Papilio machaon
Swallowtail Dunia Lama (Papilio machaon) adalah sejenis kupu-kupu daripada keluarga Papilionidae. Kupu-kupu ini juga dikenali dengan nama swallowtail kuning biasa atau ringkasnya swallowtail (satu nama biasa bagi merujuk kepada kesemua ahli di dalam keluarga, akan tetapi spesies ini adalah 'asli', yang pertama digunakan pada namanya). Ia adalah spesies jenis dari genus Papilio dan ditemui di seluruh kawasan Palearctik di Eropah dan Asia; juga boleh ditemui di Amerika Utara, dan oleh itu tidak hanya terhad di Dunia Lama.
Swallowtail Dunia Lama | |
---|---|
![]() | |
Pengelasan saintifik | |
Alam: | |
Filum: | |
Kelas: | |
Order: | |
Keluarga: | |
Genus: | |
Spesies: | P. machaon
|
Nama binomial | |
Papilio machaon | |
Sinonim | |
|
Etimologi Sunting
Ia dinamakan bersempena dengan nama Machaon (Greek Kuno: Μαχάων); seorang tokoh dalam dongeng Greek. Beliau adalah anak lelaki kepada Asclepius.
Kitar hidup Sunting
Kebiasaannya, spesies ini akan membiak dua hingga tiga kali setahun, tetapi di kawasan utara kupu-kupu ini mungkin univoltine. Di beberapa tempat seperti di UK, beberapa bertukar menjadi pupa dan bertukar menjadi kupu-kupu pada tahun yang sama; manakala yang lain menjadi pupa semasa musim sejuk dan bertukar kepada kupu-kupu pada tahun berikutnya, situasi ini dikenali sebagai bivoltine separa.
Beluncas menghabiskan bahagian pertama hidupnya dengan penampilan seperti najis burung, satu jenis pertahanan diri daripada pemangsa.[1] Apabila beluncas ini makin membesar, warnanya bertukar kepada hijau dengan jalur hitam dan oren. Ia memiliki pertahanan dari pemangsa dalam bentuk osmeterium, yang mana terdiri daripada projeksi berair boleh tarik di belakang kepalanya yang mana akan menghasilkan bau busuk sekiranya diganggu. Ia berjaya menghalang serangga dan bukannya burung dalam mempertahankan diri.[1]
-
♂
-
♂ △
-
♀
Rujukan Sunting
Bacaan lanjut Sunting
- Jim Asher et al. The Millennium Atlas of Butterflies of Britain and Ireland. Oxford:Oxford University Press.
Pautan luar Sunting
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Papilio machaon |
- Lectotype of Papilio machaon on the website of the Linnean Society of London. Accessed 8 November 2010.
- European Butterflies and Moths
- UK Butterflies