Pangkalan operasi hadapan

Pangkalan operasi hadapan merujuk pada sebarang kedudukan ketenteraan hadapan yang telah dikawal, biasanya dikenali dengan nama pangkalan tentera, yang mana digunakan untuk menyokong operasi taktikal. Sebuah pangkalan hadapan mungkin atau mungkin tidak mempunyai lapangan terbang, hospital, atau kemudahan-kemudahan lain. Pangkalan ini munggkin digunakan untuk satu jangka masa yang dipanjangkan. Pangkalan operasi hadapan biasanya disokong oleh pangkalan operasi utama yang penting bagi memberi sokongan berterusan.[1] [2]Pangkalan operasi hadapan juga mampu memendekan masa tindak balas di kawasan setempat berlawanan sekiranya mengaturgerak pasukan daripada pangkalan operasi utama.

Pangkalan operasi hadapan Logar, Afghanistan.

Dalam bentuk asas, sebuah pangkalan operasi hadapan mengandungi pagar berduri yang dipasang mengelilingi pangkalan dan diperkuat dengan pos kawalan masuk. Pangkalan operasi hadapan yang lebih canggih mungkin mempunyai benteng tanah, halangan konkrit, pintu, menara tinjau, kubu dan infrastruktur perlindungan lain.[3]

Pada tahun 2011 di Afghanistan, bagi menyokong Operasi Herrick Britain telah membina 137 buah pangkalan, kesemuanya ditutup setelah operasi ditamatkan pada tahun 2014.[4]

Rujukan sunting

  1. ^ http://www.militaryfactory.com/dictionary/military-terms-defined.asp?term_id=2213
  2. ^ https://fas.org/irp/doddir/dod/jp3_09_3.pdf
  3. ^ http://www.alu.army.mil/alog/issues/SepOct07/FOB_groundup.html
  4. ^ "Key Milestone in Troop Withdrawal from Afghanistan". British Forces News (BFBS). Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-11-11. Dicapai pada 27 June 2014.

Pautan luar sunting