Buka menu utama

Panglima tertinggi, juga dipanggil pemerintah tertinggi, adalah orang yang menjalankan perintah dan kawal tertinggi ke atas sesebuah angkatan tentera atau cabang tentera. Sebagai satu istilah teknikal, ia merujuk kepada keupayaan tentera yang berada dalam kepimpinan eksekutif sesebuah negara – iaitu ketua negara atau ketua kerajaan.

Tentera Laut Tentera Darat Tentera Udara
Pegawai bertauliah
Admiral of
the Fleet
Field marshal atau
General of the army
Marshal of
the air force
Admiral General Air chief marshal
Vice admiral Lieutenant general Air marshal
Rear admiral Major general Air vice marshal
Commodore Brigadier atau
brigadier general
Air commodore
Captain Colonel Group captain
Commander Lieutenant colonel Wing commander
Lieutenant
commander
Major atau
commandant
Squadron leader
Lieutenant Captain Flight lieutenant
Lieutenant
junior grade
atau
sub lieutenant
Lieutenant atau
first lieutenant
Flying officer
Ensign atau
midshipman
Second lieutenant Pilot officer
Officer cadet Officer cadet Flight cadet
Lain-lain pangkat
Warrant officer atau
chief petty officer
Warrant officer atau
sergeant major
Warrant officer
Petty officer Sergeant Flight sergeant
Leading seaman Corporal atau
bombardier
Corporal
Seaman Private atau
gunner atau
trooper
Aircraftman atau
airman
Talk·View

Selalunya, peranan pemerintah tertinggi (jawatan panglima tertinggi eksklusif untuk pegawai tentera) jika dipegang oleh pegawai awam, tidak perlu menjadi atau telah menjadi pegawai bertauliah tentera atau pun veteran tentera. Negara-negara seperti itu mengikut prinsip kawalan awam keatas tentera.

DefinisiSunting

Peranan commander-in-chief berasal dari bahasa Latin, iaitu imperator. Para Imperator Republik Rom dan Empayar Rom memiliki kuasa imperium (pemerintahan). Dalam penggunaan moden, istilah ini pada mulanya digunakan oleh Raja England Charles I pada tahun 1639. Ketua negara sesebuah negara (monarki atau republik) biasanya memegang posisi commander-in-chief atas nama sahaja, walaupun kuasa eksekutif yang sebenar dipegang oleh ketua kerajaan yang berasingan. Didalam sistem berparlimen, badan eksekutif akhirnya bergantung kepada kehendak badan perundangan; meskipun badan perundangan tidak mengeluarkan arahan terus kepada angkatan tentera dan dengan itu tidak menguasai tentera dalam apa jua maksud. Para Gabenor Jeneral dan gabenor kolonial juga sering dilantik menjadi commander-in-chief angkatan tentera dalam jajahan mereka.

Commander in chief kadangkala dirujuk sebagai Supreme Commander, yang kadangkala digunakan sebagai satu istilah spesifik. Istilah ini juga digunakan untuk pegawai tentera yang memegang kuasa dan pengaruh berkenaan, bukan melalui pemerintahan diktator, dan sebagai orang bawahan kepada ketua negara (lihat Generalisimo). Istilah ini juga digunakan untuk pegawai yang memegang kuasa keatas perkhidmatan tentera atau didalam kancah operasi.

Ketua negara sebagai panglima tertinggiSunting

Ini termasuklah ketua-ketua negara yang berikut:

  • Ketua eksekutif dengan mandat politik untuk membuat keputusan mengikut budi bicara, termasuk memerintah angkatan bersenjata.
  • Ketua negara yang bersifat istiadat (raja berperlembagaan, wizurai dan presiden di republik berparlimen) dengan kuasa lebihan substantif yang diperuntukkan terhadap angkatan bersenjata, bertindak dalam keadaan normal atas nasihat ketua eksekutif berperlembagaan dengan mandat politik untuk membuat keputusan mengikut budi bicara.

