Buka menu utama

Ketua bagi perkhidmatan Tentera Udara Diraja Malaysia ialah Panglima Tentera Udara (Tulisan Jawi: ڤڠليما تنترا اودارا; singkatan: PTU). Sebanyak 16 pegawai tertinggi Tentera Udara Diraja British dan TUDM telah memegang jawatan ini semenjak Kemerdekaan. Pada tahun 1967, Komodor Udara1 (Air Commodore) Dato' Sulaiman bin Sujak, menjadi anak watan pertama dilantik ke jawatan ini.

Panglima Tentera Udara
ڤڠليما تنترا اودارا
Penyandang
Affendi Buang

sejak 21 Disember 2016
Tentera Udara Diraja Malaysia
GelaranYang Berbahagia
SingkatanPTU
AnggotaMajlis Angkatan Tentera Malaysia
Lapor kepadaPanglima Angkatan Tentera
Pembentukan30 November 1957; 61 tahun yang lalu (1957-11-30)
Pemegang pertamaAlexander Vallance Ridell Johnstone
GajiTURUS II
Laman webwww.airforce.mil.my/.../panglima-tentera-udara

Sejarah dicatatkan apabila Jeneral Tan Sri Dato' Seri Azizan bin Ariffin telah dilantik sebagai Panglima Angkatan Tentera pertama dari TUDM pada 1 September 2009.

Senarai Panglima TUDMSunting

Panglima Tentera Udara Gambar Tempoh Pemerintahan
1 Air Commodore A.V.R. Johnstone   30 November 1957 - 4 September 1958
2 Air Commodore N.C. Hyde   5 September 1958 - 31 Disember 1959
3 Group Captain J.N. Stacey   1 Januari 1960 - 19 Mei 1963
4 Air Commodore C.S.J. West   20 Mei 1963 - 13 Mei 1965
5 Air Commodore Alasdair Steedman   14 Mei 1965 - 31 Oktober 1968
6 Air Vice Marshall2 Dato' Sulaiman bin Sujak   1 November 1968 - 31 Disember 1976
7 Leftenan Jeneral (Udara)3 Dato' Mohamad bin Taib   1 Januari 1977 - 30 September 1983
8 Leftenan Jeneral4 Tan Sri Mohamad bin Ngah Said TUDM   1 Oktober 1983 - 18 Mac 1991
9 Leftenan Jeneral Dato' Seri Haji Mohd Yunus bin Tasi TUDM   19 Mac 1991 - 18 Mei 1993
10 Leftenan Jeneral Dato' Seri Abdul Ghani bin Abdul Aziz TUDM   19 Mei 1993 - Ogos 1996
11 Jeneral Dato' Seri Ahmad Saruji bin Che Rose TUDM   Ogos 1996 - 30 Mei 2001
12 Jeneral Dato' Seri Suleiman bin Mahmud TUDM   1 Jun 2001 - 2 Mac 2003
13 Jeneral Dato' Seri Abdullah bin Ahmad TUDM   3 Mac 2003 - 3 April 2004
14 Jeneral Tan Sri Nik Ismail Nik Mohamed TUDM   4 April 2004 - 29 November 2006
15 Jeneral Tan Sri Dato' Seri Azizan bin Ariffin TUDM   30 November 2006 - 31 Ogos 2009
16 Jeneral Tan Sri Dato' Sri Rodzali bin Daud TUDM   1 September 2009 - 13 September 2014
17 Jeneral Tan Sri Dato' Sri Roslan bin Saad TUDM   13 September 2014 - 21 Disember 2016
18 Jeneral Tan Sri Dato' Sri Haji Affendi bin Buang TUDM   21 Disember 2016 -

NotaSunting

  • 1. Terjemahan Air Commodore disandarkan kepada Commodore atau Komodor tentera laut. TLDM, semenjak diambil alih, telah mula memperkenalkan sistem pangkat berasas bahasa Melayu ataupun di-Melayukan. Sebagai contoh Admiral kepada Laksamana, Vice Admiral kepada Laksamana Madya dan Rear Admiral kepada Laksamana Muda. Untuk melengkapkan sistem ini, Commodore menjadi Komodor. Penggunaan Komodor akhirnya digugurkan dan diganti dengan Laksamana Pertama yang kekal sehingga kini.
  • 2. Dato'Sulaiman Sujak diserapkan daripada perkhidmatan Tentera Udara Diraja British dan bukan daripada Tentera Udara Sukarelawan Malaya. Justeru, beliau telah mengekalkan penggunaan sistem pangkat British, hampir sama seperti yang digunakan oleh Polis Diraja Malaysia kini, (contohnya, Asisten Komisyener, Deputi Superintenden). Walau bagaimanapun, PDRM menggunakan ejaan yang di-Melayukan tanpa menafsirnya kepada perkataan bahasa Melayu.
  • 3. Ketika pemerintahan Dato' Mohamad Taib, beliau telah menukar sistem pangkat ketika itu (British), kepada sistem mirip Tentera Darat Malaysia, sepertimana sistem pangkat Tentera Udara Amerika Syarikat (contohnya, Group Captain menjadi Kolonel, Wing Commander menjadi Leftenan Kolonel, Squadron Leader menjadi Mejar). Secara kebetulan pula, beliau merupakan pegawai yang diserapkan daripada Tentera Darat. Lebih penting, penukaran ini mengelakkan kekeliruan yang seringkali timbul di antara perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia. Beliau mengekalkan insignia pangkat yang diwarisi dari British, kecuali Brigedier Jeneral (Udara) dan keatas, tetapi menambahkan perkataan (Udara).
  • 4. Pada pertengahan 80an, sistem pangkat TUDM sekali lagi mengalami perubahan kecil apabila perkataan (Udara) digugurkan dan diganti dengan (TUDM) diakhir nama seseorang pegawai. Untuk rekod, Tan Sri Mohamad bin Ngah Said juga pegawai yang telah diserap dari Tentera Darat. Sistem itu kekal digunakan sehingga hari ini. Bagaimanapun insignia TUDM dan uniformnya terus mengalami beberapa perubahan selepas itu.

Pautan luarSunting