Pangkat satu bintang

Pegawai pangkat satu bintang ialah panglima kanan dalam kebanyakan angkatan bersenjata yang memegang pangkat seperti diterangkan oleh kod OF-6 NATO. Istilah ini juga digunakan oleh sesetengah angkatan tentera yang bukan ahli NATO. Biasanya, pegawai satu bintang memegang pangkat Komodor, Laksamana Pertama, Brigedier Jeneral, Brigedier, atau dalam kes tentera udara dengan struktur pangkat yang berasingan, iaitu Komodor Udara.

Insignia pangkat jeneral satu bintang NATO

Para pegawai pangkat satu bintang adalah pegawai berbendera, pegawai jeneral dan pegawai udara yang paling rendah, atau tidak dianggap memegang keistimewaan sama sekali. Secara khususnya, dalam kebanyakan tentera laut, pegawai satu bintang tidak dianggap sebagai pegawai berbendera, walaupun ini tidak selalu berlaku. Pangkat brigedier jeneral tentera darat dan tentera udara ialah, secara definisi, pangkat pegawai jeneral. Namun, pangkat Brigedier yang setaraf biasanya tidak ditetapkan sebagai pegawai jeneral. Pangkat komodor tentera udara selalunya dianggap sebagai pangkat pegawai udara .

Lihat juga

sunting

Rujukan

sunting

Templat:Star officer ranks