Republik Rakyat ChinaSunting

Perkara 93 Perlembagaan Republik Rakyat China menyatakan badan kuasa untuk mengarah Suruhanjaya Ketenteraan Pusat Parti Komunis China dan Suruhanjaya Ketenteraan Pusat Republik Rakyat China diberi hak kepada Suruhanjaya Ketenteraan Pusat; terdiri daripada Pengerusi, dan beberapa Naib Pengerusi dan ramai ahli. Perkara yang sama juga menyatakan Pengerusi Suruhanjaya Ketenteraan Pusat bertanggungjawab secara keseluruhan bagi kerja-kerja Suruhanjaya Ketenteraan Pusat, dan ia bertanggungjawab kepada Kongres Rakyat Kebangsaan dan Jawatankuasa Tetap.[1]

Tambahan pula, Perkara 80 memberikan Presiden Republik Rakyat China (sebagai tambahan kepada tugas-tugas istiadat ketua negara) kuasa untuk mengisytiharkan undang-undang tentera, mengisytiharkan perang, dan untuk mengeluarkan perintah pengerahan atas keputusan Kongres Rakyat Kebangsaan dan Jawatankuasa Tetapnya.[1]

Pengerusi CMC dan presiden adalah pejabat negara yang berasingan dan ia tidak selalunya dipegang oleh orang yang sama. Akan tetapi, bermula pada tahun 1993, semasa pemerintahan Jiang Zemin sebagai Pengerusi CMC dan Setiausaha Agung Parti Komunis, ia telah menjadi amalan standard Presiden, Pengerusi Suruhanjaya Ketenteraan Pusat, dan Setiausaha Agung Parti dipegang oleh orang yang sama; walaupun sedikit perbezaan dari mula dan akhir tempoh masa untuk jawatan masing-masing bermakna terdapat beberapa pertindihan antara pemegang jawatan dan pendahulunya.

Hong KongSunting

Apabila Hong Kong dibawah penguasaan British, gabenor awam adalah pemerintah tertinggi ex officio Angkatan Bersenjata Luar British Hong Kong. Selepas penyerahan wilayah ini kepada Republik Rakyat China pada tahun 1997, panglima Garison Hong Kong PLA adalah pegawai PLA dari tanah besar China.

PerancisSunting

Di Perancis, presiden Republik ditetapkan sebagai "Chef des Armées" (secara harfiah "Ketua Angkatan Tentera") dibawah perkara 15 perlembagaan, dan dengan itu badan berkuasa eksekutif tertinggi bagi hal ehwal ketenteraan. Perkara 16 memberikan presiden dengan kuasa darurat yang luas.[2]

Akan tetapi, disebabkan sifat sistem separa presiden, perdana menteri juga memiliki kuasa perlembagaan dibawah perkara 21: "Beliau akan bertanggungjawab bagi pertahanan negara" dan mempunyai "kuasa untuk membuat peraturan dan membuat pelantikan jawatan awam dan tentera".[2]

Pra-tahun 1958Sunting

Sejak pemerintahan Louis XIV, pihak-pihak berkuasa Perancis telahpun disepadukan. Selepas menumpaskan ahli bangsawan tempatan yang terlibat dalam warlordisme, raja-raja Perancis mengekalkan semua autoriti dengan pertolongan dua perdana menteri yang bijak pandai (Mazarin, dan Richelieu).

Revolusi 1789 memindahkan kuasa tertinggi kepada raja (dalam konteks Monarki berperlembagaan yang singkat), kemudian kepada ahli Comité de Salut Public semasa Konvensyen, dan selepas itu kepada Directoire, sebelum kembali di tangan Konsul Napoleon Bonaparte, kemudian Maharaja Napoléon I, seorang.

Era Pemulihan mengembalikan kuasa raja, mula-mula pada monarki mutlak, kemudian Monarki Julai Louis Philippe, sebelum ia digulingkan oleh Republik Kedua dan selepas itu Empayar Kedua Napoleon III.

