Pantulan Cita ialah album 1981 oleh penyanyi Indonesia, Chrisye. Dirakamkan dengan banyak input dari Jockie Soerjoprajogo, album ini mempunyai pengaruh rock dan rekaan kulit album menunjukkan wajah Chrisye sebagai teka-teki. Ia merupakan kegagalan komersial dan kritikal, Chrisye mengambil cuti dua tahun.

Pantulan Cita
Album studio oleh
Dilancarkan pada1981 (1981)
GenrePop/rock
Panjang45:43
BahasaBahasa Indonesia Edit the value on Wikidata
SyarikatMusica Studio's
Kronologi Chrisye
"Puspa Indah"
(1979)
"Pantulan Cita"
(1981)
"Resesi"
(1983)
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Penerbitan sunting

Biarpun album terdahulu Chrisye mempunyai pop tulen, meneruskan kejayaan Badai Pasti Berlalu (1977), dengan Pantulan Cita Chrisye dan kolaboratornya, Jockie Soerjoprajogo mula bereksperimen, mengadun bunyi rock. Chrisye tidak begitu pasti ia berhasil.[1] Album ini dirakamkan dengan Chrisye pada vokal dan gitar bes, Jockie pada keyboard, Jerry pada gitar elektrik dan akustik, dan Yaya M. pada dram. Indah Sukotjo menyediakan vokal latar untuk "Tragedi Badai". Gubahan telah was dikendalikan oleh Jockie, yang juga menulis kebanyakan lirik; Harry Sabar menulis lirik untuk tiga lagu, sementara Jockie menulis untuk tujuh lagu.[2]

Ayik Soegeng, yang sebelum ini merekabentuk kulit album Guruh Gipsy – kolaborasi antara Guruh Soekarnoputra dan Sabda Nada, kugiran yang menampilkan Chrisye – pada 1976, telah dipilih untuk merekabentuk kulit album Pantulan Cita. Jurugambar Firman Ichsan dan Tara Sastrowardoyo pada mulanya berhasrat untuk mempunyai potret Chrisye memegang gambar dirinya melalui wajahnya. Bagaimanapun, jurugambar kemudian mengambil keputusan untuk mempunyai potret wajah Chrisye menerusi teka-teki yang lebih berkesan. Soegeng diminta untuk mencipta teka-teki, mengambil gambar pada awalnya bertujuan untuk dipegang oleh Chrisye, melekatkannya pada papan lapis, kemudian memotong teka-teki dengan gergaji. Chrisye berpuas hati dengan hasilnya.[3]

Keluaran dan sambutan sunting

Pantulan Cita dikeluarkan pada 1981 oleh Musica Studios, dengan tiada single. Ia merupakan kegagalan komersial,[1] walaupun kulit album ini mendapat sambutan.[3] Bersama Percik Pesona (1979), ia merupakan satu-satunya album solo Chrisye yang tidak menerima sebarang anugerah.[4] Kecewa dengan kegagalan album ini, Chrisye mengambil keputusan untuk bercuti.[1] Beliau tidak akan merakamkan satu lagi album sehingga Resesi, kolaborasi bersama Jockie dan Eros Djarot, pada 1983.[5] Album kemudian lebih berjaya, tetapi mengikut trend muzik popular ketika itu.[6]

Pantulan Cita telah dikeluarkan semula dua kali, sekali sebagai CD pada 2004[7] dan sekali sebagai sebahagian daripada Chrisye Masterpiece Trilogy Limited Edition pada 2007.[8]

Senarai runut sunting

No.TajukSeni kataGubahanMasa
1."Kencana"Jockie SoerjoprajogoJockie Soerjoprajogo4:43
2."Sentuhanmu"Harry SabarJerry dan Jockie Soerjoprajogo5:23
3."Desah Kalbum"Jockie SoerjoprajogoJockie Soerjoprajogo4:38
4."Kala Mega Kian Mendung"Harry SabarHarry Sabar4:14
5."Tragedi"Jockie SoerjoprajogoJerry dan Jockie Soerjoprajogo3:02
6."Tragedi Badai"Jockie SoerjoprajogoJerry dan Jockie Soerjoprajogo4:53
7."Putri Ayu"Jockie SoerjoprajogoJockie Soerjoprajogo4:55
8."Perkasa Manusia"Jockie SoerjoprajogoJockie Soerjoprajogo3:46
9."Hening"Jockie SoerjoprajogoJockie Soerjoprajogo5:24
10."Pantulan Cita"Harry SabarChrisye4:12
Jumlah masa: 45:43


Rujukan sunting

Nota kaki
Bibliografi
  • Pantulan Cita. Chrisye. Musica Studios. 1981.CS1 maint: others (link)
  • "Chrisye Rilis Album Trilogi". Media Entertainment Online. 9 October 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-03-27. Dicapai pada 1 January 2012.
  • "Chrisye Rilis Ulang 22 Album Lawas". KotaBNI News. 28 October 2004. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-04-05. Dicapai pada 3 March 2012.
  • "Chrisye: Sakit Setiap Berkarya". Kompas. 16 August 1992. m/s. 7.
  • Endah, Alberthiene (2007). Chrisye: Sebuah Memoar Musikal. Jakarta: Gramedia Pustaka Utama. ISBN 978-979-22-2606-5.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Soegeng, Ayik (2012). "Karya Berbeda dan Idealis". Dalam Baldan, Ferry Mursyidan; Sunny, Nini; Putra, Dudut Suhendra; Mulyadi, Muller (penyunting). Chrisye: Kesan di Mata Media, Sahabat, dan Fans. Jakarta: Mediakita. m/s. 60–61. ISBN 978-979-794-343-1. Unknown parameter |trans_chapter= ignored (bantuan)CS1 maint: ref=harv (link)
  • Sartono, Frans (1 April 2007). "Chrisye: Dari Lilin Kecil ke Badai". Kompas.