Panel siasatan bebas menyiasat dakwaan kekasaran polis ketika Perhimpunan Bersih 2012

Panel siasatan bebas menyiasat dakwaan kekasaran polis ketika Perhimpunan Bersih 2012 telah dibentuk oleh Kementerian Dalam Negeri Malaysia pada 9 Mei 2012. Bekas Ketua Polis Negara Tun Mohammed Hanif Omar dilantik mengetuai panel bebas bagi menyiasat kebenaran insiden kekasaran oleh pihak polis ketika menangani Perhimpunan Bersih 2012 pada 28 April 2012.

Fail:Panel siasatan.jpg
Panel siasatan

Anggota panel sunting

Panel itu disertai enam anggota termasuk bekas hakim, wakil media dan ahli akademik:

  1. Bekas ketua hakim Borneo Tan Sri Steve Sim.
  2. Editor Pengurusan Sinar Harian Datuk Hussamuddin Yaacub.
  3. Penasihat undang-undang Media Chinese International Liew Peng Chuan.
  4. Pengurus besar kanan hal ehwal korporat Petronas Datuk Medan Abdullah].
  5. Ahli psikologi Universiti Kebangsaan Malaysia Prof Dr Ruszmi Ismail.[1]

Bernama melaporkan panel penasihat ini akan mengadakan mesyuarat pertama mereka secepat mungkin untuk menentukan terma rujukan serta peranan mereka.Panel itu akan diberikan kebebasan dalam pelbagai aspek, termasuk soal tempoh masa, serta pihak yang akan dirujuk bagi membantu siasatan mereka. Panel bebas itu boleh mendapat bersetuju untuk mendapatkan bantuan daripada Jabatan Polis New York atau polis United Kingdom bagi membantu siasatan.

Terma siasatan sunting

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein memaklumkan bahawa terma rujukan panel itu akan ditetapkan semasa mesyuarat pertamanya. Jemaah Menteri mahu semua pihak mempertahankan keluhuran undang-undang, konsisten dengan pendirian kerajaan dalam mencari kebenaran, keadilan serta pembelaan kepada semua pihak.

Semua pihak digesa mengemukakan laporan, bantahan, maklum balas, serta bahan bukti berkenaan kejadian rusuhan itu. Polis akan terus dengan siasatan mereka berhubung kejadian rusuhan itu, dan mengemukakan hasilnya kepada Pejabat Peguam Negara untuk tindakan lanjut.

Mereka yang merasakan menjadi mangsa pihak tertentu pada hari kejadian, dan merasakan seolah-olah tidak ada saluran yang telus untuk mendengar luahan serta pandangan mereka mengenai apa yang berlaku, boleh berjumpa dengan panel tersebut. Anggota panel itu cukup diyakini untuk memuaskan hati semua pihak.

Hasil penemuan sunting

Hasil penemuan panel itu juga dapat membantu kerajaan untuk melihat ke hadapan terutama tentang rang undang-undang berhubung perhimpunan aman, hasil transformasi yang dibawa oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Kredibiliti sunting

Tun Mohd Hanif telah mencetuskan konstroversi apabila peserta perhimpunan BERSIH 3.0 disertai oleh mereka yang simpati terhadap komunis dan aktif sebagai peserta demonstrasi sekitar 1970-an .[2][3]

Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Saifuddin Abdullah menyifatkan perlantikan Tun Hanif 'kurang sesuai'. PDRM berada di zaman kegemilangannya semasa beliau Ketua Polis Negara.Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor bersetuju dengan kenyataan Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang mendakwa Hanif bukanlah orang yang paling sesuai untuk mengetuai panel itu.[4]


Majlis Peguam dan SUHAKAM tidak dilibatkan dalam panel itu kerana mereka mempunyai masalah mereka sendiri.Terdapat banyak perbahasan berkaitan laporan mereka, akan ada perbahasan dalam mesyuarat agung luar biasa dan daripada yang saya dengar, lebih baik mereka selesaikan itu dulu. [5]

Pada 11 Mei 2012, seramai 1270 daripada 14,000 peguam dalam Majlis Peguam menolak pencalonan Tun Mohd Hanif, sebaliknya mahukan wakil khas PBB dari luar negara. Majlis Peguam mengadakan EGM dan mengutuk tindakan polis semasa Perhimpunan Bersih 2012 dan polis gagal memberikan masa cukup untuk bersurai.Pengerusi Majlis Peguam ialah Lim Chee Wee.[6]

Rujukan sunting

  1. ^ Tun Hanif Omar Pengerusi Panel Penasihat Bebas Enam Anggota
  2. ^ BERSIH: Haniff Omar ketuai panel siasatan
  3. ^ Saifuddin: Tun Hanif Omar 'kurang sesuai' jadi pengerusi panel
  4. ^ "Panel Bersih 3.0: Hanif wajar undur cara terhormat". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-05-11. Dicapai pada 2012-05-10.
  5. ^ "Haniff ketuai panel bebas siasat BERSIH". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-05-10. Dicapai pada 2012-05-10.
  6. ^ Majlis Peguam pulau panel, mahu wakil PBB