Pangi merupakan salah satu daripada dua buah Mukim yang terdapat di Daerah Kunak, Sabah, Malaysia.

Pangi
Negara Malaysia
Negeri Sabah
DaerahKunak
MukimPangi
Zon waktuWaktu Piawai Malaysia

Sejarah sunting

Senarai Kampung-kampung yang terdapat di Mukim Pangi.

  1. Kampung Airport Bt. 10
  2. Kampung Bagiang
  3. Kampung Cenderawasih
  4. Kampung Getah
  5. Kampung Giram
  6. Kampung Hampilan
  7. Kampung Jaya Baru
  8. Kampung Kadazan
  9. Kampung Kansuri
  10. Kampung Lama Baru Mostyn
  11. Kampung Mostyn
  12. Kampung Pangi
  13. Kampung Pangi Hujung
  14. Kampung Pengkalan
  15. Kampung Sapang Air
  16. Kampung Selamat
  17. Kampung Skim Kokos
  18. Kampung Sungai Atas
  19. Kampung Sungai Langgas
  20. Kampung Telaga Tujuh


Tempat Menarik sunting

Mostyn

Mostyn merupakan satu destinasi yang sangat menarik di Daerah Kunak kerana mempunyai beberapa tempat menarik seperti Kelab Golf Tasik Impian, Tapak Pemerintahan Jepun, Terowong tentera Jepun, Kelapa sawit Tertua di Malaysia, Telaga Tiga, dan banyak lagi.

Generasi pertama ladang kelapa sawit yang diusahakan di Pulau Borneo adalah letaknya di Daerah Kunak, sejak 1957 lagi, iaitu Mostyn Estate yang sekarang ini dibawah seliaan Sime Darby Plantation Bhd. Dianggarkan kawasan tanaman kelapa sawit tertua di Borneo ini adalah seluas dua hektar, ditanam pada tahun 1957, yang letaknya tidak jauh dari Tasik Impian Golf Course. Menariknya mengenai pokok kelapa sawit ini, ia masih mendatangkan hasil kepada ladang Mostyn walaupun usianya menjangkau 52 tahun. Buat masa ini masih terdapat 98 buah pokok yang masih bertahan yang mana rata-ratanya mencapai ketinggian 16m setiap satunya. Kawasan tanaman ini dikenali sebagai OP57, yang mana pemilik asalnya ialah Commenwealth Development Corporation atau lebih dikenali sebagai BAL Plantation. Bermula dari kawasan dua hektar tanaman kelapa sawit yang asalnya dari ladang Mostyn inilah Borneo Utara atau sekarang ini dikenali Sabah telah memacu industri kelapa sawitnya hingga ke hari ini. Hari ini kawasn OP57 masih sedia terpelihara sebagai simbol kekuatan industri kelapa sawit di daerah Kunak, bahkan masih meyumbang perolehan ladang dengan kapasiti 12 Tan per hektar.

Salah satu daya tarikan tersendiri yang terdapat di Kunak ialah kewujudan terowong Jepun yang dibina pada zaman Perang Dunia Kedua, Terowong tanah sepanjang lapan kilometer dengan empat cabang yang terletak di ladang Sime Darby, kira-kira 12 kilometer dari pekan Kunak, dipercayai digunakan oleh tentera Jepun sebagai laluan rahsia untuk mengangkut serta menyimpan peralatan perang. Terowong berkenaan dikatakan mampu dilalui oleh lori 10 tayar dan ditemui secara tidak sengaja pada tahun 1970-an oleh kaum Iban yang ditugaskan membersihkan kawasan hutan berkenaan. Mereka mengesan terowong berkenaan selepas melihat runtuhan sebahagian terowong bawah tanah itu. Banyak perkara berkaitan terowong Jepun ini yang bergaris pusat empat meter masih menjadi misteri termasuk di mana terowong berkenaan bermula dan di mana pula ia berakhir. Setiap tahun, ada sahaja keluarga dari Jepun datang untuk melakukan upacara sembahyang mereka di kawasan berkenaan. Jadi bagi kita, terowong Jepun ini boleh dijadikan produk pelancongan sejarah. Pangi.

Telaga Tujuh, Pangi


Telaga Tujuh, 4 kilometer daripada Pekan Kunak mendapat nama daripada kewujudan tujuh buah telaga di kawasan itu yang mana terdapat anak sungai yang mengalir dan mengisi telaga-telaga berkenaan. Telaga Tujuh merupakan kawasan yang sering dikunjungi oleh masyarakat sekitarnya. Kawasan tersebut turut mempunyai tanaman semulajadi di sekitarnya. Keunikan yang terdapat pada telaga ialah mempunyai saiz yang berbeza-beza dan terdapat cerita yang menarik disebalik kewujudannya. MITOS dan lagenda Telaga Tujuh yang merangkai hati generasi tua di kampung berdekatan Sungai Atas, Kunak, antara lain mengisahkan tujuh orang puteri jelita dari kayangan turun bermandi manda di Sungai Permanis Dara (Sungai Atas) untuk mengekalkan kejelitaan mereka. Sungang.

Sungang


Sungang juga merupakan salah satu ladang yang terdapat di Daerah Kunak. Terdapat Kolam Air Panas (Hot Spring) semulajadi di Sungang, 11 kilometer dari pusat pekan Kunak yang dikawal selia oleh Syarikat Sime Darby Plantation Bhd. Setibanya ke destinasi yang dituju, pengunjung akan disambut dengan monyet liar yang berkeliaran di kawasan tersebut. Namun, monyet-monyet tersebut tidak mengganggu pengunjung. Menurut penduduk sekitar, kolam ini mula ditemui pada awal 1960 sewaktu aktiviti pembalakan rancak dijalankan di kawasan ini tetapi kurang mendapat perhatian sehinggalah penempatan masyarakat peladang diwujudkan secara kekal di sini pada 1976 oleh kerajaan negeri, barulah kawasan ini dipulihara oleh masyarakat setempat dan Syarikat yang empunya ladang ini.