Papan kekunci Jawi ergonomik

Papan kekunci Jawi ergonomik digunakan untuk menulis Tulisan Jawi di dalam sistem operasi komputer peribadi dan juga mudah alih. Keperluan susun atur aksara untuk penulisan Jawi bersifat ergonomik adalah perlu disebabkan huruf Jawi dan Pegon adalah unik untuk penulisan Bahasa Melayu dan huruf-huruf yang kerap kali digunakan perlu berada di posisi utama yang mudah capai untuk menambahkan kecepatan dan kecekapan dalam ejaan jawi[1]. Hal ini berdasarkan paten papan kekunci DVORAK pada tahun 1939 yang merangka susunatur huruf dengan meletakkan huruf-huruf yang biasa digunakan berdekatan dengan jalur lintang hujung jari untuk mengurangkan stres pergerakan jari[2].

Reka bentuk sunting

 
Susunatur prioriti papan kekunci susunan ergonomik
 
Susunatur papan kekunci aksara Jawi posisi hadapan mengikut susunan ergonomik
 
Susunatur papan kekunci aksara Jawi posisi peralihan mengikut susunan ergonomik

Susunatur aksara pada papan kekunci Jawi ergonomik bukan berdasarkan standard yang ditetapkan oleh SIRIM (Standard Malaysia) pada tahun 2011 tetapi ia adalah berdasarkan statistik huruf jawi yang digunakan dalam artikel rawak pilihan yang diterbitkan oleh Utusan Melayu[3]. Berdasarkan statistik ini, frekuansi penggunaan kesemua huruf-huruf Jawi direkodkan dan dibandingkan dengan beberapa artikel lain[4]. Hasil dari statistik ini menunjukkan corak kekerapan yang sama antara satu artikel dengan yang lain yang turut menunjukkan terdapat penggunaan huruf Jawi yang kerap dan yang kurang. Perbandingan yang serupa juga telah dilakukan secara rawak dalam artikel Arab yang diterbitkan oleh BBC News[5] dalam versi bahasa Arab yang turut menghasilkan corak yang sama tetapi coraknya tidak sah untuk artikel versi Jawi.

Prinsip utama sunting

Reka bentuk Papan Kekunci Jawi ergonomik berdasarkan 3 prinsip utama;

  1. Penggunaan huruf abjad tertinggi adalah keutamaan pada kedudukan biasa susunan papan kekunci [2] dan sisanya akan berada pada kedudukan peralihan.
  2. Kunci dalam susun atur papan kekunci dinilai dari 1 hingga 26 di mana nombor yang paling rendah adalah yang paling mudah dicapai oleh jari sama ada dari sempadan kiri atau kanan susunatur papan kekunci[6].
  3. Aksara pada papan kekunci mengandungi kombinasi huruf-huruf abjad Jawi, abjad Pegon, abjad Parsi, dan abjad Osmanlıca.

Sejarah sunting

Mesin taip Arab sunting

Susunatur papan kekunci arab yang pertama untuk mesin taip dicipta oleh Selim Shibli Haddad, iaitu seorang artis dan pencipta dari Syria yang bermukim di Mesir jajahan Uthmaniyah, dan dipatenkan [7] dalam tahun 1899 [8].

 


Kekerapan Huruf Jawi Dalam Penulisan Bahasa Melayu sunting

Berikut adalah jadual statistik huruf dan peratusan kegunaan serta kedudukan prioriti dalam artikel yang menggunakan tulisan Jawi. Statistik ini berdasarkan artikel berita yang bertajuk 'ترڠڬانو ڬمڤر تريما ‘تتامو تيدق دأوندڠ'[9]. Pola yang sama juga boleh didapati di dalam artikel berita bertajuk 'ڤستيكن حلال بارو ماكن [10]' dan juga di dalam artikel berita bertajuk 'برشكور، ماسيه اد ڤروجيک ڤمباڠونن دتروسكن'[11]. Data peratusan kegunaan adalah berdasarkan konsep papan kekunci DVORAK yang mengklasifikasikan huruf-huruf yang biasa digunakan dan yang paling kurang[12]. Kaedah ini digunakan dalam penghasilan ASMO 663 Arabic Keyboard Layout yang mengoptimakan kecepatan menaip dan adaptasi [13].

