Pantai Cherating
Pantai Cherating terletak berhampiran bandar Kuantan, Pahang, Malaysia, merupakan tempat perkelahan yang popular.
Cherating telah diperkembangkan dari sebuah pekan kecil kepada sebuah pantai yang terkenal dan kegemaran pelancong. Ada penyu bertelur di sini.
Kemudahan restoran, pokok kelapa yang berbuai-buai, pantai, laut yang luas lagi menghijau dapat diperolehi di sini. Kelab Mediterranean yang pertama di Asia juga terletak berhampiran dari sini. Pantai Cherating ini juga terkenal dengan aktiviti luncur air dan sering menjadi tumpuan pelancong barat untuk datang ke sini.
Pautan luarSunting
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Pantai Cherating |
Rencana berkaitan geografi dan tempat di Malaysia ini ialah rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya. |