Papan tanda berhenti

Papan tanda berhenti merupakan sejenis papan tanda lalu lintas untuk mengingatkan pemandu bahawa mereka mesti berhenti sebelum meneruskan perjalanan.[1]

Papan tanda berhenti.

Konvensyen ViennaSunting

Konvensyen Vienna bagi Papan Tanda dan Isyarat Jalan Raya membenarkan dua jenis papan tanda, di samping tiga varian yang boleh diterima. Papan tanda B2a berbentuk oktagon merah dengan perkataan "BERHENTI" berwarna putih. Papan tanda B2b pula ialah bulatan merah dengan segitiga merah terbalik dengan warna latar putih atau kuning, dan tulisan "BERHENTI" menggunakan warna hitam atau biru tua. Konvensyen membenarkan perkataan "BERHENTI" menggunakan sama ada Bahasa Inggeris ataupun bahasa kebangsaan negara masing-masing.

SpesifikasiSunting

Konvensyen Vienna bagi Papan Tanda dan Isyarat Jalan Raya mencadangkan diameter piawai bagi papan tanda berhenti sama ada 0.6, 0.9 atau 1.2 meter. Diameter papan tanda berhenti UK dan New Zealand pula ialah 750, 900 atau 1200 mm, bergantung kepada lokasi papan tanda dan kelajuan lalu lintas.[2][3]

Arahan Teknik (Jalan) 2A/85 - Manual on Traffic Control Devices: Standard Traffic Signs oleh Jabatan Kerja Raya Malaysia menetapkan bahawa papan tanda berhenti piawai di Malaysia mengguna pakai bentuk papan tanda berhenti jenis B2a, dengan diameter piawai sama ada 600 atau 900 mm.[4]

Papan tanda berhenti di serata duniaSunting

Papan tanda berhenti lamaSunting

Papan tanda berhenti di hadapanSunting

Lihat jugaSunting

RujukanSunting

  1. ^ Vienna Convention on Road Signs and Signals, 1968. United Nations Publication. ISBN 978-92-1-116973-7
  2. ^ UK Department of Transport. Traffic Signs Manual, Chapter 3: Regulatory Signs, 9 September 2008 [1]PDF (2.0 MB)
  3. ^ New Zealand Transport Agency. Traffic Control Devices Manual: General requirements for traffic signs. {{[2]|963 KB}}
  4. ^ Arahan Teknik (Jalan) 2A/85 - Manual on Traffic Control Devices: Standard Traffic Signs. Kuala Lumpur: Jabatan Kerja Raya Malaysia. 1985. |access-date= requires |url= (bantuan)

Pautan luarSunting