Penggunaan Huruf Jawi Dalam Penulisan
Nama Bentuk aksara Kod HTML Unicode Peratusan kegunaan [2] Kedudukan Prioriti
alif ا U+0627 13.8% 1
ba ب U+0628 3.7% 13
ta ت U+062A 5.8% 6
sa ث U+062B 0.0% Tiada
jim ج U+062C 1.4% 17
ca چ U+0686 0.4% 22
ha ح U+062D 0.5% 20
kha خ U+062E 0.1% 25
dal د د U+062F 4.7% 8
zal ذ U+0630 0.0% Tiada
ra ر U+0631 6.9% 5
zai ز ز U+0632 0.0% Tiada
sin س U+0633 4.1% 11
syin ش U+0634 0.0% Tiada
sad ص U+0635 0.2% 23
dad ض U+0636 0.2% 24
ta ط U+0637 0.0% Tiada
za ظ U+0638 0.0% Tiada
ain ع U+0639 0.2% 25
ghain غ U+063A 0.0% Tiada
nga ڠ ڠ U+06A0 3.8% 12
fa ف U+0641 0.1% Tiada
pa ڤ U+06A4 3.4% 14
qaf ق U+0642 0.0% Tiada
kaf ك [14] ك U+0643 4.5% 10
ga ڬ [15] ڬ U+06AC 1.3% 18
lam ل U+0644 4.7% 9
mim م U+0645 5.8% 7
nun ن U+0646 8.6% 4
wau و U+0648 9.1% 3
va ۏ ۏ U+06CF 0.1% Tiada
ha ه ه U+0647 1.6% 16
hamzah ء ء U+0621 0.0% Tiada
ya ي U+064A 9.7% 2
ye ى ى U+0649 0.0% Tiada
nya ڽ ڽ U+06BD 0.5% 21
ta marbutah ة ة U+0629 0.1% 26
lam-alif لا Kombinasi dan 2.4% 15
alif-hamzah أ أ U+0623 0.6% 19
إ إ U+0625 0.0% Tiada
noktah arab ۔ ۔ U+06D4 0.7% Tidak berkaitan
comma arab ، ، U+060C 1.2% Tidak berkaitan

Catatan:

  1. Kesemua huruf-huruf abjad Jawi, abjad Pegon, abjad Parsi, dan abjad Ottoman yang lengkap sudah didapati dalam Unicode versi 1.1.5 (1993)[16].
  2. Terdapat kekeliruan penggunaan unicode huruf abjad keheh kaf ک [17]dan keheh ga ݢ [18]dari Unicode Arabic versi 4.1.0 (2005)[16] dengan abjad kaf ك [14] dan ga ڬ [15] dari versi Unicode Arabic versi 1.1.5 (1993)[16]. Kedua-dua huruf kaf dan ga boleh digunakan untuk menghasilkan sambuangn awal, tengah dan akhir dengan sempurna sekiranya sistem operasi menggunakan fon versi unicode yang terkini. Penyelarasan penggunaan Unicode versi 1.1.5 [16] adalah perlu untuk memastikan lebih banyak sistem operasi dengan fon awalan Unicode versi 1.1.0[16] dapat memaparkan huruf dan sambungannya dengan huruf lain dengan betul.


Rujukan sunting

  1. ^ Hornbaek, K (2006). Current Practice in Measuring Usability: Challenges to Usability Studies and Research, International Journal of Human-Computer Studies
  2. ^ a b c Stephen Pheasant (2001). Bodyspace: Anthropometry, Ergonomics And The Design Of Work Second Edition halaman 101.
  3. ^ "Laman web berita Utusan Melayu dalam Jawi". Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-08-28. Dicapai pada 2019-08-28.
  4. ^ Herman Chernoff, Sequential Analysis and Optimal Design, SIAM Monograph, 1972.
  5. ^ BBC News versi Bahasa Arab
  6. ^ Michelle Manalo (April 5, 2007). "Blueprint for a healthy workstation".
  7. ^ TYPE WRITERS 0R PRINTING PRESSES no. 637,109. Dipatenkan pada 14 November 1899.
  8. ^ Messenger, Robert (17 October 2014). "The Arabic Typewriter Keyboard and the Syrian Artist". oz.Typewriter.
  9. ^ "Tajuk berita ترڠڬانو ڬمڤر تريما 'تتامو تيدق دأوندڠ". Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-08-27. Dicapai pada 2019-08-28.
  10. ^ Tajuk berita ڤستيكن حلال بارو ماكن Diarkibkan 2019-08-27 di Wayback Machine
  11. ^ Tajuk berita برشكور، ماسيه اد ڤروجيک ڤمباڠونن دتروسكن Diarkibkan 2019-08-27 di Wayback Machine
  12. ^ August Dvorak (1936) Dvorak Simplified Keyboard, U.S. Patent 2,040,248
  13. ^ https://www.researchgate.net/publication/228921828_Toward_optimal_Arabic_keyboard_layout_using_genetic_algorithm
  14. ^ a b Huruf kaf blok Abjad Arab Unicode versi 1.1.5
  15. ^ a b Huruf ga blok Abjad Arab Unicode versi 1.1.5
  16. ^ a b c d e Unicode database
  17. ^ Huruf abjad keheh kaf blok Abjad Arab Unicode versi 1.1.5
  18. ^ Huruf abjad keheh ga blok Abjad Arab Unicode versi 4.1.0