Republik Ketiga yang berikut adalah sistem berparlimen, dimana autoriti tentera dipegang oleh presiden Jemaah Menteri. Semasa Perang Dunia I, banyak lawatan ke kubu parit oleh negarawan tua Georges Clemenceau mengagumkan para askarnya dan beliau diberi nama gelaran Bapa Kemenangan (Bahasa Perancis: Le Père de la Victoire).

Semasa Perang Dunia II, Maréchal Henri-Philippe Petain mengambil alih pemerintahan dan memegang kuasa tertinggi di Perancis Vichy, manakala Général Charles De Gaulle, bertindak bagi pihak rejim sebelumnya, mengasaskan Tentera Perancis Bebas, dimana beliau memegang kuasa tertinggi di sepanjang peperangan.

Republik Keempat seterusnya yang singkat adalah sistem berparlimen, yang digantikan oleh Republik Kelima sekarang, iaitu sistem separa presiden.

Penyandang jawatan lain sebagai panglima tertinggi atau situasi yang lainSunting

JermanSunting

Republik Persekutuan, pada masa kini (1956-)Sunting

 
Rekrut-rekrut baru berdiri di hadapan Bangunan Reichstag, sebelum mengangkat sumpah Bundeswehr. Disebabkan oleh sejarah terkenal abad ke-20, dan sebelum ketenteraan Prusia; Jerman hari ini memberi penekanan yang kuat terhadap keserasian angkatan tentera dengan sistem berparlimen.

Selepas penenteraan semula Jerman Barat pada tahun 1955, negara itu menyertai NATO, Hukum Asas Republik Persekutuan Jerman telah dipinda pada 1956 untuk memasukkan syarat-syarat perlembagaan bagi pemerintahan angkatan tentera.

 
Werner von Blomberg (kiri) memberi tabik hormat kepada Adolf Hitler (kanan) dengan baton di Perhimpunan Nuremberg 1937.

Rasional meletakkan kuasa pemerintahan terus ke atas angkatan tentera dengan menteri yang bertanggungjawab terhadap institusi ketenteraan, dan oleh itu melanggar tradisi lama perlembagaan Jerman dalam kedua-dua sistem monarki dan republik sebelumnya yang meletakkan pada ketua negara, adalah kerana dalam sistem demokrasi berparlimen, kuasa pemerintahan hendaklah secara langsung berada dimana ia akan dikuatkuasakan dan dimana ia tertakluk kepada kawalan parlimen Bundestag pada setiap masa. Dengan memberi terus kepada menteri yang bertanggungjawab, bukannya pada Canselor Persekutuan, ia juga bermaksud bahawa hal ehwal ketenteraan adalah salah satu tanggungjawab bersepadu kerajaan; berbeza sekali sebelum ini apabila bahagian institusi ketenteraan diasingkan dari pentadbiran awam yang membenarkan pemimpin dahulu bertindak sebagai daulah terpendam (berbeza dengan Republik Persekutuan, Republik Weimar bermula dengan pakatan Ebert–Groener, yang mengekalkan institusi ketenteraan sebagai satu kuasa autonomi di luar kawalan politik; pilihanraya tahun 1925 menyaksikan Paul von Hindenburg sebagai Reichpräsident, dikelilingi oleh pengampu-pengampu dan komplot Kurt von Schleicher, tidak banyak dilakukan untuk menterbalikkan trend tersebut).[4][5]

Jerman Timur (1960-1990)Sunting

Badan perundangan Republik Demokratik Jerman (GDR), iaitu Volkskammer, digubal pada 13 Februari 1960 Undang-Undang mengenai Pembentukan Majlis Pertahanan Nasional GDR, yang menubuhkan sebuah majlis yang terdiri daripada pengerusi dan sekurang-kurangnya 12 ahli. Ia kemudiannya dimasukkan kedalam Perlembagaan GDR pada April 1968. Majlis Pertahanan Nasional memegang pemerintahan tertinggi Tentera Rakyat Nasional (termasuk pasukan keselamatan dalam negeri), dan pengerusi Majlis (biasanya Setiausaha Agung Parti Perpaduan Sosialis) dianggap sebagai panglima tertinggi GDR.

