Panmunjeom (Hangul판문점; Hanja板門店, juga dirumikan sebagai di Korea Utara), merupakan sebuah perkampungan di sebelah utara sempadan de facto antara Korea Utara dan Korea Selatan di mana Perjanjian Gencatan Senjata Korea ditandatangani pada tahun 1953; perjanjian ini seterusnya menghentikan serangan bersenjata dalam Perang Korea buat sementara waktu. Kawasan perkampungan tersebut kini meliputi Gyeonggi-do Paju-si, Gunnae-myeon, Josan-ri di Korea Selatan dan Wilayah Hwanghae Utara di Korea Utara.

Kesemua penduduk asal kampung ini dipindahkan sebaik sahaja perjanjian ini ditandatangani lalu petempatan tersebut menjadi terbiar setelah ia menjadi sebahagian daripada kawasan Zon Bebas Tentera Korea.

Pautan luar sunting