Pantai Timur, Semenanjung Malaysia
Pantai Timur di Semenanjung Malaysia merujuk kepada negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang yang berada di sebelah timur Semenanjung Malaysia.
GeografiSunting
Bahagian ini kosong. Anda boleh bantu dengan menambah isi bahagian ini. |
PengangkutanSunting
Lebuh raya Pantai Timur merupakan salah satu daripada jaringan lebuh raya yang menghubungkan kawasan pantai timur dan pantai barat di Semenanjung Malaysia. Ia merupakan lanjutan kepada Lebuhraya Karak, dan bermula dari Karak sehingga ke Kuala Terengganu. Terdapat tiga lapangan terbang untuk ke negeri-negeri Pantai Timur, iaitu Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Terengganu; Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kelantan dan Lapangan Terbang Sultan Haji Ahmad Shah. Pahang.
Wilayah pembangunan ekonomiSunting
Wilayah Ekonomi Pantai Timur atau ECER merupakan wilayah pembangunan ekonomi yang meliputi keseluruhan negeri-negeri pantai timur dan daerah Mersing, Johor. Keluasan kawasan yang terlibat adalah 66,736 kilometer persegi atau 51 peratus dari keluasan Semenanjung Malaysia. ECER melibatkan 3.9 juta penduduk.
Rencana berkaitan geografi dan tempat di Malaysia ini ialah rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya. |