GDR bergabung dengan Republik Persekutuan Jerman pada 3 Oktober 1990, dimana perlembagaan GDR dan angkatan tenteranya dibubarkan.

Sebelum tahun 1945Sunting

Semasa pemerintahan Kerajaan Prusia, Empayar Jerman, Republik Weimar dan Nazi, sesiapa yang menjadi ketua negara—iaitu Raja Prusia/Maharaja Jerman (dibawah Perlembagaan Kerajaan Prusia/Perlembagaan Empayar Jerman) hingga tahun 1918, Reichspräsident (dibawah Perlembagaan Weimar) hingga tahun 1934, dan Führer dari tahun 1934 hingga 1945—adalah ketua Angkatan Tentera (Bahasa Jerman: Oberbefehlshaber: secara harfiah "Pemerintah Tertinggi").

Dibawah posisi ketua negara, setiap cabang tentera (Bahasa Jerman: Teilstreitkraft) mempunyai ketuanya sendiri yang melapor terus kepada ketua negara dan memegang pangkat tertinggi dalam perkhidmatannya; dalam Reichsheer - Generalfeldmarschall, dan dalam Reichsmarine - Grossadmiral.

Selepas Canselor Adolf Hitler mengambil alih kuasa sebagai Führer[6] (selepas kematian Presiden Paul von Hindenburg), beliau kemudian mengurniakan menteri perangnya, Generalfeldmarschall Werner von Blomberg, jawatan Panglima Tertinggi Angkatan Tentera pada tahun 1935, apabila pengerahan tentera diperkenalkan semula. Bagaimanapun, pada tahun 1938 disebabkan oleh Peristiwa Blomberg–Fritsch, Hitler menarik balik jawatan panglima tertinggi, membubarkan jawatan menteri perang dan mengambil alih sendiri pemerintahan tertinggi Angkatan Tentera. Jawatan menteri perang telah diambil alih secara de facto oleh Oberkommando der Wehrmacht, yang diketuai oleh Generalfeldmarschall Wilhelm Keitel sehingga penyerahan kalah Jerman.

JepunSunting

Di Jepun, sebelum Pemulihan Meiji peranan panglima tertinggi terletak pada shōgun (iaitu tentera samurai daimyō yang paling berkuasa). Selepas pembubaran kesyogunan Tokugawa peranan panglima tertinggi, diserahkan kepada Maharaja Jepun. Pada masa kini, peranan maharaja berperlembagaan adalah pemimpin simbolik dengan tanpa sebarang peranan tentera.

Selepas Jepun menuju ke arah demokrasi, jawatan pemerintah tertinggi Angkatan Pertahanan Diri Jepun dipegang oleh Perdana Menteri Jepun. Kuasa ketenteraan bergerak dari perdana menteri ke peringkat menteri Pertahanan Jepun.[7][8][9][10]

Korea UtaraSunting

 
Bendera pemerintah tertinggi

Perlembagaan Korea Utara tidak jelas menyatakan secara rasmi siapakah sebenarnya ketua negara.

Walau bagaimanapun, perlembagaan Korea Utara, dalam perkara 102, adalah jelas menyatakan perintah rasmi angkatan tentera:

Pengerusi Suruhanjaya Hal Ehwal Negara Republik Demokratik Rakyat Korea adalah Pemerintah Tertinggi seluruh angkatan tentera Republik Demokratik Rakyat Korea dan memerintah dan mengarah semua angkatan tentera Negara.[13]

