Panosteitis, kadang-kadang disingkatkan kepada pano dalam kalangan pembiak baka,[1] ialah satu keadaan tulang panjang yang kadang-kadang terlihat pada anjing baka besar. Keadaan ini bermanifestasi dengan nyeri tiba-tiba yang tidak berpenjelasan dan ketempangan yang kadang-kadang beranjak dari tungkai ke tungkai, biasanya pada umur antara 5 dengan 14 bulan.[2] Tanda seperti demam dan kesusutan berat, dan gejala seperti anoreksia, dan ketidakbermayaan juga boleh terlihat. Sebabnya tidak diketahui, tetapi genetik, stres, jangkitan, metabolisme, atau komponen autoimun boleh menjadi faktor.[3] Tumbesaran cepat dan makanan tinggi protein juga dicadangkan terlibat dalam patogenesis.[4]

Panosteitis secara histologi bercirikan peningkatan kegiatan osteoblas dan fibroblas di dalam periosteum, endosteum dan sumsum tulang, menyebabkan fibrosis dan pembentukan tisu penghubung di dalam rongga medula tulang terjejas. Nyeri boleh disebabkan oleh tekanan meningkat di dalam rongga dan perangsangan reseptor nyeri di dalam periosteum.[5]

Humerus paling kerap terjejas.[6] Jantan lebih kerap terjejas daripada betina.[7] Diagnosis dibuat dengan nyeri pada pempalpatan tulang panjang anggota. Sinar-X boleh menunjukkan pengingkatan ketumpatan rongga medula tulang terjejas, kerap dekat dengan foramen nutrien (tempat pembuluh darah memasuki tulang). Bukti ini mungkin tidak hadir sehingga sepuluh hari selepas permulaan ketempangan.[8] Ubat nyeri dan pembatasan senaman boleh membantu untuk melegakan gejala, dan ketempangan biasanya hilang selepas berhari-hari hingga berminggu-minggu tanpa rawatan tambahan. Ulangan sehingga umur dua tahun boleh berlaku.[8] Baka lebih besar, seperti anjing gembala Jerman, anjing pengutip keemasan, anjing pemburu basset, anjing Dobermann, anjing pengutip Labrador, dan anjing Rottweil, lebih terdedah kepada masalah ini.[9] Terdapat satu kes panosteitis yang disyaki pada seekor unta berumur enam bulan yang cepat membesar dengan ketempangan tungkai beranjak.[10]

Panosteitis juga dirujuk sebagai panosteitis eosinofili, enostosis, pengembangbiakan endosteum tulang baharu, dan eopan.

Rujukan sunting

  1. ^ Frawley, Ed. "Panosteitis or PANO" (PDF). Leerberg Enterprises. m/s. 3. Dicapai pada 24 Jun 2013.
  2. ^ Ettinger, Stephen J.;Feldman, Edward C. (1995). Textbook of Veterinary Internal Medicine (ed. 4). W.B. Saunders Company. ISBN 0-7216-6795-3.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  3. ^ "Panosteitis". Buku Panduan Veterinar Merck. 2006. Dicapai pada 1 Januari 2007.
  4. ^ Schawalder P, Andres HU, Jutzi K, Stoupis C, Bösch C. (2002). "Canine panosteitis: an idiopathic bone disease investigated in the light of a new hypothesis concerning pathogenesis. Part 1: Clinical and diagnostic aspects". Schweiz Arch Tierheilkd. 144 (3): 115–30. PMID 11980379.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  5. ^ Demko J, McLaughlin R (2005). "Developmental orthopedic disease". Vet Clin North Am Small Anim Pract. 35 (5): 1111–35, v. doi:10.1016/j.cvsm.2005.05.002. PMID 16129135.
  6. ^ Baird H, Kerwin S, Henry G, Porterpan B, Johnson M (2005). "What is your diagnosis? Panosteitis". J Am Vet Med Assoc. 226 (6): 871–2. doi:10.2460/javma.2005.226.871. PMID 15786986.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  7. ^ Biery, D.N.; Lenehan, T.M.; Van Sickle, D.C. (1985). "Canine Panosteitis". Textbook of Small Animal Orthopaedics. Diarkibkan daripada yang asal pada 2005-03-07. Dicapai pada 19 Ogos 2006.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  8. ^ a b Wehrenberg, Aaron (September 2006). "Juvenile Orthopedics". Veterinary Forum. Veterinary Learning Systems. 23 (9): 22–28. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)
  9. ^ "Panosteitis". Canine Inherited Disorders Database. Universiti Pulau Putera Edward. 1998. Dicapai pada 1 Januari 2007.
  10. ^ Levine DG, Smith JJ, Richardson DW; dll. (2007). "Suspected panosteitis in a camel". J. Am. Vet. Med. Assoc. 231 (3): 437–41. doi:10.2460/javma.231.3.437. PMID 17669048. Explicit use of et al. in: |author= (bantuan)CS1 maint: multiple names: authors list (link)

Pautan luar sunting