mac bagi mengekang penularan COVID-19.[7] Pada 25 Mac, tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dilanjutkan sehingga 14 April berikutan kes yang masih meningkat.[7] Pada 30 Mac, tujuh kampung di Sungai Lui, Hulu Langat dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) melibatkan 3,918 orang penduduk berkuat kuasa 30 Mac hingga 13 April.[8] Pada 10 April, kerajaan telah melanjutkan lagi Perintah Kawalan Pergerakan selama dua minggu sehingga 28 April.[7] Pada 23 April, tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dilanjutkan lagi selama dua minggu lagi sehingga 12 Mei[7]. Pada 24 April, enam lokaliti di Selayang Baru, Gombak dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan berkuat kuasa pada 25 April hingga 3 Mei.[9]

Pada 1 Mei, kerajaan telah mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh negara berkuat kuasa 4 hingga 12 Mei dengan sebahagian sektor ekonomi dan sosial dibenarkan beroperasi semula.[10] Pada 10 Mei, kerajaan telah melanjutkan PKPB sehingga 9 Jun manakala satu Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan telah dilaksanakan di Pasar Jalan Othman, Petaling Jaya.[11] Pada 7 Jun, kerajaan telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan bermula 10 Jun hingga 31 Ogos yang menyaksikan lebih banyak kelonggaran dalam pembukaan sektor ekonomi dan sosial. Pada 28 Ogos, kerajaan telah melanjutkan PKPP sehingga 31 Disember.[12]

Rujukan sunting

  1. ^ https://covid-19.moh.gov.my/terkini/022020/situasi-terkini-04-feb-2020/12%20YBMK%20-%2004022020.pdf
  2. ^ a b "Kes pertama 2019 N-CoV babitkan rakyat Malaysia". Berita Harian. 3 Februari 2020.
  3. ^ "CovidNow - COVID-19 di Selangor". Kementerian Kesihatan Malaysia. Dicapai pada 9 September 2021.
  4. ^ "Rakyat Malaysia pertama positif COVID-19 disahkan sembuh". Sinar Harian. 17 Februari 2020.
  5. ^ "Situasi Terkini 25 Mac 2020". COVID-19 Malaysia. 25 Mac 2020. Dicapai pada 25 Mac 2020.
  6. ^ "Butiran data kes kematian COVID-19 di Malaysia". Github Kementerian Kesihatan Malaysia. Dicapai pada 30 April 2023.
  7. ^ a b c d "Kronologi Perlaksaan Fasa PKP". Berita Harian. 12 Januari 2021. Dicapai pada 30 April 2023.
  8. ^ Izzat Khalizan (29 Mac 2020). "Bermula tengah malam ini, arahan PKPD berkuatkuasa di Hulu Langat libatkan hampir 4,000 penduduk". mStar. Dicapai pada 30 April 2023.
  9. ^ Rafidah Mat Ruzki, Suzalina Hamid (25 April 2020). "Selayang Baru, Gombak kini di bawah PKPD ketujuh". Berita Harian. Dicapai pada 30 April 2023.
  10. ^ Rafidah Mat Ruzki, Rohaniza Idris, Mohd Iskandar Ibrahim, Mohd Nasaruddin Parzi, Farah Mashita Ibrahim, Muhammad Yusri Muzamir (1 Mei 2020). "Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat mulai 4 Mei". Berita Harian. Dicapai pada 30 April 2023.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  11. ^ Rafidah Mat Ruzki (10 Mei 2020). "COVID-19: PKPD kelapan di sekitar Pasar Jalan Othman PJ". Berita Harian. Dicapai pada 30 April 2023.
  12. ^ Saipul Adli Mohamad, Suraya Roslan (28 Ogos 2020). "PKPP disambung sehingga 31 Disember 2020 [METROTV]". Harian Metro. Dicapai pada 30 April 2023.

Pautan luar sunting