Pantai Timur, Semenanjung Malaysia

Pantai Timur di Semenanjung Malaysia merujuk kepada negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang yang berada di sebelah timur Semenanjung Malaysia.

GeografiSunting

Kelantan, Terengganu dan Pahang ialah negeri yang terletak di Pantai Timur semenanjung Malaysia. Negeri ini menghadap Laut China Selatan. Sungai yang terpanjang di semenanjung Malaysia, iaitu Sungai Pahang, terletak di negeri Pahang. Ianya juga terkenal denganl angkah kerajaan yang mewartakan kawasan tertentu sebagai hutan simpan dan taman negara. Sebagai contoh, Taman Negara (Pahang), Taman Negara (Pulau Pinang) dan Hutan Simpan Royal Belum (Perak).Ianya juga banyak tertumpu di kawasan pertanian, pesisir pantai dan bandar kecil. Kawasan yang berpenduduk padat dan sederhana padat.

• Menjadi tumpuan penduduk akibat pengaruh kegiatan ekonomi perikanan dan pertanian • Kawasan pesisir pantai dan sungai menyediakan kemudahan perhubungan yang baik seperti di Besut (Terengganu), sepanjang Sungai Rajang (Sarawak) dan Sungai Kinabatangan (Sabah) • Terdapat juga kawasan berpenduduk jarang terutama di kawasan berpaya, contohnya sekitar Tasik Chini dan Tasik Bera (Pahang).

PengangkutanSunting

Lebuh raya Pantai Timur merupakan salah satu daripada jaringan lebuh raya yang menghubungkan kawasan pantai timur dan pantai barat di Semenanjung Malaysia. Ia merupakan lanjutan kepada Lebuhraya Karak, dan bermula dari Karak sehingga ke Kuala Terengganu. Terdapat tiga lapangan terbang untuk ke negeri-negeri Pantai Timur, iaitu Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Terengganu; Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kelantan dan Lapangan Terbang Sultan Haji Ahmad Shah. Pahang.

Wilayah pembangunan ekonomiSunting

Wilayah Ekonomi Pantai Timur atau ECER merupakan wilayah pembangunan ekonomi yang meliputi keseluruhan negeri-negeri pantai timur dan daerah Mersing, Johor. Keluasan kawasan yang terlibat adalah 66,736 kilometer persegi atau 51 peratus dari keluasan Semenanjung Malaysia. ECER melibatkan 3.9 juta penduduk.