Pangkalan Angkatan Laut Singapura

Pangkalan Tentera Laut Diraja, Singapura (juga dikenali sebagai ['Her/His Majesty's Naval Base (HMNB) Singapore'] Error: {{Lang-xx}}: teks mempunyai penanda cacat (bantuan) atau 'HMS Sembawang' ), yang terletak di Sembawang, utara pulau Singapura ialah pangkalan Tentera Laut Diraja British ('RN') dan merupakan tunggak polisi pertahanan Empayar British semasa tercetusnya Perang Dunia Kedua.

Sekumpulan kapal terbang Avro Lincoln Tentera Udara Diraja Australia (RAAF) di udara Pangkalan Tentera Laut (HMNB) Sembawang, tahun 1953.

Sejarah ringkas sunting

Selepas Perang Dunia Pertama, kerajaan Britain melaburkan banyak perbelanjaan membina pangkalan tentera laut di Singapura bagi mempertahankan kepentingan empayarnya di sebelah Timur Jauh. Pada awalnya kerajaan Britain menimbangkan pembinaan pangkalan bagi tujuan tersebut sama ada di Sydney, Trincomalee di Ceylon dan Hong Kong selain Singapura. Pada akhirnya Singapura dipilih berlandaskan penilaian kerajaan British bahawa tempat-tempat lain kurang sesuai.[1]

 
Pangkalan Tentera Laut di Singapura, Markas Panglima Tertinggi Armada China (RN) dan Laksamana Muda Malaya.

Pembinaan pangkalan diisytiharkan pada tahun 1923, tetapi pembinaannya berjalan perlahan akibat Ten Year Rule British[1] sehinggalah serangan Jepun terhadap Manchuria dalam tahun 1931. Pembinaan selesai pada tahun 1939 dan menelan belanja £60 million[2] — sama dengan £2½ bilion dalam tahun 2006. Doknya seluas 21 batu persegi (54 km2) dan memiliki dok kering yang terbesar serta dok apung ketiga besar di dunia pada masa itu, dan tangki minyak yang dapat mendokong keperluan Tentera Laut Diraja British selama enam bulan.

Ia dipertahankan oleh meriam berat jenis BL 15 inch Mk I naval gun yang diletakkan di Johor, Changi dan Buona Vista. bateri meriam yang kecil sedikit diletakkan di Kota Canning dan Kota Siloso. Pertahanan udara disediakan Tentera Udara Diraja British yang berpangkalan di RAF Tengah dan RAF Sembawang. Winston Churchill menggelarnya 'Gibraltar Timur'.

Selepas kejatuhan Tanah Melayu pada 31 Januari 1941, Singapura jatuh dalam julat bedilan artileri Tentera Imperial Jepun. Singapura jatuh ke tangan Jepun dua minggu kemudian. Pangkalan ditawan pihak Jepun tanpa banyak kerosakan dan kekal di tangan tentera Jepun sehinggalah tamat Perang Dunia Kedua.

Pada penghujung Perang, pangkalan tersebut diambil alih semula oleh British dan emeainkan peranan penting dalam peranan Britain membantu Malaysia semasa Darurat (1948–1960) dan Konfrontasi (1962–1966). Pangkalan itu juga digunakan semasa Pemberontakan Brunei dalam tahun 1962.

 
Kapal pengangkut tentera RMS Queen Mary di Dok Kering Singapura, Ogos 1940.
 
Kapal perang British dalam dok kering apung Admiralty IX di Pangkalan Tentera Laut, Singapura September 1941.

Dalam bulan Januari 1968, kerajaan British mengisytiharkan bahawa tentera Britain akan berundur dari Timur Jauh ('East of Suez'), khususnya dari Malaysia dan Singapura.[3][4][5] tetapi juga dari Aden dan Maldives[6] (kedua-duanya di Lautan Hindi).

Dengan pengunduran tentera British dari Timur Jauh ('East of Suez'), pangkalan tersebut diserahkan kepada kerajaan Singapura pada tahun 1971. Berikutan dengan pengunduran tersebut, pangkalan Tentera Laut Diraja British Sembawang diserahkan kepada kerajaan Singapura pada tahun 1971.

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

Nota
  1. ^ a b Elphick, Peter Singapore 1942 The Pregnable Fortress London, Hodder and Stoughton, 1995 ms 15-16, ISBN 0-340-61316-5
  2. ^ Morris, James Farewell the Trumpets. Penguin Books, 1979 ms 453
  3. ^ "What Now for Britain?” The State Department’s Intelligence Assessment of the “Special Relationship,” 7 February 1968 by Jonathan Colman
  4. ^ Ending 'East of Suez': The British Decision to Withdraw from Malaysia and Singapore by P. L. Pham
  5. ^ Britain's decision to withdraw from the Persian Gulf 1964-68 by Shohei Sato
  6. ^ Withdrawal from Empire: Britain's Decolonization of Egypt, Aden, and Kenya in the Mid-Twentieth Century - A Monograph by MAJ Brian S. Olson, U.S. Army
Bibliografi
  • Morris, James. Farewell the Trumpets. Penguin Books, 1979.
  • Elphick, Peter. Singapore 1942. The Pregnable Fortress, Hodder and Stoughton, London, ISBN 0-340-61316-5
Bacaan lanjut
  • W. David McIntyre. The Rise and Fall of the Singapore Naval Base, 1919-1942. Shoe String Pr Inc, January 1980. ISBN 0-208-01835-2 / 978-0208018359
  • James Neidpath. Singapore Naval Base and the Defence of Britain's Eastern Empire, 1919-1941. Clarendon Pr, January 1981. ISBN 0-19-822474-5 / 978-0198224747

Pautan luar sunting