Pengerusi secara rasminya dipilih oleh Perhimpunan Agung Rakyat (perkara 91:5[14]) dan berkhidmat bagi tempoh lima tahun (perkara 101[13] & 90:1[14]); tetapi mengikut amalan, jawatan ini adalah warisan Dinasti Kim, apabila mendiang Kim Jong-il selepas mati ditetapkan sebagai "pengerusi abadi Suruhanjaya Hal Ehwal Negara", manakala anaknya, Kim Jong-un, telah dilantik sebagai "pengerusi pertama Suruhanjaya Hal Ehwal Negara".[15]

Lihat jugaSunting

Di dalam NATO dan Kesatuan Eropah, istilah Chief of Defence (CHOD) lazimnya digunakan sebagai satu sebutan generik bagi jawatan tertinggi yang disandang oleh seorang pegawai profesional tentera yang aktif bertugas, tanpa mengira gelaran sebenar atau kuasanya.

Artikel lain yang menarik

RujukanSunting

  1. ^ a b "Constitution". Government of the People's Republic of China. Diarkibkan daripada asal pada 26 July 2013. Dicapai 21 January 2014.  Parameter |url-status= tidak diketahui diabaikan (bantuan)
  2. ^ a b Constitution of 4 October 1958, National Assembly of France. Retrieved on 2013-05-13.
  3. ^ a b Basic Law for the Federal Republic of Germany, Bundestag (Print version. As at: October 2010). Retrieved on 2013-08-21.
  4. ^ (Jerman) Die Befehls- und Kommandogewalt des Art. 65a GG im Lichte ... Diarkibkan 23 September 2015 di Wayback Machine., Retrieved on 2013-08-21.
  5. ^ (Jerman) Politik und Militär in Deutschland: die Bundespräsidenten und Bundeskanzler und ihre Beziehung zu Soldatentum und Bundeswehr, 2011. Retrieved on 2013-08-21.
  6. ^ Gesetz über das Staatsoberhaupt des Deutschen Reichs, 1 August 1934:
    "§ 1 The office of the Reichspräsident is merged with that of the Reichskanzler. Therefore, the previous rights of the Reichspräsident pass over to the Führer and Reichskanzler Adolf Hitler. He names his deputy."
  7. ^ Self Defense Forces. Encyclopedia of Japan. Tokyo: Shogakukan. 2012. OCLC 56431036. Diarkibkan daripada asal pada 25 August 2007. Dicapai 2012-07-15.  Parameter |url-status= tidak diketahui diabaikan (bantuan)
  8. ^ The Ministry of Defense Reorganized: For the Support of Peace and Security (PDF). Tokyo: Japan Ministry of Defense. 2007. m/s. 4–5. 
  9. ^ "職種 Branches of Service" (dalam bahasa Japanese). Tokyo: Japan Ground Self-Defense Force. 2012. Dicapai 15 July 2012. 
  10. ^ 自衛隊: 組織 [JSDF: Organization]. Nihon Daihyakka Zensho (Nipponika) (dalam bahasa Japanese). Tokyo: Shogakukan. 2012. OCLC 153301537. Diarkibkan daripada asal pada 25 August 2007. Dicapai 2012-07-15.  Parameter |url-status= tidak diketahui diabaikan (bantuan)
  11. ^ "DPRK Constitution (Preamble)". naenara.com.kp. Dicapai 2014-02-20. 
  12. ^ "DPRK Constitution (Chapter VI State Organs, Section 4. The Presidium of the Supreme People's Assembly)". naenara.com.kp. Dicapai 2014-02-20. 
  13. ^ a b c "DPRK Constitution (Chapter VI State Organs, Section 2. The Chairman of the DPRK National Defence Commission)". naenara.com.kp. Dicapai 2014-02-20. 
  14. ^ a b "DPRK Constitution (Chapter VI State Organs, Section 1. The Supreme People's Assembly )". naenara.com.kp. Dicapai 2014-02-20. 
  15. ^ "DPRK's Kim Jong Un elected first chairman of National Defense Commission". People's Daily Online. 14 April 2012. Dicapai 21 March 2013.