Pandemik COVID-19 di Slovenia

maklumat berkaitan pandemik COVID-19 di Slovenia

Pandemik COVID-19 di Slovenia adalah sebahagian daripada pandemik penyakit koronavirus 2019 (COVID-19) yang disebabkan oleh sindrom pernafasan akut teruk koronavirus 2 (SARS-CoV-2). Virus ini merebak ke Slovenia pada 4 Mac 2020, ketika kes pertama disahkan.[1] Itu adalah kes import yang berasal oleh seorang pelancong yang melakukan perjalanan dari Maghribi ke Itali, yang merupakan pusat penularan SARS-CoV-2 di Eropah.[2] Hari-hari pertama pandemik itu mencabar bagi Slovenia kerana peletakkan jawatan Perdana Menteri Marjan Šarec pada akhir Januari dan pembentukan pemerintahan baru. Kes pertama disahkan sehari selepas Janez Janša dipilih sebagai Perdana Menteri. Selama tempoh peralihan, penularan wabak semakin meningkat. Mesyuarat bersama antara pemerintah terdahulu dan baharu diadakan pada 10 Mac 2020. Pada 15 Mei 2020, Slovenia menjadi negara Eropah pertama yang mengisytiharkan berakhirnya epidemik COVID-19 di dalam wilayahnya.[3]

Pandemik COVID-19 di Slovenia
PenyakitCOVID-19
Baka virusSARS-CoV-2
LokasiSlovenia
Asal wabakWuhan, Hubei, China
Kes indeksLjubljana
Tarikh ketibaan4 Mac 2020
(4 tahun, 1 bulan, 2 minggu dan 1 hari)
Kes yang disahkan1,763
Kes aktif223
Kematian
111
Laman web rasmi
Laman web pemerintah
Institut Kesihatan Umum Negara

Penanganan wabak COVID-19 oleh Slovenia disebut sebagai sesuatu yang signifikan dikala waktu Eropah mengalami krisis koronavirus yang luar biasa, dan telah mendapat pujian atas keberkesanannya.[4] Vox menyenaraikan Slovenia, bersama-sama dengan Jordan, Yunani, Iceland dan Vietnam sebagai yang paling berkesan dalam menangani wabak koronavirus.[5]

Latar belakang sunting

Pada 12 Januari 2020, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesahkan bahawa koronavirus baru adalah penyebab kepada penyakit pernafasan pada sekumpulan orang di bandar Wuhan, Wilayah Hubei, China, yang dilaporkan kepada WHO pada 31 Disember 2019.[6][7]

Nisbah kematian kes untuk COVID-19 jauh lebih rendah daripada SARS tahun 2003,[8][9] tetapi penularannya jauh lebih tinggi, dengan jumlah kematian yang ketara.[10][8]

Statistik sunting

Nombor kes setiap hari % kematian dikalangan
kes yang disahkan
Purata sepanjang masa Purata 14-hari Purata 5-hari
15.73 0.79 1.20 7.30 %

Rujukan sunting

  1. ^ Reuters (4 Mac 2020). "Slovenia Confirms First Case of Coronavirus: Health Minister". The New York Times (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0362-4331. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-04-02. Dicapai pada 6 Mac 2020 – melalui NYTimes.com.
  2. ^ "Slovenia confirms first case of coronavirus: health minister". Reuters (dalam bahasa Inggeris). 4 Mac 2020. Dicapai pada 6 Mac 2020 – melalui www.reuters.com.
  3. ^ "Slovenia first European nation to declare end of epidemic at home" (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 15 Mei 2020.
  4. ^ http://www.sloveniatimes.com/slovenia-successful-in-tackling-coronavirus-fight-not-over-yet (dalam bahasa Inggeris)
  5. ^ https://www.vox.com/2020/5/5/21247837/coronavirus-vietnam-slovenia-jordan-iceland-greece (dalam bahasa Inggeris)
  6. ^ Elsevier. "Novel Coronavirus Information Center". Elsevier Connect (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 30 Januari 2020. Dicapai pada 15 Mac 2020.
  7. ^ Reynolds, Matt (4 Mac 2020). "What is coronavirus and how close is it to becoming a pandemic?". Wired UK (dalam bahasa Inggeris). ISSN 1357-0978. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 Mac 2020. Dicapai pada 5 Mac 2020.
  8. ^ a b "Crunching the numbers for coronavirus". Imperial News (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 19 Mac 2020. Dicapai pada 15 Mac 2020.
  9. ^ "High consequence infectious diseases (HCID); Guidance and information about high consequence infectious diseases and their management in England". GOV.UK (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 3 Mac 2020. Dicapai pada 17 Mac 2020.
  10. ^ "World Federation Of Societies of Anaesthesiologists – Coronavirus". www.wfsahq.org (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 12 Mac 2020. Dicapai pada 15 Mac 2020.

Pautan luar sunting